{Oleh Duri Matahari}
Hari-hari selepas itu, aku sedar
aku mengelak dari Kamal. Setiap kali lelaki itu menghampiri, aku akan buat-buat
sibuk mahupun buat-buat tidak sedar kewujudan dia. Aku tahu, Kamal mungkin
berkecil hati dengan perlakuan aku terhadapnya, tapi itu tidak boleh
dibandingkan rasa kecewa aku terhadapnya. Rasa kecewa setiap kali melihat Kamal
dan Zafira. Rasa kecewa setiap kali mendengar Zafira bercerita tentang Kamal.
Kecewa tahu!
“Assalamualaikum,” aku dengar suara lelaki memberi salam. Aku jawab
salam itu sebelum mendongak memandang gerangan yang memberi salam itu. Johan!
“Are you okay?” Johan bersuara. Aku sebenarnya mahu menganggukkan
kepala tapi ah… aku tak mampu menipu lelaki di hadapan aku ini sebab air mata
aku sudah hampir mahu jatuh. Menangis sebab melihat Kamal dengan Zafira petang
tadi. Malu juga menangis di hadapan lelaki yang aku tidak kenali ini.
“Would you mind sharing it with stranger like me?” Johan bersuara
lagi. Seolah-olah tahu aku sedang berdepan dengan masalah. Aku pandang Johan di
sebelah aku selepas aku mengesat air mata aku. Aku pandang lelaki itu lama dan
Johan hanya mengukirkan senyuman sahaja. Ah… senyuman Johan buatkan aku
teringatkan senyuman Kamal.
Mahu sahaja aku gelengkan kepala
aku tapi entah bagaimana laju sahaja mulut aku berbicara. Berbicara dengan
lelaki asing dalam hidup aku. Lelaki yang aku hanya tahu namanya sahaja. Lelaki
yang tiba-tiba sahaja buat aku rasa selesa pada pertama kali bersua. Aneh
bukan?
“Awak ada perasaan pada dia.”Itu yang Johan katakan pada aku setelah
aku selesai menceritakan segala perihal masalah aku. Masalah berkaitan dengan
Kamal. Aku pandang Johan seketika sebelum aku menggelengkan kepala aku. Punya
perasaan pada Kamal? Ah.. tak mungkin!
“Awak boleh nafikan but then your heart can’t. Fikir saja kenapa awak
kecewa bila tahu dia dengan roommate awak.” Aku mendiamkan diri. Tidak tahu
apa yang harus dibalas. Adakah? Aku tak sedar itu.
“Tapi…” Aku bersuara, tapi belum sempat aku menyudahkan ayat aku,
Johan memotong.
“Pernah dengar satu pepatah ni, lelaki dan perempuan tidak boleh hanya
setakat berkawan sahaja. Salah seorang tentunya akan tewas dengan permainan perasaan.
Dan dalam hal ini, awak yang tewas. Awak sudah tewas dengan hati awak. Walau
berjuta kali awak menafikan perasaan itu, hanya Tuhan saja yang tahu hal
sebenar. Apa yang hati awak alami.”
Aku menelan air liur. Ayat yang
aku dengar sebentar tadi benar-benar membuatkan aku rasa kagum. Mungkin. Entah.
Aku pun tidak tahu. Aku pandang Johan di sebelah aku. Sekali lagi lelaki itu
mengukirkan senyuman. Jujur, senyuman Johan buatkan aku teringat pada Kamal.
“Miera…” tiba-tiba sahaja aku dengar suara Kamal. Yaa… itu
sememangnya Kamal. Kali ini Kamal berseorangan. Tiada Zafira di sisinya seperti
selalu. Aku lihat Johan dan Kamal saling berpandangan dan Johan seperti biasa
masih dengan senyumannya.
“Boleh aku jumpa kau sekejap?” Kamal bersuara lagi. Aku sedar Johan
sedang memandang aku. Johan menganggukkan kepalanya. Dan aku akhirnya mengikuti
Kamal ke tempat yang jauh dari Johan. Lelaki itu hanya memerhatikan aku dari
jauh. Tertanya-tanya juga aku, apakah tujuan Kamal ini?
-TO BE CONTINUED-
4 comments:
Aku teringat sesuatu bila baca ini...
Aku juga sudah tewas. dan aku benggang.
Aduh... Lagi...
Aduh... Lagi...
Post a Comment