{Oleh Nico Robin}
Beberapa hari kebelakangan ini aku rasa diriku di-ekori sesuatu. Sesuatu yang membuat aku resah dan gusar. Sesuatu yang buat aku tidak tenang. Ia mengekori aku saban hari. Saban malam. Saban petang. Naik demam aku jadinya. Aku terfikir-fikir adakah itu saka? Badi? Atau hantu? Tapi mustahil. Aku tak percaya hantu itu wujud.
Tidurku terganggu. Aku jadi tak tentu hala. Aku benar-benar rasa seperti di-ekori hantu. Bayangan-bayangan itu selalu datang dalam tidurku. Malah menjadi khayalku. Aku benar-benar rasa tak tenang. Tidak tenteram. Kacau!
“Kau ni Genon.. asyik termenung saja” Tegur Kazama. Aku tersentak.
“Kau ada masalah ke ni?” Tanya Kazama lagi.
“Ah.. masalah kecil saja” Dalihku. Enggan berkongsi kisah. Maunya Kazama gelakkan aku kalau aku cerita padanya kisah tak masuk akal itu. Hantu? Dia bukannya percaya sangat dengan mistik ni. Aku pun sebenarnya tak percaya juga. Hingga hal ini terjadi pada diri sendiri, aku mula meragui ketidakpercayaan itu. Kalau ini adalah ilusi, maka aku sepatutnya sudah tidak waras lagi!!
“Cakap sajalah! Kau ni Genon, aku tengok macam orang putus cinta ja.. tapi makwe pun takde. Bila masanya pula kau putus cinta?” Aku mendengus mendengar ulasan Kazama.
“Soalnya ini bukan berkaitan cinta. Aku tak tahu cinta tu bagaimana, dan aku tak minat nak main cinta. Maaflah. Jiwang-jiwang ni bukan jiwa aku tahu! jadi tak ada kena mengena dengan cintan-cintun ya Zama. Aku rasa aku terkena buatan orang..” Luahku akhirnya.
“Buatan orang?” Aku angguk mengiakan. Aku lihat Muka Kazama berkerut. Memikir-mikir.
"Kenapa pula kau fikir macam tu?” tanya Kazama lagi. Tertarik.
“Sejak satu hari tu.. aku selalu rasa ada satu bayangan ikut aku. Ke mana saja. Malah adakalanya bayangan tu menjelma pada orang lain?” Dahi Kazama berkerut mendengar ceritaku.
“Menjelma macam mana? Jadi puntianak ke?”
“Eh.. bukan macam tu. Aku nampak bayang tu sedang duduk sebelah aku. Bila aku toleh dan tengok baik-baik. Rupanya orang lain. Contohnya kau duduk depan aku. Tapi mula-mula aku nampak muka lain, bukan kau. Bila aku terkejut dan tengok baik-baik. Sebenarnya kau yang duduk depan aku! Selalu jadi macam tu tahu!” jelasku panjang lebar.
“Bayangan tu rupa macam mana?”
“Muka perempuan..” Sahutku sambil membayangkan wajah yang selalu mengekoriku saban hari.
“Hodoh? Mata merah? Gigi tajam?” Tanya Kazama lagi.
“Eh.. takdelah hodoh”
“Eh.. tu hantu harum sundal malam lah tu..”
“Apanya pula hantu harum sundal malam. Aku rasa ini buatan orang. Kadang-kadang bila bayangan tu datang. Dada aku jadi sakit. Macam nak pecah jantung aku rasanya”
“Eh bahaya juga penyakit kau ni. Bila kau mula kena ‘buatan orang’ ni ah?”
“Ah.. hari tu. Ada sorang perempuan. Cantik. Aku terlanggar kereta dia. Tapi kami settle hal tu baik-baik. Dan, hari last masa aku bayar bil bengkel yang baiki kereta dia, yang aku langgar tu. Dia salam tangan aku dan bagi senyuman paling manis. Lepas hari tu saja, siang… malam… mula la, datang bayangan ikut aku balik rumah.. sakit dada aku tau tiap kali bayang muka perempuan tu senyum dengan aku! Mesti dia dah jampi sihir aku, aku syak masa dia shake hand aku hari tu..sejak hari tu hidup aku jadi tungang langgang. Aku nampak bayang perempuan tu di mana saja. Dalam rumah.. di tandas, tempat kerja. Terus ekori aku, berhantu.. siksa betul!” Luahku dengan nada marah.
