Friday, November 15, 2013

Cinta Palsu

“Apa yang kau pandang?”

“Mereka dan cinta palsu mereka.”

“Maksud kau?”

Dia hulurkan ibu jari ke arah sepasang kekasih yang berada tidak jauh dari meja kami.

“Tiap-tiap hati mereka hanya dipenuhi cinta palsu yang diciptakan oleh mereka. Si lelaki punya ramai perempuan dan begitu juga dengan perempuan. Kau tahu apa yang lebih teruk dari itu?”

Aku anggukkan kepala. Dia ukirkan senyuman.

“Rasanya aku patut diamkan sahaja. Kadang-kadang ada soalan yang patut dibiarkan tanpa jawapan, tahu? Jawapan akan muncul dengan sendirinya dan masa itulah kau akan tahu permainan manusia.”

Aku pandang dia dengan hairan. Tertanya-tanya maksud ayatnya ini.

“Walau apa jua sekalipun, hati-hati dengan permainan cinta. Kau tak tahu sama ada itu cinta dari DIA atau cinta dari syaitan.” Dia menambah lagi. Dan aku cuma anggukkan kepala tanda faham walau aku sememangnya tidak faham apa yang dikatakannya.


Dan beberapa hari selepas itu, aku lihat lelaki yang sama. Kali ini dengan perempuan berbeza. Lelaki itu berjalan dengan senyuman sambil memegang tangan perempuan bunting itu.

Benarlah kata dia. Cinta lelaki itu adalah palsu. Cinta perempuan itu? Entah, nanti aku ceritakan di lain hari. Boleh?


Tuesday, September 24, 2013

Cinderella


“Satu hari nanti aku nak kisah cinta seperti Cinderella Huda bersuara tatkala dia selesai menonton kisah itu. Yaa… dia membayangkan dia mahu ketemu Prince Charming seperti itu. Prince Charming yang akan menyelamatkan dirinya dari kehidupan ini. Dengan punya kakak tiri yang selalu menyuruh dia membuat itu dan ini dan ibu tiri yang langsung tidak mahu memihak kepadanya. Ah… kalau dia tahu sebegini perangai ibu tirinya, sudah tentu dia tidak akan bersetuju ayahnya mengahwini wanita itu. Lagi baik dia ditinggalkan berseorangan di dalam rumah dari punya ibu tiri dan kakak tiri. Ah… tika itu dia hanya berumur 11 tahun sahaja. Apa kanak-kanak di usianya tika itu mampu berfikir.

“Hudaaaa…..” Ah, suara itu kedengaran lagi. Dengan malas Huda bangun dan mematikan siaran televisyen. Julia, kakak tirinya tiba di tangga bawah saat dia melangkah situ.

“Ibu panggil kau… nahas kau kali ini,” Julia bersuara sinis sambil memeluk tubuhnya memandang Huda, adik tirinya yang dibencinya.

Huda menunjukkan reaksi jengkel sebelum berlalu pergi. Dia menuju ke bilik tidur utama, bilik ibu tirinya dan juga bilik arwah ayahnya. Pintu bilik di buka.

“Hah! Baru datang!” kedengaran suara kasar wanita tua di saat Huda melangkah masuk. Sehelai baju dilemparkan ke muka Huda. Huda terkejut.

“Kau tengok apa yang kau buat dengan baju aku yang harga RM 500 tu? Kau tengok!” Asmah menjerit lagi. Bengang yang teramat dengan anak tirinya itu. Baru sahaja dia membeli baju itu, belum sempat mahu memakainya, lubang besar telah tercipta di baju itu. Dia memandang anak tirinya lagi. Gadis itu hanya memandang kosong sahaja. Lagilah dia makin berang.

“Kenapa dengan baju ni?” soal Huda tanpa ada rasa bersalah. Dia sedar ada lubang besar di baju itu. Dia tanpa sengaja menghasilkan lubang itu ketika ibu tirinya meminta mengosok baju itu. Semua ini salah Julia. Kalau Julia tidak mengacaunya, sudah tentu hal ini tak akan terjadi.

“Kau tanya kenapa?” Asmah bertambah berang. “Kau buat baju mahal aku berlubang! Aku nak kau ganti balik!”
Huda tersenyum jengkel. Buat apa dia mahu ganti balik baju itu. Baju itu dibeli menggunakan duitnya. Duit yang diwariskan oleh arwah ayah padanya. Tidak tahu bagaimana dia boleh benarkan wanita tua di hadapannya menggunakan duitnya. Dia sepatutnya menghalau saja wanita itu saat dia tahu wanita inilah penyebab kematian ayahnya. Menggunakan khidmat bomoh untuk buatkan ayahnya jatuh sakit supaya harta jatuh ke tangannya. Masih lagi dia ingat saat dia terjumpa cebisan kain berwarna kuning yang mengandungi abu di dalam almari baju arwah ayahnya.

“Buat apa nak ganti kalau baju tu mak cik beli dengan duit saya,” Huda berkata sebelum beredar.  Malas mahu melayan ibu tirinya lagi.

Asmah tergaman. Dia menelan air liur. Tangannya dikepalkan. Teramat berang.

######

 Huda menarik nafas. Pisau di tangannya dijatuhkan. Dia tersenyum puas. Dia memandang ke arah katil. 2 tubuh manusia sedang terkulai layu di atas katil. Tanpa seurat benang dengan darah berlumuran di badan mereka.


Mayat Julia dan suaminya sedang terkulai layu. Huda tersenyum. Dia puas. Dendam sudah terbalas. Sudah lama Huda tahu suaminya membawa masuk perempuan lain ke dalam rumah mereka. Ke bilik tidur mereka. Tidak dia menyangka perempuan itu rupanya Julia. Kakak tirinya.

Dia ingatkan Haris lelaki yang baik. Yang benar-benar mampu membawa dirinya jauh dari gangguan keluarga tirinya. Namun bukan. Haris telah menipunya. Menyesal dia bersetuju berkahwin dengan Haris. Ingatkan Haris benar-benar jujur dan ikhlas untuk mengahwininya.

“Padan muka kau!” Huda bersuara sambil memandang lagi mayat Julia dan Haris. Bunyi jam dinding sebanyak 3 kali menunjukkan masa telah beralih ke pukul 3 pagi. Huda tersenyum. Dia pandai memilih waktu. Mujur dia pandai berlakon mengatakan terpaksa bertugas di luar walhal yang sebenarnya dia hanya meninggalkan keretanya di tempat kerjanya dan pulang ke rumah pada tengah malam dengan teksi. Kereta Julia ada ketika dia tiba.

Ketika dia memulas tombol bilik tidurnya, dia lihat Haris dan Julia sedang asyik bermadu kasih di katil tanpa sedikitpun menyedari kehadirannya. Lantas dia menikam Julia dan Haris bertubi-tubi dengan pisau yang telah diambilnya di dapur sebelum ke bilik.


Di saat Huda selesai menamatkan riwayat hidup dua orang yang telah menghancurkan hidupnya, dia didatangi pula dengan kehadiran seorang lagi mangsanya. Sudah tentu wanita itu terdengar jeritan Julia dan Haris. Huda memandang lagi ke lantai. Ada lagi tubuh yang terkulai layu di situ. Dengan darah dan barang kemas di tubuh wanita itu. Tubuh Asmah. Huda tersenyum lagi. Dia puas!


Sunday, September 01, 2013

Senyuman Untuk Dia #5

Hari-hari seterusnya, aku banyak menghabiskan masa dengan Johan. Kamal? Kadang kala berhubung juga tapi tidak seperti dulu. Keadaan kini sudah berubah. Kamal tetap Kamal yang aku kenal cuma keadaan yang pernah terjadi antara aku dan dia tak akan pernah muncul lagi. Kamal sudah punya Zafira dan aku… entah mungkin masih bersendirian. Cuma kehadiran Johan sedikit sebanyak membuat aku rasa gembira dan mengubat rasa sunyi tatkala aku teringatkan Kamal. Yaa… Johan tahu keseluruhan siapa Kamal pada aku.

