Kerja ku, bukan apa-apa. Aku hanya mampu isi perutku yang kosong. Aku hanya mampu memikir akan sewa bulan. Aku hanya mampu memberi tahap pelajaran yang minima pada anak aku yang baru mengenal ABC.
Kamu semua lihat aku sedang menyapu di sana dan di sini. Aku tak mampu buat kamu semua matang. Aku tak mampu buat kamu berfikir akan apa alasan kamu balik lewat dengan isteri kamu. Aku tak mampu buat kamu berfikir bagaimana mahu membayar hutang-hutang kamu di bank.
Aku tak rasa lebih dari sungutan mereka yang memandang kalau tak belajar dan malas belajar mereka akan jadi seperti aku.
Aku mungkin tidak bekerja kerana sesekali sakit dan demam. Dan mungkin mereka berfikir mana nak dibuang sampah kalau bukan orang seperti aku yang memungutnya. Itu sahaja.
10 comments:
hurmmm. aku kira ini satu sudut penceritaan yang aku tak pernah lalui. tapi, hukum DIA tak selalunya sama, tak selalunya berada di bawah.
ni mesti timbul idea masa tengok lori alam flora ni..hehehe...
betul tuh , smart hasil penulisan nih , btw , saya nak mintak maaf kat awak , nak taw kenapa ??
visit entry nih :)
http://pinkymanis.blogspot.com/2012/12/nak-mintak-maaf.html
jadi tukang sapu kerjanya halal dong... daripada uangnya byk tapi panas neraka menunggu.. apa bikin.
tq Anon1 & Anon2...
Anon 1 saya rasa macam kenal..Anon2 pulak speaking seberang..haha betul pak...pokoknya halal berkat gitu sih...
bro el & - tq baca dan komen
cweet pinky - ada jugak orang sungkai kat arena bloggers ni ye...saya dah visit blog cweet pinky..nice
{Gerimis Senja}
~dari sudut pandangan tukang sapu: Dia melihat byk ragam dunia, berbekalkan penyapu dan plastik sampah hitam, setiap rahsia mereka, yang berpangkat, yang kaya semua berada di dalam plastik hitam itu.. tak di sebarkan pada dunia cerita itu, kerana dia hanya tukan sapu yang hidupnya lebih mementingkan rezeki halal untuk anak dan isteri..
aku memang pandang sebelah mata jer tukang sapu ni..
sebabnya kalau aku tengok dengan kedua-dua mata dan merenung dia, nanti dia kata aku sinis pulak kan...walhal aku respect kerja dia orang...jalan bersih, sedap mata memandang kan..
geng bas sekolah!
Kita manusia semuanya sama saja.
Yang membezakan kita, pemikiran.
Jika seseorang itu kaya sekalipun - namun tak menghargai semua kurniaan Tuhan, tak ada gunanya.
Dia takkan mengecapi nikmat hidup sepenuhnya juga.
cik syida,anon dan gillete..tq baca...
{Gerimis Senja}
Post a Comment