Sunday, December 23, 2012

Nekad

{Oleh Nico Robin}





Aku mungkin nampak gagah , pada matamu.. penilaian otakmu. Tapi lagak itu hanya di mata kasarmu saja.. Mana mungkin kau tahu.. Aku sebenarnya sudah lama lakonkan watak itu.. Sudah latih ia jadi sebati.. Topeng paling ampuh untuk kaburi matamu.

Pada kamu.

Aku kuat

Aku tabah.

Aku utuh…

Aku ada hampir semua apa yang kau suka.. Itulah aku!
Aku memang gagah melakonkan watak ku.. Aku suka ingat kau fikir aku begitu. Aku sengaja buat kau mengandaikan aku seperti itu. Ia seperti satu piala kemenangan pada aku.. Menjulang egoku ke puncak.. Tapi kebelakangan ini aku jadi ragu.. Apa aku harus lakon watak ini selamanya di depanmu. Apa itu akan jamin yang kau itu punya aku? Apa aku mampu bertahan selamanya gagah dan tegar di depanmu?

Lama-lama aku mula robek hati sendiri.. Kemudian carik-carik lalu ratah dan kunyah.. aku sedut titis-titis jus hatiku hingga kering. Saat aku habis.. Aku buka topeng itu. Aku sedar saiznya tidak serasi. Tapi aku tetap mahu memakainya. Aku tahan sakit, mungkin kerna aku rasa lebih sakit kalau kau tak mahu memandang aku. Bila kau lihat siapa aku yang sebenarnya di sebalik topeng itu.. Dan bila kau sadari yang aku bukan hebat seperti lakonanku.. fikiran itu umpama racun. Aku bisa mati memikirkan hal itu..
Perlahan sambil menahan perit aku tekap kembali topeng itu ke wajahku.. aku senyum. bukan...topengku tersenyum.. sedang..tubir mata ada air berperisa masin.. Watak ini aku mahu lakon sampai habis... Aku nekad!

Thursday, December 20, 2012

Mutiara Hitam


{Oleh Nico Robin}



Ribut sedang mengila. Gelora lautan menganas seperti sebuah amarah. Perahu nelayan itu terumbang ambing. Agus cemas. Dia sudah biasa mendampingi ombak laut. Tapi bukan seganas ini. Bukan kali ini. Taufan kali ini luarbiasa kejamnya. Dia dan ayahnya berpandangan melihat puting beliung tidak jauh dari situ, menghala ke arah perahu mereka. Spontan tubuh Agus mengigil.

 " Cepat Agus.. cepat kita pergi dari sini" Pekik Ayahnya. Tapi terlewat. Pusaran itu sekelip mata sudah menelan mereka. Tanpa belas. Tanpa kasihan. Mereka terkapai-kapai bergelut dalam pusaran itu. Tercungap dan langsung tidak mampu melawan kuasa lautan. Seketika semuanya hitam. Gelap. Pekat. Dingin.

Dari sela-sela nafasnya yang dimasuki air, dari perit dadanya yang kehabisan udara. Agus merasa sepasang bibir memagut mulutnya. Memuntahkan cairan masin seperti ibu garam. Agus tidak daya meronta, hanya mampu menelan cairan itu. Menyerah. Dan masa berlalu...

Ketika matanya celik, Agus mendapati dirinya sedang di-ulit oleh seorang gadis cantik. Bermata biru. Berambut panjang. Senyuman gadis cantik itu memukau.

" Saya di mana?" Tanya Agus hairan.

" Saya selamatkan kamu.. kamu berada di tempat saya sekarang.. Boleh saya tahu nama kamu?" tanya gadis itu dengan wajah teruja. Mendekati wajahnya, seperti baru pertama kali melihat manusia.

" Selamatkan saya? Ah.. terima kasih.. nama saya Agus" Agus teringat akan sepasang bibir yang memagut bibirnya dan memaksanya menelan cecair masin-hampir membuat dia tercekik. Terlalu masin. Gadis cantik itu tidak menyahut. Hanya memberi senyuman. Agus terkesima seketika bila menyedari yang gadis itu tidak memakai baju. Buah dadanya terselak di sebalik rambutnya. Spontan Agus menjauh.



" Jangan takut.." kata gadis itu. Dan sekali lagi Agus terbelalak biji mata. Dari pinggang ke bawah, gadis itu ditumbuhi sisik yang kemilau. Seperti ikan. Agus tergaman. Duyung?!

" Ikan..ikan... er.. duyung?" tanya Agus dengan nada bergetar. Gadis itu mengangguk.

"Nama saya Mutiara.. Saya berikan air suci saya kepada kamu untuk menyelamatkan kamu.. mulai saat ini.. kamu milik saya.." Kata gadis duyung itu lagi.

" Apa..? Tidak.. saya tak boleh jadi milik kamu. Saya mesti pulang.. keluarga saya menunggu saya di daratan.. ah.. ayah saya mana? Dia selamat?" kata Agus. Mutiara mengeleng perlahan.

" Maaf.. kamu tak boleh pulang.. mulai sekarang tempat kamu di sini. Di sisi saya. Sebab kamu sudah menjadi suami saya.." Kata-kata Mutiara membuatnya panik.

" Saya tak boleh jadi suami kamu"

" Kamu sudah minum air suci saya.. jadi kamu sudah jadi suami saya. Jika bukan kerana air suci saya.. kamu sudah mati.. kamu tak mungkin bernafas di dalam lautan" Dan benar. Baru Agus menyedari yang sebenarnya dia berada di dalam air. Tetapi sungguh ajaib kerana dia merasa air di sekelilingnya seperti udara. Bukan Air.

" Tapi saya tidak minta kamu selamatkan saya.. itu tidak adil. Saya lebih rela mati daripada menjadi suami kamu.. saya sudah ada kekasih hati di daratan. Tak mungkin saya menjadi suami kamu.." Mutiara kelihatan tersinggung dengan kenyataan Agus.

"Kamu boleh pulang ke daratan. Tapi kamu harus membayar sejumlah harga... Kalau itu kemahuan kamu. Saya terpaksa melepaskan kamu..."

"Saya sanggup buat apa saja untuk pulang ke daratan.. "

" Apa pun? bagus.. kamu memang perlukan semangat itu.. sekarang bersedia..." Sebelum sempat Agus bersedia, Mutiara menerkamnya. Memagut bibirnya. Memaksanya menelan muntahan cecair yang berbisa seperti api. Agus seperti menelan gumpalan api. Perit. Membakar. Dia kemudian terjelumpuk dan mengelupar. Kesakitan. Tubuhnya seperti terbakar. Seluruh tubuhnya seperti di panggang.

" Mulai saat ini ketika bulan penuh pada penghujung tahun.. Kau akan menyedut tenaga manusia.. manusia perempuan yang kehausan.. kau sedut tenaganya dan kau tukarkan menjadi api.. dan hingga manusia yang ke seratus nanti.. kau akan jadi manusia.... kau akan bebas.. "


Agus kembali ke daratan semula. Seperti janji duyung itu yang sebenarnya adalah ratu duyung.Ratu sihir hitam- Mutiara Hitam. Agus telah kembali ke daratan. Malangnya bukan sebagai manusia. Dia pulang ke dunia manusia sebagai makhluk bersayap, berbulu dan dahagakan bau gadis yang kehausan.. mencari mangsa. Menyedut nafsu mereka sebagai santapannya.. sebelum menjadi manusia semula. Agus terpaksa melayang dari rumah ke rumah pada bulan mengambang.. memuaskan dahaga manusia yang sedang kehausan... menjadi tetamu malam yang tidak di-undang.