Sejujurnya, aku tidak pernah beritahu Kamal hal sebenar yang aku punya perasaan padanya. Hanya Johan sahaja yang tahu hal itu. Aneh dan hairan bagaimana aku mampu untuk percaya seorang yang asing dalam hidup aku tentang soal hati dan perasaan aku ini.

Awak tak akan menyesal dengan apa yang awak buat ni?” soal Johan pada aku satu hari tu. Johan cadangkan aku luahkan saja pada Kamal tentang perasaan aku yang sebenar tapi aku tidak mahu. Hati aku tidak mahu. Entah mengapa, ada sesuatu yang menghalang aku dari berbuat sedemikian.

Janji pada aku, yang kau akan terus senyum walau apa jua yang terjadi.” Aku masih ingat lagi ayat Kamal kali terakhir aku bertemu dengannya. Ketika majlis perkahwinannya dengan Zafira. Tentunya aku bertambah kecewa. Tapi aku tahankan sahaja. Mana mungkin aku mahu mengalirkan air mata di majlis perkahwinan lelaki yang aku sayang. Sayang lebih dari seorang sahabat.

Dan sehinggalah beberapa tahun selepas itu, aku terima satu berita yang benar-benar mengejutkan aku. Tentang Kamal. Lelaki itu rupanya menghidapi satu penyakit yang hanya menunggu masa untuk dijemput sahaja. Sampai hati Kamal tidak beritahu aku tentang ini. Aku tahu pun dari mulut Zafira yang tiba-tiba sahaja menelefon aku di malam buta. Aneh dan hairan ketika itu. Sebab aku dan Zafira tidak lagi berhubung semenjak perkahwinannya.

Beberapa hari selepas itu, aku melawatnya. Dan Kamal menyerahkan sepucuk surat pada aku.

Untuk Miera Kamalia yang aku pasti saat kau baca ini, kau tentunya sudah tahu hal yang sebenar tentang aku. Maafkan aku. Dan aku, ada banyak perkara yang tak mampu aku luahkan sepanjang persahabatan kita. Contohnya ini…
Aku punya perasaan lebih dari seorang sahabat pada kau. Saat kita bertentang mata. Saat perkenalan aku hulurkan pada kau. Tapi tentunya kau dah tahu itu. Dan aku juga tak akan pernah tahu hal sebenar kalau Johan tidak ceritakan hal sebenar. Apa sebenarnya perasaan kau pada aku.

Aku menelan air liur. Jadinya, Kamal sudah mengetahui hal sebenar? Aku teruskan pembacaan aku lagi.

Thursday, August 29, 2013

Tunggu

{Oleh Nico Robin}
 

 

Saat aku lihat matamu..
Aku baca cerita yang banyak di situ..
Dan aku temu..
Sinar marah dan benci kau berikan padaku..

Silap sekali sayang..
Benci itu aku tahu bukan untuk ku...
Ia untuk masa silam mu..
Yang kau hamburkan padaku..

Dan entah mengapa aku kian tergoda
Ingin melihat apa lagi yang ada di sana..
Di hatimu..
Selain benci itu...

Aku yakin ada sesuatu..
Yang kau sembunyi dalam dalam..
Yang kau simpan dan kau tahan..
Yang buatmu bertindak kejam..
Menjauhiku.. menolak kehadiranku..
Mencebik pada senyuman ku..

Aku cuma mahu kau tahu..
Yang aku mahu cuma satu..

Pindahkan warna senyumanku ini
Ke wajahmu.. moga nanti aku lihat
Kau senyum ranum padaku..

Dan ya.. aku masih menunggu..
Saat itu..

Monday, July 01, 2013

Hak

Jangan pernah suka pada yang bukan HAK kau.

Jadi, kau rasa dia itu HAK kau la? Hanya sebab kau je yang dapat perhatian dia?

Kalau aku cakap dia suka aku? Kau sendiri lihat bukan? Dia banyak layan aku dari kau.

DUSHHHHHH!!!


Manusia B menolak Manusia A. Berlalu pergi meninggalkan Manusia A di situ. Tiada guna bergaduh dengan kaum sendiri hanya disebabkan manusia yang berlainan jantina. Bunga bukan sekuntum dan kumbang bukan seekor. Baik mencari yang lain. Mencari ‘dia’ yang telah ditetapkan olehNYA. ‘Dia’ yang selama ini adalah HAK DIA. Itu baru hak yang sebenarnya. Hak yang bakal diserahkan padanya nanti. Insyallah.

Saturday, June 29, 2013

Altitude


{Oleh Gerimis Senja}

"Zakiah...saya ni Remy..." sapa Remy yang begitu kasihan melihatkan kekasihnya yang masih kebingungan.


Asing dan sangat asing...dia begitu asing dalam dunianya sendiri...Setelah mendapat kemalangan yang hampir meragut nyawanya akibat pemandu lori yang membawa kenderaannya laju pada awal pagi. Zakiah pula dalam perjalanan dari kampung menuju ke kampusnya. Sesungguhnya malang tidak berbau...tidak pula dia minta akan menemui kemalangan di awal pagi di mana semua orang sedang leka di buai mimpi dan dia keseorangan memandu dari kampungnya dari utara tanah air. 

Setelah mendapat kemalangan tersebut Zakiah telah mengalami amnesia iaitu hilang ingatan sementara. Hampir  dua minggu dia hampir tidak dapat mengenali akan kehadiran sesiapa pun yang menziarahinya di hospital. Kaum keluarga dan sahabat handai hanya mampu berdoa agar Zakiah pulih seperti sedia kala.

Dia seolah-olah tidak sedar persekitarannya lagi, hanya merenung secara tidak menunjukkan perasaan di hadapan semua orang. Ibarat sebiji lampu menyala berada di hadapannya dan seseorang itu ada di situ, tetapi dia tidak dapat datang ke pintu sedarnya untuk menjawabnya.

Sebahagian memori yang terakam dahulu dan tak pernah ia menyuarakan adalah apa kini yang dia ucapkan...apa mungkin bila di perdengarkan amat sumbang namun itulah yang ada dalam rakaman memori nya yang masih belum terpadam.

Betapa sukarnya mahu menjadi manusia yang normal....jika seorang manusia normal sudah tidak menghargai akan nikmatnya menjadi normal...Aku mahu jadi normal semula...Aku akan menggunakan lima pancaindera ini untuk aku sampai ke tahap itu...

Zakiah melihat akan seseorang yang tertidur di bangku sebelah katilnya. Seorang lelaki yang sanggup menunggu nya dari petang semalam lagi. Dia terlihat akan tasbih di tangan anak muda itu.

"Ya Allah...aku mohon supaya kau kembalikanlah semula ingatan ku...sesungguhnya ini dugaan yang maha hebat dalam hidupku...aku redha ya Allah..."

Zakiah mengambil tasbih tersebut dan mula berzikir...mula mula dia berzikir dan seterusnya dia mula menghafal akan ayat ayat al quran...

"Alhamdulillah..."  ucapnya buat kali pertama dia sudah mampu mengingati ayat ayat al quran. 

Akhirnya aku mula ingat satu persatu...wajah yang mendamaikan rasa itu ...bau haruman pewangi yang dipakainya...debar degup dan detak jantungku akan bersamanya...

"Zakiah..kau dah sedar?" sapa Remy mengisat ngisat akan matanya. Zakiah pula mengamati pula suara Remy dan dia mula berkata kata.

"Ya Remy...alhamdulilah.." Zakiah senyum di sambut dengan Remy yang kehairananan.Syukur alhamdulillah.



