{Oleh Nico Robin}
Ribut sedang mengila. Gelora lautan menganas seperti sebuah amarah. Perahu nelayan itu terumbang ambing. Agus cemas. Dia sudah biasa mendampingi ombak laut. Tapi bukan seganas ini. Bukan kali ini. Taufan kali ini luarbiasa kejamnya. Dia dan ayahnya berpandangan melihat puting beliung tidak jauh dari situ, menghala ke arah perahu mereka. Spontan tubuh Agus mengigil.
" Cepat Agus.. cepat kita pergi dari sini" Pekik Ayahnya. Tapi terlewat. Pusaran itu sekelip mata sudah menelan mereka. Tanpa belas. Tanpa kasihan. Mereka terkapai-kapai bergelut dalam pusaran itu. Tercungap dan langsung tidak mampu melawan kuasa lautan. Seketika semuanya hitam. Gelap. Pekat. Dingin.
Dari sela-sela nafasnya yang dimasuki air, dari perit dadanya yang kehabisan udara. Agus merasa sepasang bibir memagut mulutnya. Memuntahkan cairan masin seperti ibu garam. Agus tidak daya meronta, hanya mampu menelan cairan itu. Menyerah. Dan masa berlalu...
Ketika matanya celik, Agus mendapati dirinya sedang di-ulit oleh seorang gadis cantik. Bermata biru. Berambut panjang. Senyuman gadis cantik itu memukau.
" Saya di mana?" Tanya Agus hairan.
" Saya selamatkan kamu.. kamu berada di tempat saya sekarang.. Boleh saya tahu nama kamu?" tanya gadis itu dengan wajah teruja. Mendekati wajahnya, seperti baru pertama kali melihat manusia.
" Selamatkan saya? Ah.. terima kasih.. nama saya Agus" Agus teringat akan sepasang bibir yang memagut bibirnya dan memaksanya menelan cecair masin-hampir membuat dia tercekik. Terlalu masin. Gadis cantik itu tidak menyahut. Hanya memberi senyuman. Agus terkesima seketika bila menyedari yang gadis itu tidak memakai baju. Buah dadanya terselak di sebalik rambutnya. Spontan Agus menjauh.
" Jangan takut.." kata gadis itu. Dan sekali lagi Agus terbelalak biji mata. Dari pinggang ke bawah, gadis itu ditumbuhi sisik yang kemilau. Seperti ikan. Agus tergaman. Duyung?!
" Ikan..ikan... er.. duyung?" tanya Agus dengan nada bergetar. Gadis itu mengangguk.
"Nama saya Mutiara.. Saya berikan air suci saya kepada kamu untuk menyelamatkan kamu.. mulai saat ini.. kamu milik saya.." Kata gadis duyung itu lagi.
" Apa..? Tidak.. saya tak boleh jadi milik kamu. Saya mesti pulang.. keluarga saya menunggu saya di daratan.. ah.. ayah saya mana? Dia selamat?" kata Agus. Mutiara mengeleng perlahan.
" Maaf.. kamu tak boleh pulang.. mulai sekarang tempat kamu di sini. Di sisi saya. Sebab kamu sudah menjadi suami saya.." Kata-kata Mutiara membuatnya panik.
" Saya tak boleh jadi suami kamu"
" Kamu sudah minum air suci saya.. jadi kamu sudah jadi suami saya. Jika bukan kerana air suci saya.. kamu sudah mati.. kamu tak mungkin bernafas di dalam lautan" Dan benar. Baru Agus menyedari yang sebenarnya dia berada di dalam air. Tetapi sungguh ajaib kerana dia merasa air di sekelilingnya seperti udara. Bukan Air.
" Tapi saya tidak minta kamu selamatkan saya.. itu tidak adil. Saya lebih rela mati daripada menjadi suami kamu.. saya sudah ada kekasih hati di daratan. Tak mungkin saya menjadi suami kamu.." Mutiara kelihatan tersinggung dengan kenyataan Agus.