Wednesday, December 19, 2012

Mimpi Adam

Waktunya sudah tiba. Adam amat cemas Hawa hampir mahu melahirkan...Hawa terasa seperti payah untuk melahirkan anak sulungnya seperti di pagar rapat pintu peranakkannya...Hari itu sahaja suaminya ke sana sini mencari penawar atau berikhtiar..Apakah nasib anaknya yang bakal lahir itu...Setelah sembilan bulan berlalu namun Adam masih ingat akan peristiwa itu.Peristiwa tatkala dia terkandas di sebuah hostel di kota Belanda.

Adam suami Hawa mengikuti rombongan delegasi dari tanah airnya dan kerana penerbangan pulangnya ke tanahair telah ditangguhkan maka dia memilih untuk bermalam dan terpaksa menginap sementara di kota itu dan namun di sebabkan kesuntukan masa dan juga di halang oleh cuaca hujan lebat yang turun menyebabkan kesesakan lalulintas Adam hanya sempat bermalam di sebuah hostel murah. Adam hanya menyewa bilik sedangkan rakan sekerjanya yang berkesempatan tidur di rumah kedutaan. Memandangkan hari sudah pun malam Adam membatalkan sahaja niatnya untuk bersama rakan sekerjanya. Hostel yang disewanya berdekatan dengan laut.

Tanpa Adam sedari di bawah katil itu ada semacam buku buku pemujaan...Adam terlena dan dia bermimpi pula. Dalam mimpinya Adam berada di sebuah rumah tua yang usang, bangunan rumah itu seperti berlumut sana sini...Persekitarannya di penuhi oleh teduhan pohon pohon besar yang sudah tua . Keadaan cuacanya pula lembap sepi dan gelap.

Adam melangkahkan kakinya dan tiba tiba dia terasa lapar pula. Lalu dia masuk terus ke bahagian belakang rumah tersebut. Di sisi meja sudah terhidang hirisan hirisan seumpama daging yang masih mentah. Kerana terlalu lapar Adam tanpa berfikir sedikit pun lagi terus menjamah dan memamah sepuas puasnya hidangan tersebut.

"Kau sudah makan santapan aku....kini aku mahu kau gantikannya..."suara itu muncul ditepi dinding tanpa bayangan apa apa. Adam terkejut dari tidurnya dan berpeluh peluh namun di rasainya mulutnya bagai sedang mengumam sesuatu.

Lantas bila disedari oleh Adam tentang apa yang ada dalam mulutnya ialah daging mentah. Secepat kilat diluahkan kesemuanya dan dia termuntah muntah kerana bau hanyir darah dari daging itu...

Saturday, December 15, 2012

Tetamu malam

{Oleh Nico Robin}



Dia menyedut udara malam banyak-banyak.. sebanyak mungkin. Deria luar biasanya dapat menghidu bau yang cukup enak. Sangat enak hingga dia menelan liurnya berkali-kali. Sambil bertengek dengan santai dia memandang bulan. Ya.. bulan mengambang penuh malam itu. Cantik.. masa pemburuan sudah tiba.

Dengan deria baunya yang tajam, dia dapat memastikan punca bau enak yang telah membuat seleranya mengelegak, membuak-buak. Tanpa menunggu lama dia menguakkan sayapnya, mengibas-ngibas seketika sebelum terbang melayang dan hinggap di tepi jenjela sebuah rumah. Bau yang enak itu ternyata keluar dari bilik tidur. Bau yang sangat mengoda.. bau manusia perempuan yang sedang berahi. Itulah bau paling enak untuk disantap.

Dia tahu manusia perempuan itu tidak memakai apa-apa di balik selimutnya. Dia dapat hidu bau yang sangat enak di sebalik selimut itu. Dia sedut bau itu dalam-dalam. Manusia itu sudah ranum. Sudah sedia untuk dinikmati. Dia senyum. Malam ini dia akan santap secara besar-besaran. Dia hembus tingkap kaca itu.. terkuak dengan sendiri. Angin malam menerjah masuk ke dalam bilik.

Dia mendekati katil. Dan hembus sedikit 'khayalan' ke ruangan bilik itu. Dan 'khayalan' itu mula bertindak seperti selalunya. Dia lihat manusia itu gembira menyambutnya. Tetamu yang kononnya di rinduinya.. halusinasi yang terhasil dari hembusan beracun-nya. Senjata paling ampuh untuk misi mengumpul tenaga- sumber nyawa makhluk sepertinya.

"Abang..."

Desah manusia itu lantas menariknya ke dalam rangkulan yang hangat, melepaskan rindu dan berahi.. Dan tetamu malam itu menyeringai dengan rakusnya..

Friday, December 14, 2012

Nafsu Hawa

Hawa menunggu kepulangan suaminya sampai hampir terlelap. Dalam lelapnya pula di lihatnya cahaya menerangi biliknya yang suram itu. Bunyi pintu di kuak perlahan. Hawa merasakan mungkin itu suaminya sudah pulang.Namun entah mengapa dirinya bagaikan dikunci di atas katil dan di biarkannya sahaja akan perasaannya untuk menyambut suaminya yang amat di rindunya itu. Manakan pula sudah terlalu lama dia terbiar sendiri. Nafsunya juga meronta ronta.. Cuma ayat yang keluar dari mulutnya.

"Abang..."

Tanpa berlengah lagi suaminya menghampirinya. Dalam dengus kasar suaminya itu Hawa di telanjangi. Tiada seurat benang pun rupanya Hawa di bawah selimut itu. Hawa memang menantikan suaminya untuk terus segera menjamah tubuhnya.Nafsu Hawa terus menggila...mungkin kerana terlalu dahagakan belaian seorang lelaki maka Hawa mengambil alih akan posisinya di atas suaminya.

Tak lepas dari santapan mata Hawa...Puas...kini Hawa mula berimaginasi setiap lengkuk lentuk tubuh badan suaminya dihayati...Semuanya sempurna...Kini bukan hanya pandang sahaja..Segenap inci di tubuh suaminya dinikmati...Tubuh suaminya yang hangat menghangatkan malam itu...Kulit Hawa yang halus seperti sutera itu mendapat belaian dari insan yang dia dambakan.

Suaminya menghidu akan wangi haruman yang sebentar tadi Hawa semburkan dan dicalitkan ditubuhnya...Haruman itu sangat meransangkan deria bau mereka berdua...Suaminya mencium di daerah mana mana yang dia rasa perlu...dan setelah mengalir keringat maka bau yang asli pun menerjah ke deria hidung...Bukan harum bukan wangi namun bau seorang adam dan seorang hawa...

Dan rintihan dan rengekan manja Hawa memenuhi segenap ruang kamar itu. Bila setiap gerakan demi gerakan itu juga mereka hayati dan nikmati sepuas puasnya...Hawa suka dengan setiap keluhan dan dengusan kasar bila suaminya bagai kepenatan dan menguasai akan dirinya sebagai wanita yang perlu dikuasai. Betapa malam ini mereka menggunakan setiap panca indera ...Setiap sentuhan dan belaian bagaikan mengejutkan semuanya yang akan memberikan kepuasan kenikmatan melayari bahtera idaman..

Malam itu bagaikan tidak seperti malam malam sebelumnya. Hawa merasakan bahawa suaminya itu bagaikan mendapat tenaga sepuluh kali bahkan berpuluh puluh kali ganda. Tak terhingga puasnya dan keletihannya diranjang. Hawa merasakan malam begitu panjang. Hampir setiap saat Hawa merasakan yang mereka telah menuju puncak bahagia yang di idam idamkan.Pada malam itu sahaja suaminya sudah membawa Hawa melayari berkali kali. Entah apa yang merasuk akan suaminya namun Hawa puas dengan layanan suaminya.