Sunday, June 23, 2013

Senyuman Untuk Dia #4

Aku memandang Kamal dengan penuh tanda tanya. Tertanya-tanya apa tujuan dia mahu berjumpa. Johan pula entah kemana. Entah, aku sendiri tidak tahu, yang pasti tempat perbincangan aku dengan Kamal jauh dari Johan.

Miera…” Kamal memulakan perbualan. Aku pandang sahaja wajah dia, menanti ayat seterusnya keluar dari mulutnya. “… aku minta maaf.” Sekali lagi aku mendiamkan diri. Tidak memahami tujuan dia mengunkapkan kata maaf pada aku. Adakah dia sedar yang aku telah terluka dengan berita perhubungannya dengan Zafira?

Aku tak tahu dari mana aku nak mulakan semua ni…” Dia bersuara lagi. Dan aku? Hanya mampu mendiamkan diri. Entah mengapa, aku tiada minat untuk berbual dengan dia lagi. Berbual dengan dia seperti waktu-waktu dulu.

“Please say something… aku risau tengok keadaan kau macam ni.” Aku ukirkan senyuman sinis bila dia ukirkan ayat itu. Risau konon! Boleh pergi mampus la. Tak payah nak berlagak yang kau tu risaukan aku. Sebab kau aku jadi macam ni. Sebab kau tahu!

Just drop this conversation… aku dah tak nak dengar apa-apa penjelasan bodoh yang keluar dari mulut kau.” tiba-tiba sahaja mulut aku mengeluarkan ayat itu. Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk ucapkan ayat itu. Aku lihat Kamal tercengang dengan ayat aku. Mungkin belum pernah aku keluarkan ayat sekasar sebegitu.

Miera…” Kamal masih belum berputus asa. Aku berkira-kira mahu beredar dari situ tapi belum sempat aku melangkah jauh dari tempat itu, Kamal sudah menahan aku. Aku pandang tangannya di lengan aku. Mata kami bertaut. Jujur, perasaan aku pada Kamal ketika ini hanyalah perasaan menyampah. Mungkin juga turut benci. Entah, aku sendiri tidak tahu kenapa dengan aku ketika ini.

Before you leave, please listen to me,” Kamal merayu. Aku menelan air liur. Tidak tahu sama ada patut mendengar saja apa yang lelaki di hadapan aku ini mahu katakan atau terus beredar seolah-olah aku tidak mengenali lelaki bernama Kamal Qushairi ini.

Beberapa minit mendiamkan diri, aku akhirnya mengambil keputusan untuk mendengar apa yang Kamal mahu katakan. Aku lihat dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mula bersuara kembali.

Boleh aku tahu siapa Johan tu? Kenapa aku tak pernah tahu kau ada boyfriend?” soalan Kamal buatkan aku menelan air liur. Takkan mahu diberitahu yang aku sebenarnya tidak mengenali Johan. Hanya kenal berdasarkan namanya sahaja.

Aku tak rasa kau ada hak untuk tahu dia tu siapa. Itu hal aku.” Aku dengar Kamal menghembuskan nafas. Marah mungkin.

Kau tak kenal dia dengan mendalam bukan? Dan out of sudden kau setuju untuk jadi girlfriend dia? Are you out of your mind?

Itu bukan urusan kau! Kau sendiri yang tak bagitahu aku tentang kau dengan Fira,!” Aku tinggikan nada suara aku. Entah mengapa aku rasa bengang dengan ayat Kamal itu.

Miera…” Suara Kamal kedengaran tenang.

Kenapa Fira? Kenapa dia? Aku yang kenal kau dulu dari dia. Why must you choose her? Why? Kau minta aku selalu senyum tapi kau juga yang buat aku sedih.” Aku luahkan apa yang terbuku di hati. Kamal memandang aku dengan riak terkejut.

Kau… suka aku?” Itu yang terkeluar dari mulut Kamal setelah kami mendiamkan diri untuk beberapa ketika. Aku hanya mendiamkan diri sahaja.Tidak tahu bagaimana mahu jawab soalan itu. Patutkah diiyakan sahaja atau dinafikan sahaja?

Tapi Fira cakap kau dah ada seseorang di hati kau. Sebab tu aku diamkan saja. Sebab aku tahu kau tak akan pernah terima aku lebih dari seorang kawan.

Aku pandang Kamal. Cuba menghadam ayat yang keluar dari mulut Kamal itu. Ah… aku pernah ceritakan seseorang yang aku suka pada Fira tanpa Fira sedar lelaki yang dimaksudkan itu adalah Kamal.

Jadi sebab tu kau pilih Fira?” Aku lontarkan soalan pada Kamal tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut. Aku tiada mood untuk berbicara tentang hal itu. Bukan salah Fira juga.

Aku…” Kamal cuba menyusun ayatnya. “Bila Fira bagitahu yang kau dah ada seseorang yang kau suka, aku kecewa. Sebab tu aku jauhkan diri dari kau untuk sementara waktu. Dan dalam masa tu, Fira selalu ada untuk aku, dan hati aku minta untuk kenal Fira dengan lebih mendalam. Jadi, aku…

Pilih Fira…” aku mencelah. Aku lihat Kamal menundukkan wajahnya.

Jadi, kau pernah suka aku?” Kamal mengeluarkan lagi soalan itu. Aku diamkan diri untuk seketika. Akhirnya aku gelengkan kepala. Wajah Kamal kembali muram. Aku tidak mahu Kamal berasa berbelah bagi bila dia tahu hal sebenar. Mungkin aku kesiankan Zafira nanti.

Johan?” Soal Kamal lagi. Aku senyum. Tertanya-tanya aku mana Johan sekarang ni.

Johan beritahu kau hal sebenar masa pertama kali korang kenal. Jadi aku rasa tak ada apa-apa lagi yang perlu kau tanya.” Kamal menghembuskan nafas. Aku tahu dia kecewa. Maaf, aku terpaksa berbohong.


Aku lihat Kamal menganggukkan kepala. Aku kemudian meminta untuk beredar. Yang sebenarnya sebab air mata aku mahu terkeluar. Dan Kamal hanya memandang sahaja aku beredar. Bila aku sedar aku telah jauh dari Kamal, ketika itulah, air mata tiba-tiba sahaja merembes keluar. Aku duduk di satu tempat yang jauh dari orang ramai dan menangis semahunya. Dan ketikalah, ada seorang menghulurkan tisu pada aku. Aku kesat air mata aku sebelum memandang gerangan itu. Johan! Dia sedang menghulurkan tisu sambil mengukirkan senyuman. 


~TO BE CONTINUED~


Saturday, June 15, 2013

Senyuman Untuk Dia #3


{Oleh Duri Matahari}

Hari-hari selepas itu, aku sedar aku mengelak dari Kamal. Setiap kali lelaki itu menghampiri, aku akan buat-buat sibuk mahupun buat-buat tidak sedar kewujudan dia. Aku tahu, Kamal mungkin berkecil hati dengan perlakuan aku terhadapnya, tapi itu tidak boleh dibandingkan rasa kecewa aku terhadapnya. Rasa kecewa setiap kali melihat Kamal dan Zafira. Rasa kecewa setiap kali mendengar Zafira bercerita tentang Kamal. Kecewa tahu!

Assalamualaikum,” aku dengar suara lelaki memberi salam. Aku jawab salam itu sebelum mendongak memandang gerangan yang memberi salam itu. Johan!

Are you okay?” Johan bersuara. Aku sebenarnya mahu menganggukkan kepala tapi ah… aku tak mampu menipu lelaki di hadapan aku ini sebab air mata aku sudah hampir mahu jatuh. Menangis sebab melihat Kamal dengan Zafira petang tadi. Malu juga menangis di hadapan lelaki yang aku tidak kenali ini.

