Penat tak hengat dia malam tu...sebab nak balik kampung malam malam macam itu dia
gerak juga ke Puduraya ambik bas ekspress last ke Ipohmali dalam pukul lapan
atau sembilan la gitu...fikiran dia yang tension kat ofis tak habis lagi dalam
kepalanya...ada ada saja yang tak kena dengan urusannya...macam dah
fedap je rasa dia kat ofis tu...rasa nak berhenti kerja pon ada....
Asyik
dan memang layan je bila dia dengar lagu lagu yang diputarkan di radio
dalam bas ekspress malam tu...penumpang pun cuma ada 4 - 5 orang
sahaja...semua duduk kat depan dekat driver takut duduk belakang
kot?sekali driver rempit terkencing nanti haaa...driver asyik berbual
dengan co - pilot ...dia memang kenal sangat driver dan co - pilot
tu...rasanya dalam sebulan mesti balik naik bas last....tiket bas tu pon
dia akan telefon terus beli kat driver atau co-pilot aje...
Sedang
dia layan layan lagu Jamal Abdillah rasanya Penyiksaanku...tiba tiba
bas macam nak berhenti kat area Brawang tapi tak jadi pulak dan terus
jalan...masa tu bas ekspress masih ikut jalan lama lagi...Highway PLUS
mana ada masa tu?...masih dalam cadangan kot....wakakakaka...
Bas
berhenti jugak akhirnya...dia terkejut dan tersentak bila terasa bas
kena hentam sesuatu yang kuat di kiri kanan..terasa macam naik
rollercoaster pon ada bila bas tu macam buat loop (lompat kuda melepasi
pagar)...
"Wehhh!!!apakehalnyer nak berhenti henti pulak bas ni
pon? dia pun turun..."Ondaikkk Takajuik!!! "(terkejut bahasa Rawa) di
lihatnya kiri kanan ada perlanggaran...ada kereta terbalik ada kereta
masuk parit...kat mana lah pulak ni...malam berkabus satu hapa pon tak
nampak...entah mana peginya driver dan co-pilot dia tadi pon tak
taulah...manusia sorang pun takde kat situ....berpeluh peluh dia menahan
ketakutan rasa nak terkencing...
Dia terasa bahunya di tepuk orang...
"Adikkk...bangun dah sampai Gopenghagen..."
"Tttee...terimakasih bang...errrr.. esok abang bawak bas malam jugak ke dari Key Yell?"
"Tak esok abang cuti..."
"Oooohhh...okey.."
Dia
turun bas dan terus berjalan secepat cepatnya menuju ke rumahnya yang
tak jauh dari pekan Gopenghagen...dia rasa nak demam pun ada...
*******************************************
Selepas bercuti selama tiga hari di kampung dia balik ke Key Yell semula dan bekerja macam biasa...tension macam biasa...
Sebab
dia kerja kat company surat khabar memang dapat suratkhabar free lah
hari hari...tapi tajuk berita pagi itu mencengkam jiwanya dan dia sempat
berkata kenapa pulak boleh jadi macam tu...sepatutnya keluar kat paper
lain.....
kepala berita (HEADLINE)
"Sebuah
bas ekspress seramai lima penumpang menuju ke utara telah berlanggar
dengan dua buah kereta dan dua orang pemandu dan pembantunya terkorban...Tempat
kejadian berhampiran dengan sebuah tanah perkuburan cina di Brawang."
4 comments:
hu... dejavu betul.... ni...
perkara yang di alamai sebelum ianya terjadi..mana penulis dapat idea ni?
woohoo deja vu sungguh..kelaszzz!
Seram nih!
Hehehe
Post a Comment