Awal pagi lagi sebelum matahari muncul suaminya sudah keluar tergesa gesa. Mungkin banyak urusan barangkali kerana sudah hampir tiga bulan tidak ke pejabatnya di tanah air.Mungkin perlu menghadiri mesyuarat tergempar. Ahhh... pada Hawa suaminya sudahpun menunaikan tanggungjawapnya untuk memenuhi tuntutan nafsunya malam tadi. Malah apa yang diberikannya oleh suaminya malam tadi mungkin cukup untuk berbulan bulan lamanya.

Selesai mandi dan membersihkan diri sambil bernyanyi nyanyi kecil akan gembiranya Hawa merehatkan diri sambil menikmati minum pagi seorang diri dan di saat dia menerima panggilan dari suaminya.

"Wawa..abang tak jadi balik semalam...abang punya flight delay sayang...mungkin esok lusa baru abang balik..." suara didalam telefon melalui panggilan jauh suaminya yang menjadi perwakilan Kementerian Luar Negeri di Eropah Timur.

Cawan kopi terlepas dari pegangannya dan terhempas ke lantai...

Wednesday, December 12, 2012

Mencuri Dan Menjaganya

{oleh Gerimis Senja}

Mimpi lagi...tapi dia sedar...bukan tak sedar...dia pulak melangkah dalam mimpinya....langkah semakin laju...tak payah naik kereta tak payah naik bas...tak payah terbang...sebut aje dah ada depan pintu...dia tak mengetuk pintu...tapi di tangannya ada sebuah kotak...entah bila pulak dia bawak kotak itu...sedar sedar dia datang untuk memulangkannya...dalam kotak itu berisi hati..entah macamana pulak dia tahu...semuanya sepantas sebutan di bibir saja...

Dalam rumah itu cahaya terang benderang...ada seorang perempuan...dia kenal...wajah perempuan itu di amat amatinya...memang pernah di tolak hatinya...kerana baru sekejap tadi di dunia nyata dia memohon supaya di beri petunjuk...dan inilah petunjuknya...dan sepatutnya dia menerima bukan menolak JODOHnya...dan sepatutnya dia masih mencari gadis itu sampai dapat... tapi dia menolaknya... bahkan dia tak tahu masa akan berulang kembali... menduga dan dan menduga setiap kali melalui HATInya...

Hatinya berbicara sendiri ...
"Tapi untuk apa aku pulangkan hatinya balik.. .dia tak mahu hatinya kembali? Apa pulak aku yang kena jaga? Ambillah hatimu kembali wahai gadis...aku memang salah mencuri hatimu... bebaskanlah aku dari hukuman ini..."

"Teruknya hukuman ini...kena jaga hati orang...seksanya menjaga hati orang ni... tuan punya hati tak nak hati dia sebab dia tahu aku PENJAGA HATI..."

Bukan dua kali malah berkali kali...
Ku alami mimpi yang serupa 
Memberi namun tak menerima
Membuka minda namun tak membuka hati 

Mengambil namun tak memberi tahu
Ku ulang kembali berada di pintu mimpimu

Ku genggam apa yang bukan milikku
Untuk ku pulangkan namun pada siapa?
Salahnya aku menyimpan sebuah perasaan
Apa salahnya aku memendam luka
Namun demi kenyataan
Ku gariskan jua batas batas pengharapan
Dengan sebuah ke imanan...
Walau sedih pilu bertandang
Menangisi sepi...

Tuesday, December 11, 2012

Bayangan

{Oleh Nico Robin}

Beberapa hari kebelakangan ini aku rasa diriku di-ekori sesuatu. Sesuatu yang membuat aku resah dan gusar. Sesuatu yang buat aku tidak tenang. Ia mengekori aku saban hari. Saban malam. Saban petang. Naik demam aku jadinya. Aku terfikir-fikir adakah itu saka? Badi? Atau hantu? Tapi mustahil. Aku tak percaya hantu itu wujud.
Tidurku terganggu. Aku jadi tak tentu hala. Aku benar-benar rasa seperti di-ekori hantu. Bayangan-bayangan itu selalu datang dalam tidurku. Malah menjadi khayalku. Aku benar-benar rasa tak tenang. Tidak tenteram. Kacau!
“Kau ni Genon.. asyik termenung saja” Tegur Kazama. Aku tersentak.
“Kau ada masalah ke ni?” Tanya Kazama lagi.
“Ah.. masalah kecil saja” Dalihku. Enggan berkongsi kisah. Maunya Kazama gelakkan aku kalau aku cerita padanya kisah tak masuk akal itu. Hantu? Dia bukannya percaya sangat dengan mistik ni. Aku pun sebenarnya tak percaya juga. Hingga hal ini terjadi pada diri sendiri, aku mula meragui ketidakpercayaan itu. Kalau ini adalah ilusi, maka aku sepatutnya sudah tidak waras lagi!!
“Cakap sajalah! Kau ni Genon, aku tengok macam orang putus cinta ja.. tapi makwe pun takde. Bila masanya pula kau putus cinta?” Aku mendengus mendengar ulasan Kazama.
“Soalnya ini bukan berkaitan cinta. Aku tak tahu cinta tu bagaimana, dan aku tak minat nak main cinta. Maaflah. Jiwang-jiwang ni bukan jiwa aku tahu! jadi tak ada kena mengena dengan cintan-cintun ya Zama. Aku rasa aku terkena buatan orang..” Luahku akhirnya.
“Buatan orang?” Aku angguk mengiakan. Aku lihat Muka Kazama berkerut. Memikir-mikir.
"Kenapa pula kau fikir macam tu?” tanya Kazama lagi. Tertarik.
“Sejak satu hari tu.. aku selalu rasa ada satu bayangan ikut aku. Ke mana saja. Malah adakalanya bayangan tu menjelma pada orang lain?” Dahi Kazama berkerut mendengar ceritaku.
“Menjelma macam mana? Jadi puntianak ke?”
“Eh.. bukan macam tu. Aku nampak bayang tu sedang duduk sebelah aku. Bila aku toleh dan tengok baik-baik. Rupanya orang lain. Contohnya kau duduk depan aku. Tapi mula-mula aku nampak muka lain, bukan kau. Bila aku terkejut dan tengok baik-baik. Sebenarnya kau yang duduk depan aku! Selalu jadi macam tu tahu!” jelasku panjang lebar.
“Bayangan tu rupa macam mana?”
“Muka perempuan..” Sahutku sambil membayangkan wajah yang selalu mengekoriku saban hari.
“Hodoh? Mata merah? Gigi tajam?” Tanya Kazama lagi.
“Eh.. takdelah hodoh”
“Eh.. tu hantu harum sundal malam lah tu..”
“Apanya pula hantu harum sundal malam. Aku rasa ini buatan orang. Kadang-kadang bila bayangan tu datang. Dada aku jadi sakit. Macam nak pecah jantung aku rasanya”
“Eh bahaya juga penyakit kau ni. Bila kau mula kena ‘buatan orang’ ni ah?”
“Ah.. hari tu. Ada sorang perempuan. Cantik. Aku terlanggar kereta dia. Tapi kami settle hal tu baik-baik. Dan, hari last masa aku bayar bil bengkel  yang baiki kereta dia, yang aku langgar tu. Dia salam tangan aku dan bagi senyuman paling manis. Lepas hari tu saja, siang… malam… mula la, datang bayangan ikut aku balik rumah.. sakit dada aku tau tiap kali bayang muka perempuan tu senyum dengan aku! Mesti dia dah jampi sihir aku,  aku syak masa dia shake hand aku hari tu..sejak hari tu hidup aku jadi tungang langgang. Aku nampak bayang perempuan tu di mana saja. Dalam rumah.. di tandas, tempat kerja. Terus ekori aku, berhantu.. siksa betul!” Luahku dengan nada marah.
“Eleh.. tu bukan buatan oranglah bongok! Tu tandanya kau dah angaukan perempuan tu.. siang malam terbayang-bayang. Hidup tak tenang ingatkan gadis tu seorang.. katalah dah jatuh cinta! Apanya pula kena buatan orang..  takde maknanya” Marah Kazama padaku. Baru aku hendak membantah Kazama bersuara lagi.
“Ada ambil nombor telefon perempuan tu tak?” Aku mengangguk.
“Try kol.. ajak dia keluar.. tengok penyakit ‘buatan orang’ kau tu sembuh ke tidak!” Kata Kazama dengan yakin.
Dan entah kenapa sebaik saja mendengar suara gadis itu di hujung talian aku rasa seperti di awang-awangan-kaki dah tak pijak lantai. Aku tak terkata-kata. Terbius rasanya. Penipu betul si Kazama! Mustahil jatuh cinta boleh buat rasa nak terbang. Kenapa pula cinta akan buat jantung jadi macam nak pecah? Ini mesti dah kena sihir. Mungkin dia nak balas dendam? Tapi kenapa? Aku dah bayar bil bengkel tu apa???!
“Hello…? Encik Algenon kol saya ni ada apa ya?” Suara puaka itu buat aku panik. Dengan gugup aku tekan butang merah. Dan tiba-tiba kepala aku terasa di ketuk keras. Kazama!
“Hoi bijak! Yang kau buat macam tu kenapa… ? apalah nasib aku ada kawan macam kau ni..” Marah Kazama. Dia kemudian ketawa berdekah-dekah, mentertawakan muka aku yang sudah merah macam udang rebus! Dengan tersingung aku tinggalkan Kazama tanpa sepatah kata. Celakanya malam itu, bayangan gadis itu terus mengekoriku! Sial..
Ada sesiapa dapat bantu aku tak?