Would you mind sharing it with stranger like me?” Johan bersuara lagi. Seolah-olah tahu aku sedang berdepan dengan masalah. Aku pandang Johan di sebelah aku selepas aku mengesat air mata aku. Aku pandang lelaki itu lama dan Johan hanya mengukirkan senyuman sahaja. Ah… senyuman Johan buatkan aku teringatkan senyuman Kamal.

Mahu sahaja aku gelengkan kepala aku tapi entah bagaimana laju sahaja mulut aku berbicara. Berbicara dengan lelaki asing dalam hidup aku. Lelaki yang aku hanya tahu namanya sahaja. Lelaki yang tiba-tiba sahaja buat aku rasa selesa pada pertama kali bersua. Aneh bukan?

Awak ada perasaan pada dia.”Itu yang Johan katakan pada aku setelah aku selesai menceritakan segala perihal masalah aku. Masalah berkaitan dengan Kamal. Aku pandang Johan seketika sebelum aku menggelengkan kepala aku. Punya perasaan pada Kamal? Ah.. tak mungkin!
Awak boleh nafikan but then your heart can’t. Fikir saja kenapa awak kecewa bila tahu dia dengan roommate awak.” Aku mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Adakah? Aku tak sedar itu.

Tapi…” Aku bersuara, tapi belum sempat aku menyudahkan ayat aku, Johan memotong.

Pernah dengar satu pepatah ni, lelaki dan perempuan tidak boleh hanya setakat berkawan sahaja. Salah seorang tentunya akan tewas dengan permainan perasaan. Dan dalam hal ini, awak yang tewas. Awak sudah tewas dengan hati awak. Walau berjuta kali awak menafikan perasaan itu, hanya Tuhan saja yang tahu hal sebenar. Apa yang hati awak alami.

Aku menelan air liur. Ayat yang aku dengar sebentar tadi benar-benar membuatkan aku rasa kagum. Mungkin. Entah. Aku pun tidak tahu. Aku pandang Johan di sebelah aku. Sekali lagi lelaki itu mengukirkan senyuman. Jujur, senyuman Johan buatkan aku teringat pada Kamal.

Miera…” tiba-tiba sahaja aku dengar suara Kamal. Yaa… itu sememangnya Kamal. Kali ini Kamal berseorangan. Tiada Zafira di sisinya seperti selalu. Aku lihat Johan dan Kamal saling berpandangan dan Johan seperti biasa masih dengan senyumannya.


Boleh aku jumpa kau sekejap?” Kamal bersuara lagi. Aku sedar Johan sedang memandang aku. Johan menganggukkan kepalanya. Dan aku akhirnya mengikuti Kamal ke tempat yang jauh dari Johan. Lelaki itu hanya memerhatikan aku dari jauh. Tertanya-tanya juga aku, apakah tujuan Kamal ini? 

-TO BE CONTINUED-


Friday, June 14, 2013

Senyuman Untuk Dia #2

{Oleh Duri Matahari}

Hai…” Aku ingatkan Kamal tapi bukan. Aku ingat lagi lelaki di hadapan aku. Pertama kali aku nampak lelaki itu adalah ketika aku berbual dengan Kamal. Aku ukirkan senyuman sahaja. Tiada keinginan untuk membalas sapaannya itu.

Miera…” aku dengar suara Kamal. Aku toleh. Memang benar dia, tapi kali ini dia dengan seorang perempuan, Zafira, teman sebilik aku. Aku lihat mereka berdua sedang berpegangan tangan.  Hati aku kecewa. Terlampau kecewa. Masakan aku tak tahu kawan baik aku sedang bercinta dengan teman sebilik aku sendiri? Sampai hati.

Ni siapa?” Zafira menyoal.

Aku hanya mendiamkan diri. Mata aku masih lagi terpaku pada pegangan tangan Kamal dan Zafira. Seolah-olah Kamal menyedari aku sedang memerhatikan tangan mereka, terus dia melepaskan pegangan itu. Kali ini aku memandang Kamal. Memandangnya sepi tanpa mengeluarkan suara.

Saya Johan,” lelaki itu bersuara sambil menghulurkan tangannya pada Kamal. Aku sedar Kamal sedang memandang aku, meminta penjelasan tentang Johan mungkin. Aku hanya mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Jujur, aku kecewa dengan situasi yang berlaku di hadapan aku saat ini. Sampai hati Kamal.

Kamal…” aku dengar suara Kamal. Lelaki yang bernama Johan itu mengambil tempat di sebelah aku. Aku sedar Kamal memandang aku lagi tapi aku tidak hiraukan itu. Argh… sakitnya hati ini.

Boyfriend Miera eh?” Aku dengar Zafira bersuara. Aku sedar Johan sedang memandang aku dengan senyuman. Aku menelan air liur apabila dia menganggukkan kepala. Aih.. mamat ni. Sesuka hati je nak mengaku boyfriend aku.. Aku juga sedar air muka Kamal berubah.

Wahh… I didn’t know this. Kau tak beritahu aku pun, Miera. Tahniah la!” Ayat yang keluar dari mulut Kamal benar-benar buat aku terluka. Mahu saja aku nafikan dan gelengkan kepala tapi ah… suara aku tidak mahu keluar. Aku hanya diamkan diri sambil mengukirkan senyuman tawar.

Kitaorang blah dulu la. Tak nak kacau kau,” aku dengar lagi suara Kamal. Aku pandang dia. Mahu saja aku pinta dia jangan tinggalkan aku, tapi tiada suara yang terkeluar dari mulut aku. Kamal hanya mengukirkan senyuman kepada aku sebelum beredar bersama-sama Zafira. Jujur, itu melukakan aku. Terlampau.

Beberapa minit kemudian, setelah kelibat Kamal hilang dari pandangan, aku menoleh ke arah Johan di sebelah aku. Lelaki itu masih lagi di situ.


Awak tentu punya banyak soalan yang mahu ditanya bukan? Dan saya willing to answer all your questions. But then, saya biarkan awak pulih dahulu, baru kita akan jumpa lagi. Jaga diri. Assalamualaikum…” Johan bangun sebelum mengukirkan senyuman. Aku balas senyumannya dengan tidak ikhlas. Tidak memahami apa yang dikatakan lelaki itu sebentar tadi. Siapa dia, aku sendiri tidak tahu. Tapi jujur, kehadiran lelaki bernama Johan itu telah memberikan satu rasa aneh di hati aku. Ah… adakah? Atau itu adalah rasa kecewa melihat Kamal dan Zafira sebentar tadi?

-TO BE CONTINUED-


Thursday, June 13, 2013

Senyuman Untuk Dia #1

{Oleh Duri Matahari}

Hari ini dia tanya lagi. “Kau dah senyum hari ni?

Dan aku tanya kenapa. Dia Cuma senyum sahaja. Aku balas sahaja senyumannya. Dan bila aku terlihatkan seorang lelaki tidak jauh, aku pandang lelaki itu. Punya rupa jugak. Aku kemudian kembali menoleh ke arah sebelah aku. Ah… dia sudah menghilang. Mungkin dia sedar aku terlampau lama memandang lelaki punya rupa itu sehingga mengabaikan dia.

Mieraaaaaaa….” Aku dengar jeritan. Aku pandang ke hadapan, dia sedang melambaik-lambaikan tangannya ke arah aku. Aku bangun dan menuju ke arahnya.

Nanti jangan lupa senyum tau.” Dia berkata lagi sebelum beredar. Aku hanya mengukirkan senyuman sahaja. Aku senyum lagi sebab dia.

####

Mal!” Aku sergah dia dari belakang. Kamal hanya mengukirkan senyuman. Aku suka lihat dia senyum. Menenangkan jiwa aku sahaja.

Kau dah senyum?” Sekali lagi dia tanya. Aku hanya mengukirkan senyuman sahaja.

