[oleh Gerimis Senja]
Habis terpadam semua entry aku ni masa aku saved tadi, kena buat
semula lah pulak. Aku mengenali ayat Skizophrenia ni masa aku lepak
kat rumah makcik saudara aku kat Kuala Lumpur...kat bawah rumah dia ada
macam macam jenis buku misteri yang melibatkan meditasi... pengamalan
perubatan tradisional. Aku sempat bertanya pada mak saudara aku
tu... siapa yang baca buku buku ni... mak saudara aku menyatakan buku
buku ilmiah itu semua adalah kepunyaan sepupu aku Arul. Arul bekerja
di wad saraf di Hospital Besar Kuala Lumpur.
Aku mula
berminat mengkaji tentang penyakit ini kerana aku kenal tiga orang yang
member yang terkena simptom Skizophrenia ini.
Pertama Ebab, Acit dan
terakhir Arul...
Sejak daripada itu aku sering
merasakan bahawa setiap hari adalah suram dan muram dan mungkin balik
ke rumah selepas kerja adalah untuk bermurung, aku tak pernah mendengar
lagi suara tawa riang.. makin lama makin jauh dari diri ku... apa yang
dekat pada diriku ialah suasana hitam, gelap, sunyi... makan malam adalah
masa paling sunyi, wajah-wajah ceria hampir tidak ku lihat
lagi, dunia ini macam hilang serinya.
Malam hari
pula amat panjang, siang pula berlalu bagai tak terasa, walaupun
panas terik aku tetap rasa mendungnya awan bagai nak hujan. Aku juga
sudah kurang berinteraksi dengan orang sekeliling aku. Setiap kata-kata
yang aku ingin luahkan aku rasa tak perlu. Aku rasa satu dosa jika
menuturkan kata kata yang tak bermakna.
Aku mula
terpandang perkara yang pelik pelik. Aku terlihat keadaan sekelilingku
mula berubah, dunia yang ada di hadapan ku penuh dengan manusia
manusia yang berwajah aneh yang bersedih yang menuturkan kat "PERGI"
dan "TOLONG AKU..."
Aku banyak menyendiri di dalam
rumah, seketika aku terdengar bunyi seolah olah ada orang yang bercakap
cakap sesama mereka di luar. Aku bagai terdengar antara meraka ada
yang berkata... "LEPASKAN AKU CEPAT...AKU INGIN BEBAS..."
Aku
keluar.
Aku menghampiri mereka, mulut mereka bergerak gerak, aku tidak faham. Hanya bisikan sahaja mengulangi ayat ini.. "LEPASKAN AKU CEPAT...AKU INGIN BEBAS..." berkali kali, berulang ulang.
Aku balik ke rumah dan aku cuba melupakan apa yang aku dengar, aku tidak mahu mengingat sedikit pun bisikan bisikan halus ke telingaku. Aku sakit kepala dan rasa hendak tumbang.
Aku menghampiri mereka, mulut mereka bergerak gerak, aku tidak faham. Hanya bisikan sahaja mengulangi ayat ini.. "LEPASKAN AKU CEPAT...AKU INGIN BEBAS..." berkali kali, berulang ulang.
Aku balik ke rumah dan aku cuba melupakan apa yang aku dengar, aku tidak mahu mengingat sedikit pun bisikan bisikan halus ke telingaku. Aku sakit kepala dan rasa hendak tumbang.
Keesokkan paginya
kecoh dikawasan perumahan itu mengatakan ada dua orang bujang yang
menginap di sebelah rumah aku telah di serang seseorang dengan sesuatu yang keras
seperti kayu, mereka telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami
luka parah. Aku turut terkejut seperti baru sedar dari mimpi.
Aku
tak tahu mengapa aku bagai mencari sesuatu di dalam bilik tidurku dan
bagaikan tak percaya aku melihat kayu beluti yang ada kesan darah di
bawah katil.
7 comments:
aku teringat novel fixi BISIK
namun ini lebih pendek dan padat!!
Gerimis Senja.. ini sangat best! aku sangat suka.... :D
mau yg begini lebih byk lagi masa akan datang.. :D
~Nong Andy~
fine, aku tak boleh lawan kau dengan story berat begini. harus fikir kemudian untk lawan, dem... story kau dah byk. idea ku mau nyorok sahaja...
{Pisang Kaki}
damn..bagaimana kau tahu bahawa aku mengalami semua itu? Bagaimana kau mampu menulis dengan teliti mengenainya? Aku mengalami sebahagian daripada apa yang kau tulis, tapi aku tidak sampai mendengar bisikan..cuma aku kini dalam dunia suram dan gelap..aku lebih suka bergelap daripada memasang lampu jika balik ke rumah selepas bekerja. aku boleh duduk menghayati sunyi dan kelam berjam-jam tanpa jemu..bahkan aku suka warna gelap dan bunyi sunyi..
Skizzophh
nong anong andy...hemmm tq baca..ada tu ada..tunggulah dan harap setia bersama skulW..
{Gerimis Senja}
anon pisang kaki - hahaha..tq baca kawan...jika kau ingat kau pernah cakap kat aku kita punya lorong masing masing...macam tu lah aku buat citer ni...
{Gerimis Senja}
anon skizopphh - hanya kau yang boleh beri keputusan samada kau nak dengar atau kau suka berada kat tengah tengah...tq baca dan komen...
{Gerimis Senja}
kalau banyak citer macam ni alamat tak tidur malam lah aku...
Post a Comment