"Kamu boleh pulang ke daratan. Tapi kamu harus membayar sejumlah harga... Kalau itu kemahuan kamu. Saya terpaksa melepaskan kamu..."
"Saya sanggup buat apa saja untuk pulang ke daratan.. "
" Apa pun? bagus.. kamu memang perlukan semangat itu.. sekarang bersedia..." Sebelum sempat Agus bersedia, Mutiara menerkamnya. Memagut bibirnya. Memaksanya menelan muntahan cecair yang berbisa seperti api. Agus seperti menelan gumpalan api. Perit. Membakar. Dia kemudian terjelumpuk dan mengelupar. Kesakitan. Tubuhnya seperti terbakar. Seluruh tubuhnya seperti di panggang.
" Mulai saat ini ketika bulan penuh pada penghujung tahun.. Kau akan menyedut tenaga manusia.. manusia perempuan yang kehausan.. kau sedut tenaganya dan kau tukarkan menjadi api.. dan hingga manusia yang ke seratus nanti.. kau akan jadi manusia.... kau akan bebas.. "
Agus kembali ke daratan semula. Seperti janji duyung itu yang sebenarnya adalah ratu duyung.Ratu sihir hitam- Mutiara Hitam. Agus telah kembali ke daratan. Malangnya bukan sebagai manusia. Dia pulang ke dunia manusia sebagai makhluk bersayap, berbulu dan dahagakan bau gadis yang kehausan.. mencari mangsa. Menyedut nafsu mereka sebagai santapannya.. sebelum menjadi manusia semula. Agus terpaksa melayang dari rumah ke rumah pada bulan mengambang.. memuaskan dahaga manusia yang sedang kehausan... menjadi tetamu malam yang tidak di-undang.
10 comments:
macam twilight sikit sikit
Wadi AR
persamaan dia.. mungkin Agus hensem macam Edward cullen haha..
thanks datang baca.
-Nico Robin-
Kini Gill faham siapa tetamu malam itu.
Agus rupanya.
Suka benar Gill dengan cerita ini.
Moga Gill dapat membaca lebih banyak cerita seperti dari kau ini kelak.
Dan tiba-tiba Gill terfikir, kasihan dengan nasib Agus.
Dia mahu ke dunia realiti disebabkan mahu kembali ke keluarganya dan kekasih hatinya, namun dia harus 'bertemu' 100 gadis terlebih dahulu.
Boleh Gill minta kau buat kesinambungannya? Apa akan terjadi selepas selesai 'bertemu' 100 gadis dan bagaimana kekasih hatinya menerima kehadirannya kembali yang sekian lama hilang serta mungkin selepas tahu semua cerita sebenar?
boleh buat filem...
terbaiklah semua cerita kat sini bro...
makin lama makin addicted aku ngan cite ni.. muhun Robin Hood tamatkan ketagihan ku ini.. ehh? hahahahaha
Gillette Flores,
sebenarnya Gil, idea ini tercetus selepas membaca nukilan NAFSU HAWA...tulisan si GERIMIS SENJA, credit untuk dia juga, jadi mungkin saja NAFSU HAWA mula kisahnya..
terima kasih luangkan masa baca nukilan kami. Mudah-mudahan saja 'diberi' peluang menulis kesinambungannya :)
jemput datang lagi ya..
******
dwaty
kalau ada duit memang mahu buat filem. ko mau jadi pelakonnya? hehe..
gurau saja ya.. thanks datang baca :)
********
Payeh Kuced,
haha.. Robin Hood kah.. haha. mana-mana sajalah. terima kasih datang baca di sini ya Payed Kuced (unik betul nama kamu ni)
-Nico Robin-
Akan sentiasa ke sini Nico Robin :)
akan slalu ku jenguk.. hee..
unik? nico robin juga unik bagi aku. aku suka nama nico :)
kalau kau cerita tanpa gambar, mungkin aku lambat sikit tangkap ending dia..
haha, btw ini sudah nais.. =)
cool.. akhirnya faham siapa tetamu itu.. ehehe
Post a Comment