Kenapa kau asyik tanya aku sama ada aku dah senyum ke belum hari ini? Penting sangat ke nak tahu aku senyum ke tidak?” Aku menyoal Kamal. Sekali lagi Kamal mengukirkan senyuman. Aku balas kembali senyuman itu tapi dengan tanda tanya di fikiran. Jujur aku tak faham soalan yang akan dia tanya pada aku setiap kali kami berjumpa. Penting sangatkah senyuman aku itu?

Satu hari nanti, kau akan tahu. It’s not that important to know now. Bila tiba masanya, aku akan jawab soalan kau itu.

Aku menanti jawapan dari Kamal. Namun aku rasa semua itu sia-sia sahaja. Penantian aku pada jawapan itu langsung tidak berbaloi. Lebih-lebih lagi bila Kamal tidak lagi menghabiskan masa luangnya dengan aku. Aku dengar dia sudah punya teman wanita. Tapi aku langsung tidak tahu siapa.

Kau dah tahu Kamal dah ada girlfriend?

 Aku geleng bila soalan itu diajukan pada aku.

Kau tahu siapa girlfriend Kamal?

Aku geleng lagi.

Macam mana kau tak tahu, sedangkan kau kawan baik dia. Sah-sah dia akan bagitahu kau kan?” Aku hanya mengankat bahu. Manalah aku tahu. Kamal langsung tidak beritahu aku tentang kekasihnya itu. Mungkin aku kecewa. Mungkin.


~To be continued~


Monday, June 10, 2013

Penantian

{Oleh Duri Matahari}

“Pergilah mati kalau kau bakal mati!” Ayat dia yang itu bikin hati aku terluka. Terlalu. Tidak tahukah dia aku berkata benar pada kali pertama aku katakan itu pada dia. Bukan mahu minta simpati dari dia, tapi aku tak mahu memberi harapan pada dia. Aku tahu dia akan terus menanti walau dia sendiri tahu penantian dia itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Aku faham dia walau pertama kali berkenalan. Aneh bukan?

Saat aku menghilangkan diri beberapa tahun yang lalu, aku ingat aku akan betul-betul meninggalkan dunia ni tapi keajaiban berlaku. Tuhan masih berikan aku peluang untuk hidup. Penyakit aku sembuh dan aku gunakan peluang itu untuk cari dia lagi.

Bila aku kembali ke situ, ke tempat aku dan dia berkenalan, dia masih di situ. Dia manusia pertama yang aku cari.  Aku sapa dia, dan sapaan aku berbalas tapi aku sedar sesuatu, dia bukan seperti dulu. . Dia dah berubah. Adakah berubah sebab aku? Tiada lagi dia yang akan bergelak ketawa dan senyum ketika aku menyapanya. Aku sedar, dia bersikap dingin dengan aku.

Bila aku tanya dia, “Mahu dengar satu cerita tak?” Dia geleng kepala. Dia kata dia tiada selera untuk dengar cerita dari aku dan aku kata aku akan tunggu dia berminat untuk dengar cerita aku. Tapi ayat dia selepas itu, benar-benar buat aku terluka. Adakah ini balasan?

Tidak sedarkah dia, kenapa aku sapa dia setiap hari? Tidak sedarkah dia kenapa aku masih cari dia bila dia hilangkan diri hari itu? Sebenarnya ia lebih dari apa yang aku katakan pada dia hari itu. Tapi aku diamkan sahaja. Tidak mahu memberi dia harapan. Tidak mahu dia menanti sesuatu yang tidak pasti. Apa yang aku tahu ketika itu, ajal aku satu kepastian.

Tahukah dia, aku hilang arah bila dia menghilang hari itu. Tempat itu tiada makna bila dia tiada. Aku tahu dia terluka. Aku tahu. Sama ada terluka sebab aku ataupun sebab mereka. Dan aku mahu minta maaf untuk kali terakhir tapi dia menghilangkan diri tiba-tiba. Jujur, aku hilang arah ketika itu. Aku mahu lihat dia senyum sekali lagi. Tapi, maaf aku dipandang sepi pada kali terakhir aku bertemu dia beberapa tahun yang lalu itu.

Dan sekarang, setiap hari aku melawat tempat itu, mengharapkan dia turut berada di situ. Bila dia ada, aku sapa dia tapi tentunya sapaan aku tidak berbalas. Dia benar-benar berubah. Tidak mahukah dia beri aku peluang sekali lagi? Tak apa. Aku tunggu dia terbuka hati untuk dengar cerita aku. Cerita tentang dia dalam hidup aku.

Walau siapa pun dia ketika ini, aku terima dengan seadanya walau aku mengharap dia yang dulu. Dia yang aku kenal beberapa tahun lepas. Aku sabar menanti sepertimana dia sabar menanti aku suatu ketika dulu.


