{Oleh Nico Robin}
Aku mungkin nampak gagah , pada matamu.. penilaian otakmu. Tapi
lagak itu hanya di mata kasarmu saja.. Mana mungkin kau tahu.. Aku sebenarnya
sudah lama lakonkan watak itu.. Sudah latih ia jadi sebati.. Topeng paling
ampuh untuk kaburi matamu.
Pada kamu.
Aku kuat
Aku tabah.
Aku utuh…
Aku ada hampir semua apa yang kau suka.. Itulah aku!
Aku memang gagah melakonkan watak ku.. Aku suka ingat kau
fikir aku begitu. Aku sengaja buat kau mengandaikan aku seperti itu. Ia seperti
satu piala kemenangan pada aku.. Menjulang egoku ke puncak.. Tapi kebelakangan
ini aku jadi ragu.. Apa aku harus lakon watak ini selamanya di depanmu. Apa itu
akan jamin yang kau itu punya aku? Apa aku mampu bertahan selamanya gagah dan
tegar di depanmu?
Lama-lama aku mula robek hati sendiri.. Kemudian carik-carik
lalu ratah dan kunyah.. aku sedut titis-titis jus hatiku hingga kering. Saat aku habis.. Aku buka topeng itu. Aku sedar saiznya
tidak serasi. Tapi aku tetap mahu memakainya. Aku tahan sakit, mungkin kerna
aku rasa lebih sakit kalau kau tak mahu memandang aku. Bila kau lihat siapa aku
yang sebenarnya di sebalik topeng itu.. Dan bila kau sadari yang aku bukan hebat seperti lakonanku.. fikiran itu umpama racun. Aku bisa mati memikirkan hal itu..
Perlahan sambil menahan perit aku tekap kembali topeng itu ke wajahku.. aku senyum. bukan...topengku tersenyum.. sedang..tubir mata ada air berperisa masin.. Watak ini aku mahu lakon sampai habis... Aku nekad!
8 comments:
jika dia benar menerima kamu, pasti tanpa topeng itu. dia tidak kisah jika kamu bukan sekuat, segagah yang dia lihat...
Teruskan pretending.... Jika itu lebih baik
Aku harap kau punya kekuatan yang lain nanti.
Aku harap keajaiban berlaku dan kau berani membuka topeng, berdiri di hadapannya, menatap matanya dan biar dia membaca fikiran dan isi hatimu dari sinar matamu,
"Nah! ini aku. Yang sebenarnya di sebalik topeng, berdiri di hadapanmu."
percayalah berpura2 itu sakit...
Tepuk dada tanya selera...
Sampai bila pun kau terus memakai topeng itu, wajah kau sendiri adalah topeng yang sebenar. Hidup kau adalah pentas yang patut kau lakonkan. Makanya sekarang, kau adalah pelakon yang melakonkan dua watak dalam satu masa..
Cuma satu persoalan aku; sampai bila?
Walau kau nekad, kau tetap akan penat..
pretending.
its hard. but trust me its the best for the time being.
semoga terus kuat untuk nekad :)
Post a Comment