Sunday, December 09, 2012

Psiko - Deja Vu

Penat tak hengat dia malam tu...sebab nak balik kampung malam malam macam itu dia gerak juga ke Puduraya ambik bas ekspress last ke Ipohmali dalam pukul lapan atau sembilan la gitu...fikiran dia yang tension kat ofis tak habis lagi dalam kepalanya...ada ada saja yang tak kena dengan urusannya...macam dah fedap je rasa dia kat ofis tu...rasa nak berhenti kerja pon ada....

Asyik dan memang layan je bila dia dengar lagu lagu yang diputarkan di radio dalam bas ekspress malam tu...penumpang pun cuma ada 4 - 5 orang sahaja...semua duduk kat depan dekat driver takut duduk belakang kot?sekali driver rempit terkencing nanti haaa...driver asyik berbual dengan co - pilot ...dia memang kenal sangat driver dan co - pilot tu...rasanya dalam sebulan mesti balik naik bas last....tiket bas tu pon dia akan telefon terus beli kat driver atau co-pilot aje...

Sedang dia layan layan lagu Jamal Abdillah rasanya Penyiksaanku...tiba tiba bas macam nak berhenti kat area Brawang tapi tak jadi pulak dan terus jalan...masa tu bas ekspress masih ikut jalan lama lagi...Highway PLUS mana ada masa tu?...masih dalam cadangan kot....wakakakaka...

Bas berhenti jugak akhirnya...dia terkejut dan tersentak bila terasa bas kena hentam sesuatu yang kuat di kiri kanan..terasa macam naik rollercoaster pon ada bila bas tu macam buat loop (lompat kuda melepasi pagar)...

"Wehhh!!!apakehalnyer nak berhenti henti pulak bas ni pon? dia pun turun..."Ondaikkk Takajuik!!! "(terkejut bahasa Rawa) di lihatnya kiri kanan ada perlanggaran...ada kereta terbalik ada kereta masuk parit...kat mana lah pulak ni...malam berkabus satu hapa pon tak nampak...entah mana peginya driver dan co-pilot dia tadi pon tak taulah...manusia sorang pun takde kat situ....berpeluh peluh dia menahan ketakutan rasa nak terkencing...

Dia terasa bahunya di tepuk orang...

"Adikkk...bangun dah sampai Gopenghagen..."
"Tttee...terimakasih bang...errrr.. esok abang bawak bas malam jugak ke dari Key Yell?"

"Tak esok abang cuti..."
"Oooohhh...okey.."


Dia turun bas dan terus berjalan secepat cepatnya menuju ke rumahnya yang tak jauh dari pekan Gopenghagen...dia rasa nak demam pun ada...

*******************************************
Selepas bercuti selama tiga hari di kampung dia balik ke Key Yell semula dan bekerja macam biasa...tension macam biasa...

Sebab dia kerja kat company surat khabar memang dapat suratkhabar free lah hari hari...tapi tajuk berita pagi itu mencengkam jiwanya dan dia sempat berkata kenapa pulak boleh jadi macam tu...sepatutnya keluar kat paper lain.....

kepala berita (HEADLINE)

"Sebuah bas ekspress seramai lima penumpang menuju ke utara telah berlanggar dengan dua buah kereta dan dua orang pemandu dan pembantunya terkorban...Tempat kejadian berhampiran dengan sebuah tanah perkuburan cina di Brawang."

Friday, December 07, 2012

Psiko & Psikik

{oleh Gerimis Senja} 

Penat rasanya...Dalam kembara malam sejauh itu...Hanya semata mata mengejar study last minit..Segala pancaindera digunakan untuk menghafal apa sahaja yang boleh di hafal. Dan solat sunat berkali-kali dibuat. Berwirid apa sahaja yang patut. Kalau belum pak siak menyuruh balik maka di tepi masjid itu dia masih berteleku.

Apakah tujuan dia? Hanya dia sahaja yang tahu. Memaksa agar semua apa yang dikajinya masuk ke dalam hatinya. Masuk ke dalam ingatan dan hafal segala.

Sekonyong-konyong dia penat. Balik ke rumah tiada lagi mahu dia mengadap meja itu. Peperiksaan hanya esok lusa sahaja.

"Jalan ini seperti pernah ku lalui..."
"Apakah itu...Mereka seolah-olah mengaminkan sesuatu..."
"Oohhh.. ada pengkebumian?Siapa?"
"Macam aku kenal saja orang orang tu..."
"Itu ibuku... Itu ayahku..."
"Apakah itu?"
"Akuuuuu?"
"Aarrrgggggghhhhh...."

Dilihatnya biliknya gelap. Peluh membasahi dahinya. Rupanya dia bermimpi yang pelik. Termanggu seketika dan mengumpul semangat yang ada dia, beristighfar panjang dan bila sudah reda paniknya dia menarik nafas dan bersyukur dapat bangun pada pagi itu.

"Macam mana aku boleh tertidur kat depan pintu ni... haisshhhh!!!"

Jam hampir pukul 5 setengah pagi. Seketika kemudian sayup-sayup kedengaran azan dari surau berdekatan. Rupanya dia tertidur sehingga pagi. Radio sudah berbunyi serak-serak akibat siaran stesen yang tidak jelas. Di capainya tuala dan terus ke bilik mandi. Sabjek Sains Fizik dan Biologi adalah sabjek peperiksaan untuk hari itu.