Saturday, March 23, 2013

Agus

{Oleh Nico Robin}

Agus menguis-guis daun kering dengan ranting kayu yang dipunggutnya di tepi pusara. Rerumput kecil dicabut hingga bersih. Dengan jari jemarinya dia mengelap permukaan batu nisan yang sudah usang hingga tulisan di batu itu sukar dibaca. Airmatanya sudah lama kering. Semua insan yang d kenalinya sudah tiada. Sudah tidak wujud lagi. Kini yang ada hanya dirinya sendiri,tanpa arah. Agus berkelana di dunia yang asing baginya. Muka bumi masih sama tapi wajah bumi sudah tidak serupa. Bangunan tumbuh lebih lebat dari pepohon hutan dan Agus seolah-olah tidak ada tempat di ruang itu lagi. Namun Agus cepat belajar, seorang pengemis di jalanan mengajarnya cara untuk hidup di hutan batu itu. Dan dari pengemis itu juga Agus mendapat kehidupan baru..
“Kamu masih muda dan sihat.. masih kuat.. kalau kamu mahu..  saya punya seorang kawan yang boleh dapatkan pekerjaan untukmu..” kata Juhen bekas pembunuh upahan yang kini kudung kakinya dan hidup melarat sebagai pengemis.
“ Tapi saya tidak ada pengenalan diri..”
“ Tak payah kisah.. saya kan ada, guna saja saya punya.. tak ada yang kisah akan hidup mati pengemis kudung macam saya. bagaimana? Kerjanya mudah.. tukang bersih hospital. Cuma membersihkan hospital pada malam hari..” ujar Juhen yang selalunya tidak dapat tidur di malam hari kerana selalu bertemu dengan bayangan gadis bernama Zulai dalam tidurnya.
“ Malam?”
“ Ya.. kerja pembersihan waktu siang orang lain yang buat. Tapi waktu malam tak ada yang berani bertugas di hospital itu.. maklumlah. Hospital kan tempat yang penuh dengan roh-roh manusia yang kononnya berkeliaran.. saya yakin kamu tidak akan takut pada omongan kosong pasal roh dan hantu. Paling penting ini.. perlu di-isi..” Kata Juhen sambil mengusap perutnya. Dan ya, tawaran itu di terimanya dengan tangan terbuka. Berkerja di malam hari tentu lebih selesa baginya kerana dia sudah biasa menjadi tetamu malam
Seminggu berlalu dan  ternyata kerja-kerja pembersihan di hospital tidaklah sesukar mana. Agus tidak pernah diganggu oleh apa-apa hantu dan roh. Agus sesekali melihat ‘mereka’ mundar-mandir di situ, tetapi tidak satupun berbuat apa-apa padanya. Kebanyakan ‘mereka’ berlegar-legar dengan wajah sepi dan kosong. Dan itu sedikit pun tidak menakutkan Agus.
Tapi minggu berikutnya Agus dikejutkan oleh kehadiran seorang perempuan hamil. Ya! Perempuan hamil. Bukan hantu. Wajah perempuan itu mana mungkin dilupakannya, kerana perempuan itu mirip si kekasih yang sudah sekian tahun dirinduinya. Mika. Dan malam ke-9 dia berkerja di hospital itu, bagaikan jelmaan Mika, perempuan itu di usung ke dalam bilik yang dibersihkannya. Sedang menahan sakit hendak bersalin. Malang sekali ketika itu semua doktor sibuk kerana hal-hal kecemasan pesakit lain dan perempuan itu semakin lemah. Secara tiba-tiba seorang Doktor lelaki yang entah dari mana datang menarik Agus.
“ Kita kekurangan staff sekarang. Semua jururawat dan doktor lain sibuk dengan hal kecemasan di bilik lain. Saya mohon kamu bantu saya di sini..” Kata doktor yang memakai tag nama- Miguel Bain. Sememangnya suasana malam di hospital itu berlainan sekali. Kelam kabut dengan pelbagai kes kecemasan yang di  bertalu-talu datang. Agus menurut permintaan doktor itu tanpa kata-kata. Rintihan, desahan dan jeritan kesakitan perempuan hamil itu memenuhi ruang bilik.
“ Adam… Adam..” Rintih Hawa dari sela-sela nafas. Melaung nama suaminya Adam yang ternyata tidak berada di sisinya untuk menyambut kelahiran anak mereka.
Dan akhirnya bayi itu dilahirkan. Bayi lelaki yang sihat dan mungil. Namun ada sesuatu yang aneh tentang bayi itu. Ia sedikitpun tidak menangis, Doktor Miguel beberapa kali menepuk  paha bayi itu supaya menangis tapi dia hanya terbatuk-batuk. Sebaik saja Agus menyentuhnya, bayi itu merenung tepat ke wajahnya, terkebil-kebil dan kemudiannya tersenyum.
“ Bayi saya…” Kata perempuan itu lemah. Agus memberikan bayi itu kepadanya setelah melihat angukan kepala doktor Miguel. Wanita itu merenung bayinya sambil tersenyum. Syukur bayi itu sihat. Agus menyaksikan sendiri bayi itu membalas senyuman ibunya. Agus terlompong!
“ Tolong… tolong jaga bayi saya..” Pintanya sambil melirih kesakitan. Dan tiba-tiba perempuan itu mengerang kesakitan, mengelupar lalu pengsan. Doktor Miguel cemas dan tergopoh gapah memberikan bantuan kecemasan. Agus pula di-arah untuk membersihkan bayi itu. Bila Agus masuk semula ke dalam bilik untuk meletakkan bayi itu di sisi ibunya, Agus lihat Doktor Miguel mengeleng-geleng.
“ Dia gagal diselamatkan..” ujarnya perlahan. Agus terpana. Lalu menatap bayi dalam pelukannya. Bayi kecil itu kehilangan ibunya. Aneh sekali bayi yang masih merah itu membuka mata dan menentang matanya. Bola mata bayi itu bergerak-gerak mengikut arah pandangan mata Agus.
“ Jadi bagaimana dengan bayi ini?” Tanya Agus kepada doktor Miguel.
“ Letak saja di situ.. nanti biar jururawat yang merawat bayi itu” Arah doktor Miguel. Agus menurut arahan.  Bayangan perempuan yang mati bersalin itu terbawa-bawa di fikirannya hingga habis waktu kerja. Agus simpati pada bayi yang baru kehilangan ibunya itu. Ketika berkhayal tentang masa depan bayi yang telah disambut kelahirannya-pertama kali dalam hidupnya hal itu terjadi, Agus dikejutan oleh bunyi dentuman kuat di jalan raya yang hanya empat meter dari tempat dia berdiri. Seorang lelaki terheret oleh sebuah lori. Kejadian itu terlalu pantas hingga apa yang mampu Agus lakukan hanya terpegun kaku melihat tubuh lelaki itu renyuk dan memercikkan hujan darah ke atas jalan raya… semua orang yang menyedari kemalangan itu bergegas mengerumuni lelaki yang pastinya sudah tidak bernyawa lagi. Agus engan ikut serta lalu bergegas pulang. 9 hari berada di hospital sudah cukup untuk dia menyaksikan banyak kematian.
Dan pada sebelah malamnya, ketika bertugas di hospital Agus dapat tahu, lelaki yang mati dalam kemalangan itu adalah ayah kepada bayi aneh yang baru saja kehilangan ibunya! Bayi aneh yang merenungnya tajam sebaik saja dilahirkan itu kini senasib dengannya. Sebatang kara!

Thursday, March 14, 2013

Pencuri

{oleh Nico Robin}




Tak guna aku marah

Kalau pun dia seorang pencuri

Aku akur sebab dia curi bukan dengan sengaja

Mungkin aku yang cuai..

Mungkin aku yang lalai..

Sedar-sedar saja sudah ada padanya

Padahnya aku pula gigit jari

Aku yang makan hati..

Bila si pencuri bawa lari..

Selamba pergi tanpa peduli

Hati aku yang telah dia curi..

Sudahlah…

Aku mengalah..
 
Aku sendiri yang salah..

Thursday, February 14, 2013

Seorang Perempuan Bernama Anis

{Oleh Gerimis Senja}

Hampir sebulan aku menginap akan bilik kecil di pinggir kota itu. Bilik yang hanya muat untuk hanya seorang sahaja itu terletak di atas  rumah kedai. Tidak pula berkesempatan untuk aku kenali penginap yang lain lantaran aku masih baru di situ. Aku tinggal keseorangan di situ lantaran aku baru sahaja memulakan hidup berdikari kerana ku mendapat tawaran sebuah syarikat penerbitan untuk menjadi penulis juga pelukis.

Namun bila aku selalu turun untuk makan di restoran bahagian bawah dapat juga aku tahu akan jiran jiran yang menginap satu tingkat yang mempunyai dua bilik pejabat dan tiga bilik kecil itu. Bahagian depan satu pejabat untuk event organiser dan sebuah lagi adalah pejabat bas ekspress. Manakala tiga bilik belakang yang besar ialah penghuni pekerja restoran di situ dan bilik sederhana besar milik seorang perempuan muda dan bilik akhir paling kecil berhampiran bilik air ialah bilik aku. Bilik bilik di tingkat atas itu disewakan oleh pengusaha restoran di bawah.

"Kau kerja apa  Azam?" soal taukeh restoran abang Halim pada aku.
"Penulis bang..."jawapku ringkas
"Oh iya..tulis apa?reporter ke?" tanyanya ingin tahu.
"Oh tak..bukan reporter...saya penulis majalah.."
"Penulis cerpen?"
"Lebih kurang macam tu..hahaha.."aku ketawa dan tersenyum dengan soalan itu.


Namun kehadiran seorang perempuan muda yang sama menyewa itu membuat aku tertanya tanya. Aku lihat perempuan muda itu tak pernah berbual dengan sesiapa..Mahupun dengan perempuan pekerja restoran Indonesia. Aku lihat dia sering hilang bila malam menjelma dan akan pulang bila di inihari. Hati lelaki aku terdetik kerana figura itu amat menawan hati aku dan ingin sangat mengenalinya. Saban malam aku menunggu dia pulang dan sebaik sahaja  dia pulang dia akan menggunakan bilik air di bahagian belakang yang semestinya melalui bilik aku.

"Perempuan tu kerja kat mana bang? tanya aku pada abang Halim ingin tahu
"Oh Anis tu? Tak tahulah tapi budak budak abang cakap dia kerja kat hotel lima bintang."

Naluri ingin tahu aku biarkan meluap luap dalam dada aku sehinggalah satu malam yang suram pintu bilik aku di ketuk orang. Aku yang terpinga pinga kerana bagai tak percaya kerana waktu itu jam menunjukkan hampir pukul 5 pagi.

