Friday, December 07, 2012

Psiko & Psikik

{oleh Gerimis Senja} 

Penat rasanya...Dalam kembara malam sejauh itu...Hanya semata mata mengejar study last minit..Segala pancaindera digunakan untuk menghafal apa sahaja yang boleh di hafal. Dan solat sunat berkali-kali dibuat. Berwirid apa sahaja yang patut. Kalau belum pak siak menyuruh balik maka di tepi masjid itu dia masih berteleku.

Apakah tujuan dia? Hanya dia sahaja yang tahu. Memaksa agar semua apa yang dikajinya masuk ke dalam hatinya. Masuk ke dalam ingatan dan hafal segala.

Sekonyong-konyong dia penat. Balik ke rumah tiada lagi mahu dia mengadap meja itu. Peperiksaan hanya esok lusa sahaja.

"Jalan ini seperti pernah ku lalui..."
"Apakah itu...Mereka seolah-olah mengaminkan sesuatu..."
"Oohhh.. ada pengkebumian?Siapa?"
"Macam aku kenal saja orang orang tu..."
"Itu ibuku... Itu ayahku..."
"Apakah itu?"
"Akuuuuu?"
"Aarrrgggggghhhhh...."

Dilihatnya biliknya gelap. Peluh membasahi dahinya. Rupanya dia bermimpi yang pelik. Termanggu seketika dan mengumpul semangat yang ada dia, beristighfar panjang dan bila sudah reda paniknya dia menarik nafas dan bersyukur dapat bangun pada pagi itu.

"Macam mana aku boleh tertidur kat depan pintu ni... haisshhhh!!!"

Jam hampir pukul 5 setengah pagi. Seketika kemudian sayup-sayup kedengaran azan dari surau berdekatan. Rupanya dia tertidur sehingga pagi. Radio sudah berbunyi serak-serak akibat siaran stesen yang tidak jelas. Di capainya tuala dan terus ke bilik mandi. Sabjek Sains Fizik dan Biologi adalah sabjek peperiksaan untuk hari itu.

Mungkin sesuatu telah bangkit bersama dirinya, setelah apa yang dialaminya malam tadi.

10 comments:

Gillette Flores said...

Fikirku, mungkin dia terlalu runsing sehingga fikirannya terganggu sampai sebegitu.
Mentalitinya penat.
Aku harap dia punya waktu untuk merehatkan mentalnya

Jna marcello said...

hebatnye dye samoai tertidur didpn pintu heeee ;)

Nong Andy said...

baguslah kalau 'sesuatu' itu ikut bangkit.. kadang mimpi di hantar untuk membangkitkan kita :D

abang bro EL said...

citer seram lagi....ayooo...

Lady Windsor said...

aku tak pernah alami mimpi sehingga tertdo depan pintu..tapi kerap mimpi kehilangan seseorang dan bila sedar bantal basah..menangis yang nyata!

Skull Writers said...

gillete flores : untuk menjadi yang terbaik atau mendapat keputusan yang terbaik ...menggunakan ke semua pancaindera yang ada..termasuklah pancaindera ke 6

Skull Writers said...

jena marcello : itu okey lagi nasib baik tak di pindahkan ke pokok pisang...

Skull Writers said...

Nong Andy : memang sesuatu sudah dibangkitkan dan terus bangkit

Skull Writers said...

bro EL - hehehe nak try genre siam..ehh seram kakaka..

Skull Writers said...

LW : memang saya sendiri pernah berpindah tempat tidur mungkin sleepwalking?