Mungkin sesuatu telah bangkit bersama dirinya, setelah apa yang dialaminya malam tadi.

Wednesday, December 05, 2012

Psiko Skizophrenia

[oleh Gerimis Senja]

Habis terpadam semua entry aku ni masa aku saved tadi, kena buat semula lah pulak. Aku mengenali ayat Skizophrenia ni masa aku lepak kat rumah makcik saudara aku kat Kuala Lumpur...kat bawah rumah dia ada macam macam jenis buku misteri yang melibatkan meditasi... pengamalan perubatan tradisional. Aku sempat bertanya pada mak saudara aku tu... siapa yang baca buku buku ni... mak saudara aku menyatakan buku buku ilmiah itu semua adalah kepunyaan sepupu aku Arul. Arul bekerja di wad saraf di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Aku mula berminat mengkaji tentang penyakit ini kerana aku kenal tiga orang yang member yang terkena simptom Skizophrenia ini.

Pertama Ebab, Acit dan terakhir Arul...

Sejak daripada itu aku sering merasakan bahawa setiap hari adalah suram dan muram dan mungkin balik ke rumah selepas kerja adalah untuk bermurung, aku tak pernah mendengar lagi suara tawa riang.. makin lama makin jauh dari diri ku... apa yang dekat pada diriku ialah suasana hitam, gelap, sunyi... makan malam adalah masa paling sunyi, wajah-wajah ceria hampir tidak ku lihat lagi, dunia ini macam hilang serinya. 

Malam hari pula amat panjang, siang pula berlalu bagai tak terasa, walaupun panas terik aku tetap rasa mendungnya awan bagai nak hujan. Aku juga sudah kurang berinteraksi dengan orang sekeliling aku. Setiap kata-kata yang aku ingin luahkan aku rasa tak perlu. Aku rasa satu dosa jika menuturkan kata kata yang tak bermakna.

Aku mula terpandang perkara yang pelik pelik. Aku terlihat keadaan sekelilingku mula berubah, dunia yang ada di hadapan ku penuh dengan manusia manusia yang berwajah aneh yang bersedih yang menuturkan kat "PERGI" dan "TOLONG AKU..."

Aku banyak menyendiri di dalam rumah, seketika aku terdengar bunyi seolah olah ada orang yang bercakap cakap sesama mereka di luar. Aku bagai terdengar antara meraka ada yang berkata... "LEPASKAN AKU CEPAT...AKU INGIN BEBAS..."

Aku keluar.
Aku menghampiri mereka, mulut mereka bergerak gerak, aku tidak faham. Hanya bisikan sahaja mengulangi ayat ini.. "LEPASKAN AKU CEPAT...AKU INGIN BEBAS..." berkali kali, berulang ulang.

Aku balik ke rumah dan aku cuba melupakan apa yang aku dengar, aku tidak mahu mengingat sedikit pun bisikan bisikan halus ke telingaku. Aku sakit kepala dan rasa hendak tumbang.

Keesokkan paginya kecoh dikawasan perumahan itu mengatakan ada dua orang bujang yang menginap di sebelah rumah aku telah di serang seseorang dengan sesuatu yang keras seperti kayu, mereka telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami luka parah. Aku turut terkejut seperti baru sedar dari mimpi.

Aku tak tahu mengapa aku bagai mencari sesuatu di dalam bilik tidurku dan bagaikan tak percaya aku melihat kayu beluti yang ada kesan darah di bawah katil.

Tuesday, December 04, 2012

Dua kisah...

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Kisah 1
Korang tahu tak, kat KL ni ada pontianak. Aku tak nak bitau kat mana kelompok pontianak ni menetap, tapi memang ada. Hari tu aku naik LRT, tak de tempat duduk. Jadi aku kena berdiri. Di depan aku ada seorang perempuan sedikit tambun badannya. Dia membelakangi aku, aku perasan ada lubang pada bahagian belakang lehernya dan lubang berkenaan sedikit basah oleh renjisan darah. Bagaimanapun, jika tidak diperhatikan betul-betul, memang tidak perasan itu adalah lubang seakan lubang paku pada leher perempuan itu. Mata aku terbuntang kerana tidak percaya. Sumpah..demi Allah aku lihat lubang itu pada bahagian lehernya...sama ada aku yang rabun atau sememangnya itu adalah lubang seperti liang luka yang maha besar, aku tak pasti. Sampai kini aku musykil dan masih terbayang-bayang di ruang mata aku mengenai lubang itu.

Kisah 2
Beberapa tahun sebelum itu, Kak Mona ada beritahu aku satu kisah yang sangat aneh tapi masuk akal. Ceritanya begini, ada seorang lelaki yang baru berkahwin dengan isterinya yang sangat cantik. Lelaki ini adalah seorang yang alim dan warak. Dia juga tidak pernah mengabai apatah lagi meninggalkan solatnya. Kedua ibu bapanya juga adalah orang baik-baik dan warak.

Namun sejak berkahwin, dia makan banyak dan malas bersolat. Wajahnya juga pucat dan tak bermaya, namun dia mampu meneruskan rutin harian dengan keluar bekerja. Asal balik kerja saja dia mesti masuk bilik berdua-duaan dengan isteri barunya. Jadi kelakuannya menjadi perhatian kedua-dua ibu bapanya. Lebih menghairankan, setiap hari dia kelihatan letih dan tak bermaya. Jadi hati ibu bapanya rusuh dan susah hati kerana anak kesayangan mereka berubah laku sekelip mata selepas berkahwin dengan seorang wanita cantik.

Korang agak-agak apa berlaku sebenarnya?

Sunday, December 02, 2012

Kerja Tukang Sapu

{Gerimis Senja}

Kerja ku, bukan apa-apa. Aku hanya mampu isi perutku yang kosong. Aku hanya mampu memikir akan sewa bulan. Aku hanya mampu memberi tahap pelajaran yang minima pada anak aku yang baru mengenal ABC.

Kamu semua lihat aku sedang menyapu di sana dan di sini. Aku tak mampu buat kamu semua matang. Aku tak mampu buat kamu berfikir akan apa alasan kamu balik lewat dengan isteri kamu. Aku tak mampu buat kamu berfikir bagaimana mahu membayar hutang-hutang kamu di bank.

Aku tak rasa lebih dari sungutan mereka yang memandang kalau tak belajar dan malas belajar mereka akan jadi seperti aku.

Aku mungkin tidak bekerja kerana sesekali sakit dan demam. Dan mungkin mereka berfikir mana nak dibuang sampah kalau bukan orang seperti aku yang memungutnya. Itu sahaja.

Saturday, December 01, 2012

Eddie..

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Tengah hari tadi cuaca sejuk tapi matahari memancar terang. Aku tahu kerana dari celah-celah layaran langsir berwarna hitam pekat itu..ada suluhan terang dari luar dan aku cuba menghampirinya kerana terlalu ingin melihat Eddie melalui kawasan hadapan rumah aku. Eddie sentiasa setia untuk lalu dan senyum memandang ke arah jendela kaca aku walaupun sentiasa bertutup. Aku agak, Eddie tahu aku memerhati dia..

Dari kecil hinggalah kami sudah meningkat dewasa, aku sentiasa ingin tahu bagaimana Eddie boleh leka bermain di luar kediaman bersama Bobby dan Marissa. Aku mesti bertemu Eddie pada malam Halloween nanti..tapi kalau ada peluang bertemu Eddie lebih awal..lagi bagus. Ohh Eddie..aku nak jumpa kau...