Oleh kerana hujan di luar maka aku beranikan juga mengintai dari tingkap cermin bilik. Ku lihat satu figura wanita sedang kesejukan akibat kebasahan.

"Maaf...kunci bilik saya hilang...saya tak dapat cari..bilik pekerja Indonesia itu pulak macam tak ada orang saya terpaksa ketuk pintu bilik awak sebab saya basah kena hujan."

"Ohhh..tak mengapa..silalah masuk  dan keringkan diri..nah pakai tuala ni..."pelawa aku padanya tanpa ragu ragu dalam sinaran lampu 50 watt itu.

Dan dia juga tanpa ragu ragu menanggalkan bajunya yang basah lenjun itu di hadapan aku. Aku agak panik.

"Awak tentu tertanya tanya apa pekerjaan saya..saya pun selalu nampak awak mengintai saya melalui tingkap ini. Nah sekarang awak tak perlu intai lagi..."katanya membuatkan aku rasa aku sudah pun mendapat bahan cerita untuk aku tuliskan.

Thursday, January 24, 2013

Terpenjara

{oleh Gerimis Senja}


Menakutkan. Siapa yang tak takut bila terkurung dalam penjara. Silap silap boleh jadi gila. Namun seorang yang berfahaman haluan kiri macam aku terpaksa menghadapi semua ini. Aku hanya pencetus kebebasan. Aku melahirkan suara majoriti. Apakah aku bersalah kerana menulis semua ini? Tidak. Aku ada prinsip sendiri. Sebab itulah aku terkurung dan terhina ke dalam ini.

Aku wira? Oh tidak aku tidak mahu di lihat wira. Aku hanya buat apa yang aku fikir perlu. Aku mahu menyedarkan manusia. Aku mahu melihat manusia bangkit. Aku mahu manusia tak jadi hipokrit.

Apa ? Sistem. Ya sistem memang dah lama mati. Jiwa manusia pun sudah lama mati. Aku telah mengurangkan tekanan diri aku setelah aku puas menemui apa yang aku mahu selama ini. Aku tak mahu membezakan manusia atas dasar warna. Sedangkan apa yang aku perjuangkan ialah kesamaan hak manusia. Aku hitam dan mereka putih.

Rasa bersalah? Oh tidak lagi rasanya. Apa dosaku? Aku hanya berdiri atas prinsip hidupku? Membabi buta? Tidak...Semua orang sudah sedia tahu apa yang berlaku.

Kesal? Tidak..Malah satu perasaan yang amat melegakan..Semoga semua apa yang aku buat ini akan memberi manafaat pada sesetengah manusia yang mindanya terpenjara.

Sunday, January 20, 2013

Kembali

{Oleh Nico Robin}

Dia menatap gadis itu. Gadis yang telah melarikan diri pada hari perkahwinan mereka. Gadis yang telah memalukan keluarganya.. gadis yang telah menghancur luluhkan perasaannya. Membatalkan segalanya pada hari perkahwinan adalah tindakan paling kejam. Tak boleh dimaafkan!!
Tapi sebesar mana pun bencinya pada gadis itu, masih dia merasakan rasa yang sama setiap kali membayangkan senyuman si gadis itu- rindu! Dia selalu cuba untuk berhenti tapi gagal. Sepertinya ‘rasa’ itu sudah tertanam dalam dirinya hingga ke akar umbi. Mustahil untuk lenyap!
Sebesar mana pun kesalahan gadis itu, masih… darah yang mengalir dalam tubuhnya telah bersebati dengan darah gadis itu dan menjadi darah dagingnya. Sebahagian dari denyutan nadinya. Kerana Gadis itu pernah menyelamatkan nyawanya. Mendermakan darah ketika dia kehilangan banyak darah akibat kemalangan.
“ Kenapa kau kembali ke sini?” Tanyanya dengan nada dingin.
“ Di sini adalah tempatku.. aku boleh kembali ke sini bila pun aku mahu” Sahut gadis itu.
“ Untuk menoreh luka lama..? kau tahu yang kedatanganmu di sini hanya akan membangkitkan kebencian.. kemarahan..”
“ Itu sudah lama berlalu..” pintas gadis itu.
“ Tapi lukanya masih terasa baru..” balasnya keras. Sungguh! Gadis itu tidak seharusnya kembali ke situ.
“ Sebenarnya aku kembali hanya untuk bertemu kamu..”
“ Untuk apa?”
“ Memohon maaf kerana melukakan hatimu.. atas semuanya..  
“ Sudah terlewat untuk itu”
“ Aku pernah sayangkan kamu.. dan masih selalu sayangkan mu.. walaupun aku tinggalkan kamu.. tapi kau selalu ada di hatiku..  aku tahu kau selalu rindukan aku. Aku boleh rasainya.. mungkin kerana darahku ada mengalir di tubuhmu.. mungkin saja. Naluriku berkata yang kau selalu rindukan aku..”
“ Mengarut!” Dan dia segera angkat kaki. Meninggalkan gadis itu di situ.
Esoknya dia kembali lagi ke situ. Ingin mengintai jika gadis itu benar-benar ingin menetap semula di sana. Kedai barangan antik milik keluarga si gadis itu kelihatan sunyi. Tak ada pelangan. Hanya kelihatan pembantu mereka. Entah kenapa dia merasa hampa kerana tidak melihatnya.
“ Hei.. kamu.. kamu Ifan? Kan?” panggil pembantu kedai itu ketika dia ingin pergi. Langkahnya terhenti.
“ Ah.. ya? Kenapa?”  hairan.
“ Ada sesuatu dari Cik Zulai titipkan untuk kamu..” pembantu kedai itu mengambil sesuatu dari belakang.
“ Nah..”
Sebuah kotak kecil. Dia membuka kotak itu berlahan-lahan dan mendapati sebentuk cincin di dalamnya. Dia tergaman. Itu cincin perkahwinan mereka. Ternyata Zulai masih menyimpannya setelah sekian lama.
“ Saya tak mahu benda ini.. sila kembalikan saja padanya” sakit hatinya bila memandang cincin itu. Itu adalah lambang penderhakaan Zulai padanya.
“ Itu tidak mungkin…” Kata pembantu kedai itu kemudian.
“ Kalau begitu buangkan saja ia..” sahutnya lantas pergi.
“ Cik Zulai sudah meninggal dunia seminggu yang lalu.. tidak mungkin saya boleh mengembalikannya..” seru pembantu kedai itu dari belakang. Dia tersentak. Seraya merasakan hembusan angin dingin menerpa tiba-tiba.
“ Mustahil.. saya baru bercakap dengannya kelmarin petang.. di sini..”
“ Benar.. dia sudah meninggal dunia.. Seminggu lepas. Saya boleh tunjukan pusaranya pada kamu jika mahu..” Kata Pembantu kedai itu cuba menyakinkan.
“Tak mungkin..” Bisiknya lagi. Hatinya terasa di tikam ngilu. Rindu yang telah menikam hatinya ketika itu. Sia-sia. Pembantu kedai itu hanya mengangguk, cuba menyakinkannya. Dengan langkah longlai dia berjalan pulang. Bingung. Sangkanya gadis itu kembali untuk memberikan sesuatu yang dulunya miliknya.
 Langkahnya terhenti bila dia melihat Zulai ada di depannya. Tersenyum menawan seperti kebiasaannya..
“ Kau?! Bukankah kau sudah mati..” Dia keliru tentang gadis di depannya. Hidup atau mati?
“ Kau yang bawa aku kembali.. kerana kau tak pernah ‘lepaskan’ aku..  kau ‘bawa’ aku kembali.. kau tak pernah berhenti merinduiku.. jadi sekarang aku kembali padamu.. ”  kata gadis itu.
“ Aku lepaskan kau sekarang.. kau pergilah dengan aman..” ujarnya lemah.
“ Aku akan pergi.. tapi aku kena bawa kau sekali!” gadis itu menerkam ke arahnya sebaik saja menghabiskan kata-katanya. Lalu semuanya jadi gelap dan dingin.

