Friday, June 14, 2013

Senyuman Untuk Dia #2

{Oleh Duri Matahari}

Hai…” Aku ingatkan Kamal tapi bukan. Aku ingat lagi lelaki di hadapan aku. Pertama kali aku nampak lelaki itu adalah ketika aku berbual dengan Kamal. Aku ukirkan senyuman sahaja. Tiada keinginan untuk membalas sapaannya itu.

Miera…” aku dengar suara Kamal. Aku toleh. Memang benar dia, tapi kali ini dia dengan seorang perempuan, Zafira, teman sebilik aku. Aku lihat mereka berdua sedang berpegangan tangan.  Hati aku kecewa. Terlampau kecewa. Masakan aku tak tahu kawan baik aku sedang bercinta dengan teman sebilik aku sendiri? Sampai hati.

Ni siapa?” Zafira menyoal.

Aku hanya mendiamkan diri. Mata aku masih lagi terpaku pada pegangan tangan Kamal dan Zafira. Seolah-olah Kamal menyedari aku sedang memerhatikan tangan mereka, terus dia melepaskan pegangan itu. Kali ini aku memandang Kamal. Memandangnya sepi tanpa mengeluarkan suara.

Saya Johan,” lelaki itu bersuara sambil menghulurkan tangannya pada Kamal. Aku sedar Kamal sedang memandang aku, meminta penjelasan tentang Johan mungkin. Aku hanya mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Jujur, aku kecewa dengan situasi yang berlaku di hadapan aku saat ini. Sampai hati Kamal.

Kamal…” aku dengar suara Kamal. Lelaki yang bernama Johan itu mengambil tempat di sebelah aku. Aku sedar Kamal memandang aku lagi tapi aku tidak hiraukan itu. Argh… sakitnya hati ini.

Boyfriend Miera eh?” Aku dengar Zafira bersuara. Aku sedar Johan sedang memandang aku dengan senyuman. Aku menelan air liur apabila dia menganggukkan kepala. Aih.. mamat ni. Sesuka hati je nak mengaku boyfriend aku.. Aku juga sedar air muka Kamal berubah.

Wahh… I didn’t know this. Kau tak beritahu aku pun, Miera. Tahniah la!” Ayat yang keluar dari mulut Kamal benar-benar buat aku terluka. Mahu saja aku nafikan dan gelengkan kepala tapi ah… suara aku tidak mahu keluar. Aku hanya diamkan diri sambil mengukirkan senyuman tawar.

Kitaorang blah dulu la. Tak nak kacau kau,” aku dengar lagi suara Kamal. Aku pandang dia. Mahu saja aku pinta dia jangan tinggalkan aku, tapi tiada suara yang terkeluar dari mulut aku. Kamal hanya mengukirkan senyuman kepada aku sebelum beredar bersama-sama Zafira. Jujur, itu melukakan aku. Terlampau.

Beberapa minit kemudian, setelah kelibat Kamal hilang dari pandangan, aku menoleh ke arah Johan di sebelah aku. Lelaki itu masih lagi di situ.


Awak tentu punya banyak soalan yang mahu ditanya bukan? Dan saya willing to answer all your questions. But then, saya biarkan awak pulih dahulu, baru kita akan jumpa lagi. Jaga diri. Assalamualaikum…” Johan bangun sebelum mengukirkan senyuman. Aku balas senyumannya dengan tidak ikhlas. Tidak memahami apa yang dikatakan lelaki itu sebentar tadi. Siapa dia, aku sendiri tidak tahu. Tapi jujur, kehadiran lelaki bernama Johan itu telah memberikan satu rasa aneh di hati aku. Ah… adakah? Atau itu adalah rasa kecewa melihat Kamal dan Zafira sebentar tadi?

-TO BE CONTINUED-