Tepat jam 12.30 malam.. aku sudah seru nama Eddie dan dia muncul dengan jubah hitam pekatnya di depan pintu rumah aku. Aku mengajak dia masuk ke dalam rumah dan bawanya ke taman permainan..
"Eddie.."
"Vee..aku ada bawa sesuatu untuk kau.."
"Aku nak kau Eddie..kau lelaki baik.."
"Aku juga mahu pada kau, tapi tidak boleh..."
"Kenapa..?"
"Kau akan tahu..mari ke sini sayang..."

Eddie menarik aku rapat ke sisinya..ingin saja aku melentuk ke bahunya. Eddie seperti tahu dan membiarkan rambut panjangnya menguak-nguak di pangkal lehernya..aku ingin saja mendaratkan dua taring aku yang sudah gersang dengan kemanisan darah segar dari pembuluh darah Eddie...tapi ada perasaan aneh...

"Kau patut belajar bagaimana untuk bermain dan bertahan di bawah terik panas matahari.."
"Hmm...ajarkan aku.."
"Kita puntianak era hitech sayang..."
"Aku ingin saja benarkan taringmu mendarat di leher aku ini...memang leher ini untuk kau miliki..tapi tidak boleh.."

Eddie lantas mengeluarkan sebotol cecair merah berbau hamis dari kocek jubahnya. Bulan bersinar di dada langit berwarna perak berkilau. Bau darah meruwap di udara..setitik tumpah di bibir Eddie dan beberapa lagi bersememh di bibir aku. Eddie menyapu perlahan dengan jarinya yang pucat..

Eddie..selama-lamanya aku sayang kau..kerana kita adalah warisan terakhir manusia pontianak di bumi ini. Tiba-tiba nafsuku membuak dan aku tidak tertahan akan godaan leher Eddie...dua taring aku benamkan di situ...gulp..gulp..gulp...arghhh hilang dahaga...

Masa untuk hibernasi seketika. Aku nak tidur setahun dua...sekarang kau tahu siapa aku dan Eddie kan?

Friday, November 30, 2012

Let Me Introduce Who I Am...

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Aku suka mawar hitam ini kerana emak yang menanamnya untuk aku selitkan pada rambut..

"Owhh baby..sorry you can't go to a playground.."
"Why mommie...??"
"You can't.."
"I wanna play with Bobby..Mellisa and Eddy.."
"Nope you cannot.."
"I wanna play..please mommy.."
"I promise honey...you will play like other gal..but not at the playground..."

Dan selepas itu aku ada taman sendiri. Aku boleh bermain tanpa henti..sesuka hati dan apa saja kerana mak sudah sediakan taman permainan yang sangat luas untuk aku. Cuma aku tidak ada kawan. Dari jendela kaca, aku sentiasa lihat Eddy berlari riang dengan Bobby, sambil mengejar Mellisa. Ohh seronoknya kalau aku dapat bermain dengan mereka juga. Begitupun, aku tetap tidak boleh bermain dengan mereka. Walau apa sekalipun rayuan aku pada mak, hasrat dan kemahuan aku sering disanggah emak.

Aku nak bermain dengan mereka di bawah panas matahari..tapi mak kata tak boleh. Kalau aku bermain juga di bawah panas matahari, aku akan sakit. Kalau aku bermain juga, aku akan musnah. Kata emak itu aku ingat sampai bila-bila. Aku tidak boleh musnah, kerana aku ingin sangat bermain dengan Eddy yang juga sentiasa melihat ke arah jendela kaca rumah ini. Aku tahu Eddy juga tunggu aku untuk kami bermain bersama-sama.

Eddy..kalau ada peluang, aku nak ajak kau bermain dengan aku di taman rahsia yang disediakan emak ini. Di taman ini semua pokoknya adalah berdaun hijau..manakala bunganya pula adalah hitam pekat dan hawanya sangat sejuk...

To be continue...

Thursday, November 29, 2012

Mindless

{oleh Gerimis Senja}

Aku tidak membenci niggers, memandangkan semuanya Fantasme. Aku lebih dari kau. Aku mahu jadi penakluk. Sekejap lagi aku akan digantung sampai mati. Mereka tidak puas menghukumku, mereka tidak pernah puas. Percayalah. 

Kalau kau benci aku, kau samakan aku dengan niggers. Laksana anjing kau hukum aku. Aku bukan membunuh, aku membersihkan.

Aku bukan Zionist...
Aku niggers...

Gelodak jiwa aku di kandang sempit ini. Mereka sudah menentukan aku bersalah. 

Aku bukan pesalah dunia...
Aku penakluk!!!
Aku beriman dengan Mu...

........................................................................................................

Dia dah mati di tali gantung.
Puak Kurds dan Syiah tersenyum bangga di sisi patungnya yang tumbang itu. Dunia kehilangan akalnya.

Mindless...

Wednesday, November 28, 2012

Pendam Dendam

{oleh Gerimis Senja}

Aku pendam dendam yang dari dulu direndam. Aku penat, aku tenat, aku lelah dan aku kalah. Selamanya... aku terbakar sendiri, lalu aku hangus aku menjadi abu. 

Aku luka. 
Aku pedih. 
Aku pilu. 
Aku tersayat-sayat sembilu namun, aku masih gagah menjulang cinta yang masih setia. Aku tak akan lepaskannya, walau aku tak mampu mempertahankan lagi.

Kini, berkubur sudah cinta itu.
Mati.

Tuesday, November 27, 2012

Ohara

{Oleh Nico Robin}


Akhirnya muncul juga manusia yang dicari-carinya beberapa hari. Hilang tanpa pesan. Jejak tak dapat di kesan. Marah ada bimbang pun sama. Ryan cepat-cepat menghampiri kawan baiknya itu. Lazarus.

“Mana kau hilang 3 hari ni..” Tanya Ryan pada Lazarus yang tersengih di depannya.
“Kau tak percaya kalau aku cerita..” Ryan menjeling marah.
“Tapi kau kena cerita juga! 3 hari tu beb! Aku ingat kau lari dengan Mel.. yelah kamu duakan kemaruk bercinta sekarang ni” Lazarus ketawa mendengar rumusan Ryan. Dia dan Mel memang rapat. Tapi mereka bukan bercinta.

“Mel? Ah.. aku dengan dia teman tapi mesra sajalah! Apanya pula nak lari dengan dia. Aku dah pergi satu tempat yang best.. tu je yang kau patut tahu” Jelas Lazarus masih berteka teki.

“Tempat best?”
“Bestlah bagi aku..” masih berteka teki. Ryan mendengus.
“Kau ke mana sebenarnya.. baik kau cakap!”
“Adalah.. aku cerita pun nanti kau tak percaya. Satu tempat yang diluar imaginasi kau. Aku pun mulanya ingat aku mimpi.. tapi ia betul. Ah.. malas lah nak cerita” tapi dia tahu, Ryan tak akan berhenti macam tu saja. Cepat atau lambat dia kena cerita juga dengan Ryan. Ryan-kan kawan baiknya. Mana mungkin hal besar itu dia rahsiakan. Bukan kawan baik-lah kalau macam tu. Tapi dia tak tahu nak mula macam mana.

“Laz! Aku tak kira.. kau kena cakap sekarang juga. Apa ni main teka teki. Kau nak kena ya?” Ryan tunjuk penumbuknya sambil tersengih. Ancaman konon. Lazarus mencebik. Ingat penumbuk aku tak besar ke?

