{Oleh Duri Matahari}
“Hai…” Aku ingatkan Kamal tapi bukan. Aku ingat lagi lelaki di
hadapan aku. Pertama kali aku nampak lelaki itu adalah ketika aku berbual
dengan Kamal. Aku ukirkan senyuman sahaja. Tiada keinginan untuk membalas
sapaannya itu.
“Miera…” aku dengar suara Kamal. Aku toleh. Memang benar dia, tapi
kali ini dia dengan seorang perempuan, Zafira, teman sebilik aku. Aku lihat
mereka berdua sedang berpegangan tangan.
Hati aku kecewa. Terlampau kecewa. Masakan aku tak tahu kawan baik aku
sedang bercinta dengan teman sebilik aku sendiri? Sampai hati.
“Ni siapa?” Zafira menyoal.
Aku hanya mendiamkan diri. Mata
aku masih lagi terpaku pada pegangan tangan Kamal dan Zafira. Seolah-olah Kamal
menyedari aku sedang memerhatikan tangan mereka, terus dia melepaskan pegangan
itu. Kali ini aku memandang Kamal. Memandangnya sepi tanpa mengeluarkan suara.
“Saya Johan,” lelaki itu bersuara sambil menghulurkan tangannya pada
Kamal. Aku sedar Kamal sedang memandang aku, meminta penjelasan tentang Johan
mungkin. Aku hanya mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Jujur, aku kecewa
dengan situasi yang berlaku di hadapan aku saat ini. Sampai hati Kamal.
“Kamal…” aku dengar suara Kamal. Lelaki yang bernama Johan itu
mengambil tempat di sebelah aku. Aku sedar Kamal memandang aku lagi tapi aku
tidak hiraukan itu. Argh… sakitnya hati ini.
“Boyfriend Miera eh?” Aku dengar Zafira bersuara. Aku sedar Johan
sedang memandang aku dengan senyuman. Aku menelan air liur apabila dia
menganggukkan kepala. Aih.. mamat ni. Sesuka hati je nak mengaku boyfriend
aku.. Aku juga sedar air muka Kamal berubah.
“Wahh… I didn’t know this. Kau tak beritahu aku pun, Miera. Tahniah la!”
Ayat yang keluar dari mulut Kamal benar-benar buat aku terluka. Mahu saja aku
nafikan dan gelengkan kepala tapi ah… suara aku tidak mahu keluar. Aku hanya
diamkan diri sambil mengukirkan senyuman tawar.
“Kitaorang blah dulu la. Tak nak kacau kau,” aku dengar lagi suara
Kamal. Aku pandang dia. Mahu saja aku pinta dia jangan tinggalkan aku, tapi
tiada suara yang terkeluar dari mulut aku. Kamal hanya mengukirkan senyuman
kepada aku sebelum beredar bersama-sama Zafira. Jujur, itu melukakan aku.
Terlampau.
Beberapa minit kemudian, setelah
kelibat Kamal hilang dari pandangan, aku menoleh ke arah Johan di sebelah aku.
Lelaki itu masih lagi di situ.
“Awak tentu punya banyak soalan yang mahu ditanya bukan? Dan saya
willing to answer all your questions. But then, saya biarkan awak pulih dahulu,
baru kita akan jumpa lagi. Jaga diri. Assalamualaikum…” Johan bangun
sebelum mengukirkan senyuman. Aku balas senyumannya dengan tidak ikhlas. Tidak
memahami apa yang dikatakan lelaki itu sebentar tadi. Siapa dia, aku sendiri
tidak tahu. Tapi jujur, kehadiran lelaki bernama Johan itu telah memberikan
satu rasa aneh di hati aku. Ah… adakah? Atau itu adalah rasa kecewa melihat
Kamal dan Zafira sebentar tadi?
-TO BE CONTINUED-
4 comments:
bila mau sambung?
salam singgah...
sambung cepat.
Zafira rupanya...
Post a Comment