Friday, November 15, 2013

Cinta Palsu

“Apa yang kau pandang?”

“Mereka dan cinta palsu mereka.”

“Maksud kau?”

Dia hulurkan ibu jari ke arah sepasang kekasih yang berada tidak jauh dari meja kami.

“Tiap-tiap hati mereka hanya dipenuhi cinta palsu yang diciptakan oleh mereka. Si lelaki punya ramai perempuan dan begitu juga dengan perempuan. Kau tahu apa yang lebih teruk dari itu?”

Aku anggukkan kepala. Dia ukirkan senyuman.

“Rasanya aku patut diamkan sahaja. Kadang-kadang ada soalan yang patut dibiarkan tanpa jawapan, tahu? Jawapan akan muncul dengan sendirinya dan masa itulah kau akan tahu permainan manusia.”

Aku pandang dia dengan hairan. Tertanya-tanya maksud ayatnya ini.

“Walau apa jua sekalipun, hati-hati dengan permainan cinta. Kau tak tahu sama ada itu cinta dari DIA atau cinta dari syaitan.” Dia menambah lagi. Dan aku cuma anggukkan kepala tanda faham walau aku sememangnya tidak faham apa yang dikatakannya.


Dan beberapa hari selepas itu, aku lihat lelaki yang sama. Kali ini dengan perempuan berbeza. Lelaki itu berjalan dengan senyuman sambil memegang tangan perempuan bunting itu.

Benarlah kata dia. Cinta lelaki itu adalah palsu. Cinta perempuan itu? Entah, nanti aku ceritakan di lain hari. Boleh?