“Eleh.. tu bukan buatan oranglah bongok! Tu tandanya kau dah angaukan perempuan tu.. siang malam terbayang-bayang. Hidup tak tenang ingatkan gadis tu seorang.. katalah dah jatuh cinta! Apanya pula kena buatan orang.. takde maknanya” Marah Kazama padaku. Baru aku hendak membantah Kazama bersuara lagi.
“Ada ambil nombor telefon perempuan tu tak?” Aku mengangguk.
“Try kol.. ajak dia keluar.. tengok penyakit ‘buatan orang’ kau tu sembuh ke tidak!” Kata Kazama dengan yakin.
Dan entah kenapa sebaik saja mendengar suara gadis itu di hujung talian aku rasa seperti di awang-awangan-kaki dah tak pijak lantai. Aku tak terkata-kata. Terbius rasanya. Penipu betul si Kazama! Mustahil jatuh cinta boleh buat rasa nak terbang. Kenapa pula cinta akan buat jantung jadi macam nak pecah? Ini mesti dah kena sihir. Mungkin dia nak balas dendam? Tapi kenapa? Aku dah bayar bil bengkel tu apa???!
“Hello…? Encik Algenon kol saya ni ada apa ya?” Suara puaka itu buat aku panik. Dengan gugup aku tekan butang merah. Dan tiba-tiba kepala aku terasa di ketuk keras. Kazama!
“Hoi bijak! Yang kau buat macam tu kenapa… ? apalah nasib aku ada kawan macam kau ni..” Marah Kazama. Dia kemudian ketawa berdekah-dekah, mentertawakan muka aku yang sudah merah macam udang rebus! Dengan tersingung aku tinggalkan Kazama tanpa sepatah kata. Celakanya malam itu, bayangan gadis itu terus mengekoriku! Sial..
Ada sesiapa dapat bantu aku tak?
12 comments:
haha..menjadi betul citer seram sejuk dek non..ehehehe..nico robin...
{Gerimis Senja}
ok-ok... aku rasa genon ni dah angau ni...
pisang kaki
aku boleh bantu kot
Jantung rasa nak pecah tu terkena panahan asmara kot.
Hehehe
Nak Gill tolong ke? ;)
Sebenarnya cerita seram tak seram.
Hehehe
Puzzled sikit.
Nice one :)
egt citer hantu betul..rupenya hantu cinta..baru nk seram sikit..tp xjd nk seram..huhu..
*nice story..xD
banyak cerita di sini, Skull W ..nak juga komen sebenarnya tapi 2,3, 4 kali masih tak cam no tu..ialah mereka punya suka kan. tak apalah.mybe mereka biarkan kerana memang tak suka drop komen orang lain.
tinggalkan jejak ...http://ezawarna-warnakehidupan-etuza.blogspot.com/
NI BETUL2 KER MAIN2... SAH... ANGAU.... :)
Pandai ko buat cerita ek,sekali dengan humour dan saspen.
haha..sahabatku Ghost muncul jugak dalam blog ni...memang betul cakap kau Ghost ..dia ni Nico Robin memang pandai buat cerita 2 dalam 1...
terbaek Nico Robin...Gomu Gomuuuu...
kalau aku, aku tolong tengok je.. hahaha.. kejam itu menarik :D
Gerimis Senja,
kononlah mahu buat seram :)
***********
Pisang Kaki,
lelaki cool mana mau mengaku haha..
hilang macho kalau jiwang-jiwang
haha..
***********
Wadi Ar,
sila bantu budak baru kenal cinta tu :)
thanks singgah sini ya.
*********
Gillette Flores
sila tolong dia Gil :)
mau buat seram mulanya.. tapi belum lulus buat cerita seram.. pendamkan saja..
************
Aisyah,
tq datang terjah n baca. nak cerita berhantu yang betul kena cari Gerimis senja kot.. :)
********
Etuza,
tq dtg terjah. kalau free2 tu nikmatilah :)
*********
dwaty,
dia betul-betul tak sedar dia angau sebenarnya. haha..
*********
Ghost writter,
mau buat cerita hantu yang berhantu.. tapi itu saja jadinya.
tq datang baca kawan..
***********
El mariachi,
Bro... gomu..gomu eh? itu Luffy ahahahaha..
bukan..
Nico Robin sepatutnya akan kata..
" Six Floral Twist Assasin"
okey?
***********
Payeh Kuced,
tolong tengok jer?
tak nak tolong hentak kelapa dia yang bangang tu? hehhe..
tq datang baca ya Payeh
-Nico Robin-
hantarkan hantu tu ke aku lah
ngeh4
Post a Comment