Tuesday, December 04, 2012

Dua kisah...

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Kisah 1
Korang tahu tak, kat KL ni ada pontianak. Aku tak nak bitau kat mana kelompok pontianak ni menetap, tapi memang ada. Hari tu aku naik LRT, tak de tempat duduk. Jadi aku kena berdiri. Di depan aku ada seorang perempuan sedikit tambun badannya. Dia membelakangi aku, aku perasan ada lubang pada bahagian belakang lehernya dan lubang berkenaan sedikit basah oleh renjisan darah. Bagaimanapun, jika tidak diperhatikan betul-betul, memang tidak perasan itu adalah lubang seakan lubang paku pada leher perempuan itu. Mata aku terbuntang kerana tidak percaya. Sumpah..demi Allah aku lihat lubang itu pada bahagian lehernya...sama ada aku yang rabun atau sememangnya itu adalah lubang seperti liang luka yang maha besar, aku tak pasti. Sampai kini aku musykil dan masih terbayang-bayang di ruang mata aku mengenai lubang itu.

Kisah 2
Beberapa tahun sebelum itu, Kak Mona ada beritahu aku satu kisah yang sangat aneh tapi masuk akal. Ceritanya begini, ada seorang lelaki yang baru berkahwin dengan isterinya yang sangat cantik. Lelaki ini adalah seorang yang alim dan warak. Dia juga tidak pernah mengabai apatah lagi meninggalkan solatnya. Kedua ibu bapanya juga adalah orang baik-baik dan warak.

Namun sejak berkahwin, dia makan banyak dan malas bersolat. Wajahnya juga pucat dan tak bermaya, namun dia mampu meneruskan rutin harian dengan keluar bekerja. Asal balik kerja saja dia mesti masuk bilik berdua-duaan dengan isteri barunya. Jadi kelakuannya menjadi perhatian kedua-dua ibu bapanya. Lebih menghairankan, setiap hari dia kelihatan letih dan tak bermaya. Jadi hati ibu bapanya rusuh dan susah hati kerana anak kesayangan mereka berubah laku sekelip mata selepas berkahwin dengan seorang wanita cantik.

Korang agak-agak apa berlaku sebenarnya?

4 comments:

Gillette Flores said...

Lalai.
Dan terpesona dengan kecantikan sementara sehingga terlupa siapa yang mencipat kecantikan tiu, mungkin :)

Hafiz said...

dia kawen dgn pontianak. jadi, darah dia kena hisap pontianak sbb tu muka pucat & tak bermaya.

Anonymous said...

setuju dgn hafiz hehe..

Nong Andy

Anonymous said...

kah kah... bitau tiada dalam kamus, tapi aku rasa sgt comel, sungguh kau pemusnah bahasa..

Oh, aku syak kau ada aliran vampire di sini. so tolong jadikan aku ketua pemuda kalau boleh... mau bikin gempar, untuk vote akan datang...

{Pisang Kaki}