Thursday, February 14, 2013

Seorang Perempuan Bernama Anis

{Oleh Gerimis Senja}

Hampir sebulan aku menginap akan bilik kecil di pinggir kota itu. Bilik yang hanya muat untuk hanya seorang sahaja itu terletak di atas  rumah kedai. Tidak pula berkesempatan untuk aku kenali penginap yang lain lantaran aku masih baru di situ. Aku tinggal keseorangan di situ lantaran aku baru sahaja memulakan hidup berdikari kerana ku mendapat tawaran sebuah syarikat penerbitan untuk menjadi penulis juga pelukis.

Namun bila aku selalu turun untuk makan di restoran bahagian bawah dapat juga aku tahu akan jiran jiran yang menginap satu tingkat yang mempunyai dua bilik pejabat dan tiga bilik kecil itu. Bahagian depan satu pejabat untuk event organiser dan sebuah lagi adalah pejabat bas ekspress. Manakala tiga bilik belakang yang besar ialah penghuni pekerja restoran di situ dan bilik sederhana besar milik seorang perempuan muda dan bilik akhir paling kecil berhampiran bilik air ialah bilik aku. Bilik bilik di tingkat atas itu disewakan oleh pengusaha restoran di bawah.

"Kau kerja apa  Azam?" soal taukeh restoran abang Halim pada aku.
"Penulis bang..."jawapku ringkas
"Oh iya..tulis apa?reporter ke?" tanyanya ingin tahu.
"Oh tak..bukan reporter...saya penulis majalah.."
"Penulis cerpen?"
"Lebih kurang macam tu..hahaha.."aku ketawa dan tersenyum dengan soalan itu.


Namun kehadiran seorang perempuan muda yang sama menyewa itu membuat aku tertanya tanya. Aku lihat perempuan muda itu tak pernah berbual dengan sesiapa..Mahupun dengan perempuan pekerja restoran Indonesia. Aku lihat dia sering hilang bila malam menjelma dan akan pulang bila di inihari. Hati lelaki aku terdetik kerana figura itu amat menawan hati aku dan ingin sangat mengenalinya. Saban malam aku menunggu dia pulang dan sebaik sahaja  dia pulang dia akan menggunakan bilik air di bahagian belakang yang semestinya melalui bilik aku.

"Perempuan tu kerja kat mana bang? tanya aku pada abang Halim ingin tahu
"Oh Anis tu? Tak tahulah tapi budak budak abang cakap dia kerja kat hotel lima bintang."

Naluri ingin tahu aku biarkan meluap luap dalam dada aku sehinggalah satu malam yang suram pintu bilik aku di ketuk orang. Aku yang terpinga pinga kerana bagai tak percaya kerana waktu itu jam menunjukkan hampir pukul 5 pagi.

Oleh kerana hujan di luar maka aku beranikan juga mengintai dari tingkap cermin bilik. Ku lihat satu figura wanita sedang kesejukan akibat kebasahan.

"Maaf...kunci bilik saya hilang...saya tak dapat cari..bilik pekerja Indonesia itu pulak macam tak ada orang saya terpaksa ketuk pintu bilik awak sebab saya basah kena hujan."

"Ohhh..tak mengapa..silalah masuk  dan keringkan diri..nah pakai tuala ni..."pelawa aku padanya tanpa ragu ragu dalam sinaran lampu 50 watt itu.

Dan dia juga tanpa ragu ragu menanggalkan bajunya yang basah lenjun itu di hadapan aku. Aku agak panik.

"Awak tentu tertanya tanya apa pekerjaan saya..saya pun selalu nampak awak mengintai saya melalui tingkap ini. Nah sekarang awak tak perlu intai lagi..."katanya membuatkan aku rasa aku sudah pun mendapat bahan cerita untuk aku tuliskan.