Saturday, December 01, 2012

Eddie..

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Tengah hari tadi cuaca sejuk tapi matahari memancar terang. Aku tahu kerana dari celah-celah layaran langsir berwarna hitam pekat itu..ada suluhan terang dari luar dan aku cuba menghampirinya kerana terlalu ingin melihat Eddie melalui kawasan hadapan rumah aku. Eddie sentiasa setia untuk lalu dan senyum memandang ke arah jendela kaca aku walaupun sentiasa bertutup. Aku agak, Eddie tahu aku memerhati dia..

Dari kecil hinggalah kami sudah meningkat dewasa, aku sentiasa ingin tahu bagaimana Eddie boleh leka bermain di luar kediaman bersama Bobby dan Marissa. Aku mesti bertemu Eddie pada malam Halloween nanti..tapi kalau ada peluang bertemu Eddie lebih awal..lagi bagus. Ohh Eddie..aku nak jumpa kau...

Tepat jam 12.30 malam.. aku sudah seru nama Eddie dan dia muncul dengan jubah hitam pekatnya di depan pintu rumah aku. Aku mengajak dia masuk ke dalam rumah dan bawanya ke taman permainan..
"Eddie.."
"Vee..aku ada bawa sesuatu untuk kau.."
"Aku nak kau Eddie..kau lelaki baik.."
"Aku juga mahu pada kau, tapi tidak boleh..."
"Kenapa..?"
"Kau akan tahu..mari ke sini sayang..."

Eddie menarik aku rapat ke sisinya..ingin saja aku melentuk ke bahunya. Eddie seperti tahu dan membiarkan rambut panjangnya menguak-nguak di pangkal lehernya..aku ingin saja mendaratkan dua taring aku yang sudah gersang dengan kemanisan darah segar dari pembuluh darah Eddie...tapi ada perasaan aneh...

"Kau patut belajar bagaimana untuk bermain dan bertahan di bawah terik panas matahari.."
"Hmm...ajarkan aku.."
"Kita puntianak era hitech sayang..."
"Aku ingin saja benarkan taringmu mendarat di leher aku ini...memang leher ini untuk kau miliki..tapi tidak boleh.."

Eddie lantas mengeluarkan sebotol cecair merah berbau hamis dari kocek jubahnya. Bulan bersinar di dada langit berwarna perak berkilau. Bau darah meruwap di udara..setitik tumpah di bibir Eddie dan beberapa lagi bersememh di bibir aku. Eddie menyapu perlahan dengan jarinya yang pucat..

Eddie..selama-lamanya aku sayang kau..kerana kita adalah warisan terakhir manusia pontianak di bumi ini. Tiba-tiba nafsuku membuak dan aku tidak tertahan akan godaan leher Eddie...dua taring aku benamkan di situ...gulp..gulp..gulp...arghhh hilang dahaga...

Masa untuk hibernasi seketika. Aku nak tidur setahun dua...sekarang kau tahu siapa aku dan Eddie kan?

4 comments:

Anonymous said...

yaa.. dah tahu siapa Eddie

Skull Writers said...

Edward Cullen?


{Gerimis Senja}

Anonymous said...

Ini eddie dan bella versi jinjang atau gombak? ekekekek!




mafia drakula!

Anonymous said...

hah? habis mcm ni ja ke? kejam betul. tidur dulu. lagi 2 tahun jumpa aku, kita bincang mcmana nak gegarkan dunia...