******

“ Saya mahu jumpa encik Ifan”
“ Kamu siapa?”
“ er.. saya.. Juhen. Saya ada sedikit urusan bisnes dengan beliau”
“ Oh.. maaflah. Dia sedang sakit sekarang..”
“ Sakit?”
“ Ya.. penyakit yang sungguh pelik.. sudah tiga hari dia sakit”
“Boleh saya melihat beliau?”
Diam dan berfikir sejenak. Lantas mengganguk. Juhen masuk, sekujur tubuh terbaring di atas katil. Sebaik saja dia menatap ifan, wajah Juhen berubah pucat. Peluh menitik di dahinya.
“ Keadaannya tidak berubah sejak 3 hari lepas, dia di umpai di atas kubur seorang gadis yang baru mati dibunuh.. seram!” terang lelaki tadi.  Ifan kelihatan terbaring dengan wajah sengsara seperti tubuhnya sedang dihempap batu yang sangat besar.
“Oh.. peliknya” kata Juhen sambil mengelap peluhnya.
“ Penyakitnya memang misteri, kawan saya cakap dia ni disampuk hantu.. entahlah” jelas lelaki itu lagi.
“Ah.. ya. Saya terlupa.. saya sebenarnya ada satu temujanji. Saya minta diri dulu..” Juhen ingin beredar.
“ Oh? Jadi tentang urusan bisnes itu.. ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“ Lupakan saja.. saya akan datang bila dia sudah sembuh nanti..” Dan Juhen bergegas keluar. Dia mengigil. Dengan jelas dia melihat tubuh Ifan dipijak-pijak oleh seorang gadis. Dia sedar lelaki tadi tidak melihat kewujudan gadis itu.  Gadis itu tadi menyeringai kepadanya. Menakutkan.
“Dah dapat duit tu?” Tanya rakannya, Kharis.
“ Gila.. budak pempuan tu ada di dalam!”
“ Apa? Apa maksud kau budak pempuan tu ada di dalam?!”
“ Aku kata budak pempuan yang kita bunuh tu ada di dalam. Tengah siksa si Ifan tu… aku nampak dia duduk atas badan Ifan dan cekik-cekik lehernya.. aku rasa kita ada masalah. Hantu celaka tu sengih kat aku tadi dan kata.. giliran aku tak lama lagi..”

Friday, January 11, 2013

Penumpang

{Oleh Nico Robin}


Pejabat sunyi sepi, yang kedengaran cuma bunyi keyboard komputerku yang ditari oleh jejariku. Namun akibat keletihan aksara-aksara yang ku taip semakin banyak kesilapan hingga bikin aku ulang buat pembetulan- menjadikan aku geram sendiri. Akhirnya aku akur. Aku perlu pulang. Berehat. Memaksa diri hanya memaksimumkan kesilapan dan akhirnya aku membuang masa membuat pembetulan yang lebih menyakitkan hati. Re-do!
Memandu dalam keadaan letih menjadikan aku merasa mengantuk. Hampir saja aku terlelap tetapi kelibat seekor kucing telah mengejutkan aku.
“sreeeeetttttt!” bunyi break kenderaanku melaung. Kantuk ku tadi lenyap serta merta. Aku gugup.
“ Ah.. aku dah langgar kucing tu?” Tanyaku pada diri sendiri. Tapi aku tak rasa tayar kenderaanku menghentam apa-apa. Tentunya kucing itu tidak tergilis oleh tayar kenderaanku. Pasti tidak. Aku yakinkan diri sendiri.
Aku keluar dari kenderaan. Jalan sunyi. Tidak sebuahpun kenderaan lain berada di atas jalanraya. Aku jengguk ke bawah kenderaan. Memastikan. Lega dan kemudian masuk semula lalu memandu.  Aku pandang jam kereta. Sudah jam 11 malam. Berfikir-fikir apa yang patut aku masak bila sampai di rumah nanti. Adakah magi dengan telur atau spagheti instant?
Ketika membayangkan menu tengah malamku, sebuah motorsikal dari arah bertentangan yang pada mulanya bergerak laju tiba-tiba perlahan ketika berselisih denganku. Aku turut memperlahankan kenderaan dan memerhati tingkah laku pelik si penungang motorsikal itu dari cermin sisi. Dia tertoleh-toleh ke arah kenderaanku berkali-kali. Tanpa di sangka-sangka motorsikal itu terbabas ke tepi jalan. Aku tergaman dan sekali lagi menekan break mati! Itulah tak tengok depan, kan dah terbabas. Omelku dalam hati. Aku bergegas keluar cuba memberi bantuan.
“ Kamu berdua tak apa-apa?” Tanyaku kepada penungang dan pembonceng yang berusaha membangunkan motorsikal yang terbongkang tidak jauh dari parit kecil.
“Tak.. tak apa-apa..” Kata pembonceng itu- seorang perempuan berumur sekitar 30 tahun.
“ Ada luka tak? Nak saya hantar ke klinik?” Tawarku lagi.
“ Eh..eh.. tak payah!” Kata penunggang motor itu pula. Lelaki yang kelihatan lebih tua beberapa tahun dari perempuan yang diboncengnya. Mereka tergopoh gapah menyorong motorsikal mereka ke jalan raya semula dan tanpa sepatah kata membiarkan aku terkebil-kebil di tepi jalan. Hanya asap motor saja yang di titipkan untukku. Cis! Mereka pergi tergesa-gesa dan kali ini langsung tidak menoleh. Sepanjang Jalan aku berfikir-fikir tentang tingkah pelik pasangan motorsikal itu tadi. Kemudiannya aku melupakan mereka dan menyambung bayanganku tentang menu tengah malamku yang tadinya tergangu.
*****
“Kau perasan tak?” tanya  Noel pada isterinya.
“ Perasan apa?” tanya isterinya semula.
“ Kau perasan tak tadi.. dalam kereta budak lelaki tu..”
“ Oh.. aku nampak ramai dalam kereta dia.. tapi budak tu sorang saja yang keluar tengok kita tadi..  baik budak tu, offer lagi nak hantar ke klinik.. kau pula apa hal cuai sangat sampai kita terbabas.. tenung gadis cantik dalam kereta dia tu ye?” marah isterinya. Neol ketawa sinis.
“ Gadis cantik? kau tak perasan rupanya. Aku pun mula-mula ingat penumpang di kereta budak tu gadis-gadis cantik.. tapi hairan semuanya baju putih.. Bila aku tengok baik-baik.. eee… seram aku nak ingat.. tak sanggup aku dihantar budak tu ke klinik dengan penumpang-penumpang dia tu.. macam mana sakit pun cedera aku.. biarlah aku jalan kaki balik kalau motor kita tak idup tadi..  tu yang aku cepat-cepat pergi tu.. aku nampak.. benda-benda yang ikut dalam kereta dia tu macam nak turun dari kereta join tengok kita.. gila! Ntah budak tu sedar ke tidak ada hantu ikut dalam kereta dia..” Isterinya terlompong mendengar kata-kata Noel.
“ Apa.. hantu?”
“ Kalau dah berselubung putih dua tiga ekor macam geng hantu pocong dalam kereta dia tu.. mananya tak terbabas sebab terkejut.. “ sahut Noel menjelaskan punca dia hilang kawalan.
“ Jadi budak tu tak sedarlah ada hantu tumpang dalam kereta dia..?  kesian dia kan..” Noel hanya mampu mengangguk-angguk. Dalam hati dia tertanya-tanya juga. Adakah ‘penumpang’ itu ikut balik sampai ke rumah budak itu? Merinding bulu roma Noel membayangkannya.