“Yelah.. tapi kau jangan perli aku pula. Citer ni macam cerita movie tahu.. kau jangan ketawa pula. Tapi ini kisah betul.. nak percaya atau tak..terpulanglah ”

Malam pada 3 hari lepas Lazarus duduk atas jenjela, di rumahnya. Kaki juntai ke luar sambil pandang langit. Bulan mengambang penuh dan bintang-bintang bertaburan. Cantik. Bila ada tahi bintang meluncur laju di atas langit, Lazarus tertawa kecil. Teringat akan kata-kata Mel - Buat hajat kalau nampak tahi bintang.

"Kalau shooting star boleh makbulkan permintaan aku. Aku nak jumpa bidadari. Tentu best dapat jumpa Bidadari” Bisik Lazarus. 


Tanpa diduga suasana indah malam bertukar rupa. Angin kencang bertiup dan awan hitam menelan bulan yang bercahaya. Bintang-bintang lesap tanpa kesan. Ketika Lazarus melompat masuk ke bilik dan mahu menutup jenjela, tiba-tiba satu lembaga besar muncul di depan jenjela menghalangnya. Makhluk bertubuh seperti singa tetapi berparuh dan bersayap seperi helang. Lazarus sempat mengingat satu nama untuk makhluk itu. 

“Griffin?” serunya terkejut. Makhluk yang menyerupai griffin yang dongengnya wujud jutaan tahun dulu, kini berlegar depan jenjela dengan bunyi kepak yang mengerunkan. Sepatutnya makhluk itu hanya imaginasi manusia. Tak mungkin wujud. 

“Naik!” Suara serak yang keras. Lazarus hampir pengsan terkejut. Mahluk itu bukan saja dongeng malah boleh berkata-kata. Ini pasti mimpi. Dia menampar pipinya dua tiga kali. Tapi mimpi ini nampaknya seronok juga. Mengapa tidak. Bukan selalu dapat mimpi seperti ini. Lazarus mendekat dengan rasa ingin tahu. Meneliti setiap inci tubuh makhluk itu. Kagum! 

“Kamu boleh bercakap?” Tanya Lazarus. 
“Tak ada masa. Naik cepat sebelum saya pecahkan jenjela rumah kamu” Kata Makhluk itu lagi. Geram nadanya. Lazarus teruja. Ini pasti mimpi. Jadi apa salahnya. Dia naik ke tubir jenjela dan melompat ke belakang makhluk itu. Ya. Ke belakang Griffin. Dan ia terus terbang melayang ke atas awan, menerjah gelap malam dan melintasi sang rambulan yang bercahaya terang. Lazarus terpukau akan keindahan bulan yang ditemani bintang-bintang. Takjub! 

“Kau bawa aku ke mana?” Tanya Lazarus ingin tahu. Hanya awan-gemawan saja yang dapat di-lihatnya. Dia paut kuat leher Griffin itu kerana takut terjatuh. Lehernya terdiri daripada bulu pelepah burung tetapi belakang tubuhnya selembut bulu kucing. Sekali lagi Lazarus terpegun kagum. 

“Jumpa Bidadari” Kata Griffin itu. Lazarus terkesima. Bidadari? Bukankah itu hajatnya tadi. 
“Sebab hajat aku pada tahi bintang itu tadi ke?” kata Lazarus seperti berkata pada diri sendiri. 
“Tahi bintang? Hajat? Hurm..Itu saya tidak tahu. Saya cuma di-arahkan ambil kamu ke tempat kami.. tugas yang sudah ratusan tahun tak pernah terjadi. Aneh..” Kata Griffin itu lagi. 

“Memang aneh.. aku sedang menunggang griffin” Kata Lazarus mengiakan. 
“Jangan panggil saya Griffin. Saya memang makhluk Griffin tapi nama saya Ozai. Sekarang bersedia. Kita akan menjunam ke bawah…” Dan Griffin bernama Ozai itu benar-benar menjunam ke bawah sebelum sempat Lazarus bersedia. Jantung Lazarus seperti terjatuh dari tubuhnya. Menakutkan. Mencemaskan. Lazarus hanya menutup mata kerana takut. 


Dan bila dia membuka mata. Biji matanya seakan terjonjol keluar melihat apa yang ada di depannya. Dia mengosok matanya berkali-kali. Puluhan gadis cantik bersayap pari-pari berterbangan mengelilingi-nya dan Ozai - si makhluk griffin. Suasana tempat itu penuh warna-warni. Cantik memukau. Macam dalam movie animasi Tinker Bell. 

“Selamat datang..” Kata Gadis paling depan. Berambut kuning emas dan punya sayap yang sangat menawan. Berkilau sepertinya di taburi permata, berkilau-kilau bagai kristal. Berbaju kemilau berwarna unggu gelap sesuai dengan sayapnya yang berwarna unggu cair. Kecantikannya terlalu menawan. Lazarus hampir terbius olah kecantikan bidadari itu. 

“Tempat apa ini?” Tanya Lazarus teruja. 
“Ohara.. tempat ini dipanggil Ohara. Mari.. biar saya bawa kamu melawat tempat ini. Nama saya Leona dan mereka semua kawan-kawan saya..” Gadis cantik bak bidadari itu memperkenalkan kawan-kawannya satu persatu. Lazarus kemudiannya dibawa melawati sekitar tempat itu. Tempat tinggal mereka-tempat yang amat menakjubkan indahnya.Tempat tinggal makhluk hebat seperti Griffin dan Chimera. Malah Lazarus juga dibawa melawat ke dalam sebuah gua di mana naga tertua tinggal. Selepas itu Lazarus dijamu dengan pelbagai buah-buahan berwarna warni yang sungguh lazat rasanya. 

“Boleh saya tanya?” Kata Lazarus ketika mereka ingin meneruskan lawatan. 
“Silakan..” 
“Kenapa saya di bawa ke mari…?” Leona tersenyum mendengar pertanyaan Lazarus. 
“Sebenarnya… bila kamu bertanya kenapa kamu dibawa ke sini.. itu menandakan masa kamu sudah tiba untuk pulang. Saya tak boleh menjawab soalan kamu.. kamu harus fikirkan jawapan itu sendiri. Ozai… tolong hantar dia pulang..” Lazarus terkejut. Dia belum bersedia untuk pulang. Menyesal dia bertanya. 

"Tapi.. saya belum mahu pulang Leona..” Lazarus membantah. 
“Maafkan saya.. tapi kamu memang terpaksa pulang sekarang” Lazarus sungguh hampa. 
“Kalau begitu bolehkah saya datang lagi..” Leona mengelengkan kepalanya. Muram. 
“Anggaplah ini hanya mimpi kamu saja..” Kata Leona kemudian. Lazarus mengeleng. Tak mungkin. 
“Naiklah sekarang..” Kata Ozai menunduk di depannya. Mengarahkannya naik ke belakang tubuhnya. Dengan berat hati Lazarus memanjat tubuh Ozai. 

“Mungkin suatu hari nanti kita akan jumpa lagi..” kata Leona sambil melambai dan di-ikuti oleh gadis-gadis bidadari yang lainnya. Ozai mengembangkan sayapnya lalu terbang. Dan menghantar Lazarus pulang… 

“Jadi itu cerita kau? tak masuk akal betullah.. kau ingat kau tu Alice wonderland ke? Realistik la sikit.. baik kau bagitau aku citer yang betul.. kau nak buat cerita dongeng boleh! tapi jangan citer kat aku.. kau citer je kat anak-anak sedara jiran kau tuh” kata Ryan sebaik saja habis mendengar cerita Lazarus. Lazarus menghela nafas panjang. Dia sudah agak yang Ryan tak akan percaya ceritanya. 

