Saturday, June 15, 2013

Senyuman Untuk Dia #3


{Oleh Duri Matahari}

Hari-hari selepas itu, aku sedar aku mengelak dari Kamal. Setiap kali lelaki itu menghampiri, aku akan buat-buat sibuk mahupun buat-buat tidak sedar kewujudan dia. Aku tahu, Kamal mungkin berkecil hati dengan perlakuan aku terhadapnya, tapi itu tidak boleh dibandingkan rasa kecewa aku terhadapnya. Rasa kecewa setiap kali melihat Kamal dan Zafira. Rasa kecewa setiap kali mendengar Zafira bercerita tentang Kamal. Kecewa tahu!

Assalamualaikum,” aku dengar suara lelaki memberi salam. Aku jawab salam itu sebelum mendongak memandang gerangan yang memberi salam itu. Johan!

Are you okay?” Johan bersuara. Aku sebenarnya mahu menganggukkan kepala tapi ah… aku tak mampu menipu lelaki di hadapan aku ini sebab air mata aku sudah hampir mahu jatuh. Menangis sebab melihat Kamal dengan Zafira petang tadi. Malu juga menangis di hadapan lelaki yang aku tidak kenali ini.

Would you mind sharing it with stranger like me?” Johan bersuara lagi. Seolah-olah tahu aku sedang berdepan dengan masalah. Aku pandang Johan di sebelah aku selepas aku mengesat air mata aku. Aku pandang lelaki itu lama dan Johan hanya mengukirkan senyuman sahaja. Ah… senyuman Johan buatkan aku teringatkan senyuman Kamal.

Mahu sahaja aku gelengkan kepala aku tapi entah bagaimana laju sahaja mulut aku berbicara. Berbicara dengan lelaki asing dalam hidup aku. Lelaki yang aku hanya tahu namanya sahaja. Lelaki yang tiba-tiba sahaja buat aku rasa selesa pada pertama kali bersua. Aneh bukan?

Awak ada perasaan pada dia.”Itu yang Johan katakan pada aku setelah aku selesai menceritakan segala perihal masalah aku. Masalah berkaitan dengan Kamal. Aku pandang Johan seketika sebelum aku menggelengkan kepala aku. Punya perasaan pada Kamal? Ah.. tak mungkin!
Awak boleh nafikan but then your heart can’t. Fikir saja kenapa awak kecewa bila tahu dia dengan roommate awak.” Aku mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Adakah? Aku tak sedar itu.

Tapi…” Aku bersuara, tapi belum sempat aku menyudahkan ayat aku, Johan memotong.

Pernah dengar satu pepatah ni, lelaki dan perempuan tidak boleh hanya setakat berkawan sahaja. Salah seorang tentunya akan tewas dengan permainan perasaan. Dan dalam hal ini, awak yang tewas. Awak sudah tewas dengan hati awak. Walau berjuta kali awak menafikan perasaan itu, hanya Tuhan saja yang tahu hal sebenar. Apa yang hati awak alami.

Aku menelan air liur. Ayat yang aku dengar sebentar tadi benar-benar membuatkan aku rasa kagum. Mungkin. Entah. Aku pun tidak tahu. Aku pandang Johan di sebelah aku. Sekali lagi lelaki itu mengukirkan senyuman. Jujur, senyuman Johan buatkan aku teringat pada Kamal.

Miera…” tiba-tiba sahaja aku dengar suara Kamal. Yaa… itu sememangnya Kamal. Kali ini Kamal berseorangan. Tiada Zafira di sisinya seperti selalu. Aku lihat Johan dan Kamal saling berpandangan dan Johan seperti biasa masih dengan senyumannya.


Boleh aku jumpa kau sekejap?” Kamal bersuara lagi. Aku sedar Johan sedang memandang aku. Johan menganggukkan kepalanya. Dan aku akhirnya mengikuti Kamal ke tempat yang jauh dari Johan. Lelaki itu hanya memerhatikan aku dari jauh. Tertanya-tanya juga aku, apakah tujuan Kamal ini? 

-TO BE CONTINUED-