“Kan aku dah warning awal-awal tadi.. sekarang nak percaya atau tidak terpulang.. ah ya. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.. jom ikut aku” 

“Ke mana pula..” Lazarus tidak menjawab. Hanya ditariknya tangan Ryan menuju ke biliknya. Sampai di bilik dia membuka jenjela. Di tepi jenjela biliknya terdapat sepohon pokok telisai yang rendang. Lazarus menjenggukkan kepalanya menghala ke pokok itu. 

“Mari.. keluarlah ” Seru Lazarus kemudian bersiul. 
“Kenalkan… ini pet baru aku…” 


Ryan ternganga. Makhluk berbadan kucing, bersayap dan berkepala burung itu sangat comel. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. 

“Hei.. kau nak kol siapa?” tanya Lazarus was-was.
“Aku nak ambil video menatang ni dan upload kat youtube..” Kata Ryan sambil menghalakan lensa kamera handfonnya ke arah makhluk comel di depan matanya. Baby griffin. Ini sungguh hebat! 

“Hoi.. jangan nak memandai pula. Kalau ye pun minta la izin dulu?” Marah Lazarus.
“Minta izin dengan siapa? Dengan kau atau dengan makhluk ni?” Tanya Ryan sambil mencebik. Melecehkan kata-kata Lazarus. 

“Minta izin la dengan Nico Robin?” Beritahu Lazarus sambil merampas telefon samsung S3 milik Ryan. 
“Nico Robin? Nico Robin tu siapa?” tanya Ryan bingung.
“Kau tak tahu?” Tanya Lazarus serius. Ryan mengeleng. 
“Penulis cerita ini-lah bodoh!” Ryan membesarkan biji matanya dan membuat aksi mahu muntah. 

Cis!!! Rugi saja baca!! 

Monday, November 26, 2012

Gerimis Senja

{oleh Gerimis Senja}

Langit mendung. Angin bertiup kasar. Hujan. Gerimis lagi. Khabar berita yang diterima, suaminya terkorban di medan perang. Anak-anaknya masih kecil.

'Hurm...' Kad laporan perubatan di tangannya. Setitis air mata jatuh ke atasnya. 

SAKIT BARAH PUAN SUDAH SAMPAI TAHAP KRITIKAL.

Hujan di luar tak mahu berhenti. Gerimis lagi. Waktu hampir merangkak ke senja.

Sunday, November 25, 2012

Jiwaku Bergelora Menatap Wajahnya

{oleh Hafiz}

Warung Pak Mat Panjang itu jadi saksi. Saksi betapa cinta dan kemaruknya Haji Munir pada Sharifah Saliha. Saban hari warung Pak Mat Panjang dikunjunginya. Hanya kerana Sharifah Saliha. Sharifah Saliha akan melalui warung Pak Mat Panjang sebagai jalan utama dia ke tempat kerja. Makanya Haji Munir akan setia di warung itu setiap pagi dan petang. "Haji Munir, kalau hati sudah bergelora apa kata Haji pinang je Sharifah Saliha tu" cadang Pak Mat Panjang. Haji Munir mengusap-ngusap janggut sejemputnya sambil tersenyum. "Dia nak ke kat aku ni Mat? Aku ni dah la tua." Haji Munir menghabiskan air kopi pekat di dalam cawannya. "Aku nak balik dulu la Mat. Nanti petang aku datang lagi." Haji Munir meletakkan duit dua ringgit di atas meja lalu memberi salam kepada Pak Mat. 

"Ah! Mahu ke Syed Hanafi tu terima aku sebagai menantu?" Haji Munir mengomel sendiri. Sejak enam tahun selepas isterinya meninggal dunia akibat kanser Haji Munir memang terasa sangat kehilangan. Segala makan minum di uruskan oleh adik perempuannya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Anak-anak Haji Munir yang lima orang semuanya sudah berhijrah ke Kuala Lumpur. Makanya hidup Haji Munir sebatang kara tanpa isteri, tanpa anak. Dan pastinya naluri lelakinya terlalu mendambakan hidup berpasangan. Wajah manis milik Sharifah Saliha terbayang-bayang di mata Haji Munir. Manis. Sangat manis. Berkebaya ketat. Ah! sungguh memikat. Hatiku tertambat. Bisik hati Haji Munir.

Kali ini Haji Munir nekad. Tidak dapat tidak Syed Hanafi harus didepani. Malam itu kembara Haji Munir sangat indah ditemani Sharifah Saliha. Dipenuhi dengan gelak tawa, senyum manja, dan kasih mesra Sharifah Saliha.

Pagi yang dingin itu Haji Munir sudah menapak ke warung Pak Mat Panjang. Niat dihatinya ingin mengajak Pak Mat Panjang untuk menemaninya ke rumah Syed Hanafi. Pak Mat Panjang sedikit hairan dengan penampilan Haji Munir yang luarbiasa kemas dari biasa. "Haji pakai macam ni nak ke mana pepagi ni?" soal Pak Mat Panjang sebaik saja Haji Munir berdiri di hadapannya. "Mat, kau mesti temankan aku ke rumah Syed Hanafi. Aku nakkan Sharifah Saliha." mendatar suara Haji Munir. "Haji ni biar betul?!" Pak Mat Panjang sedikit terkejut sambil membetulkan kopiah di kepalanya. "Betul! Cepatlah temankan aku ke rumah Syed Hanafi." Haji Munir tidak dapat menahan sabar. Kalau boleh hari ini juga dia kahwin dengan Sharifah Saliha. 

"Saya ni wakil Haji Munir untuk memetik bunga di taman milik Syed Hanafi." Pak Mat Panjang memulakan  kata untuk menyampaikan hajat kedatangan mereka pada Syed Hanafi. Haji Munir duduk di sofa dengan tenang menunggu kata dari Syed Hanafi. "Ermm. Anak saya tu muda lagi. Saya rasa anak saya tu belum bersedia nak kahwin. Lagipun dia baru je habis belajar. Sekarang ni baru je beberapa bulan kerja. Jiwa anak muda ni tak sama dengan jiwa kita orang tua ni Haji. Rasanya Haji faham kan maksud saya." Syed Hanafi memang bijak mengatur ayat. Haji Munir sedekit kecewa mendengar jawapan Syed Hanafi. Namun, kalau dah namanya Haji Munir, tiada istilah menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan untuk memiliki gadis yang diimpinya. "Lagi molek kalau kita bertanya tuan punya badan." Pak Mat Panjang memberi pandangan. Haji Munir angguk. Syed Hanafi juga sama. 

Kini, Sharifah Saliha sudah berdiri di sebelah ayahnya setelah di panggil oleh ibunya. "Saliha sudah bersedia untuk berkahwin? Sudikah menerima Haji Munir sebagai suami?" soal Syed Hanafi lembut kepada anaknya. Sharifah Saliha diam. Syed Hanafi berdehem. Namun, Sharifah Saliha masih membatu. "Saliha jawab soalan ayah." suara Syed Hanafi lagi. Haji Munir menunggu penuh debar jawapan yang akan keluar dari bibir mungil milik Sharifah Saliha. 

Sharifah Saliha senyum. "Saya terima ayah." lembut Sharifah Saliha menuturkan katanya. Haji Munir girang tidak terkata. Mahu diciumnya tangan Syed Hanafi di hadapannya selepas mendengar jawapan Sharifah Saliha. Syed Hanafi sedikit terkejut dengan jawapan daripada anaknya. Alahai Sharifah Saliha, tak rugi aku memujamu dalam diam, tak rugi aku menrinduimu dalam kelam bisik hati Haji Munir.

Friday, November 23, 2012

Selamat


Blog tulis cerita. Kami tulis ramai-ramai. Kami tulis tanpa nama yang biasa kamu kenali.