“Pergilah mati kalau kau bakal mati!” Ayat dia yang itu bikin hati
aku terluka. Terlalu. Tidak tahukah dia aku berkata benar pada kali pertama aku
katakan itu pada dia. Bukan mahu minta simpati dari dia, tapi aku tak mahu
memberi harapan pada dia. Aku tahu dia akan terus menanti walau dia sendiri
tahu penantian dia itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Aku faham dia walau
pertama kali berkenalan. Aneh bukan?
Saat aku menghilangkan diri
beberapa tahun yang lalu, aku ingat aku akan betul-betul meninggalkan dunia ni
tapi keajaiban berlaku. Tuhan masih berikan aku peluang untuk hidup. Penyakit
aku sembuh dan aku gunakan peluang itu untuk cari dia lagi.
Bila aku kembali ke situ, ke
tempat aku dan dia berkenalan, dia masih di situ. Dia manusia pertama yang aku
cari. Aku sapa dia, dan sapaan aku
berbalas tapi aku sedar sesuatu, dia bukan seperti dulu. . Dia dah berubah.
Adakah berubah sebab aku? Tiada lagi dia yang akan bergelak ketawa dan senyum
ketika aku menyapanya. Aku sedar, dia bersikap dingin dengan aku.
Bila aku tanya dia, “Mahu dengar satu cerita tak?” Dia
geleng kepala. Dia kata dia tiada selera untuk dengar cerita dari aku dan aku
kata aku akan tunggu dia berminat untuk dengar cerita aku. Tapi ayat dia
selepas itu, benar-benar buat aku terluka. Adakah ini balasan?
Tidak sedarkah dia, kenapa aku
sapa dia setiap hari? Tidak sedarkah dia kenapa aku masih cari dia bila dia
hilangkan diri hari itu? Sebenarnya ia lebih dari apa yang aku katakan pada dia
hari itu. Tapi aku diamkan sahaja. Tidak mahu memberi dia harapan. Tidak mahu
dia menanti sesuatu yang tidak pasti. Apa yang aku tahu ketika itu, ajal aku
satu kepastian.
Tahukah dia, aku hilang arah bila
dia menghilang hari itu. Tempat itu tiada makna bila dia tiada. Aku tahu dia
terluka. Aku tahu. Sama ada terluka sebab aku ataupun sebab mereka. Dan aku
mahu minta maaf untuk kali terakhir tapi dia menghilangkan diri tiba-tiba.
Jujur, aku hilang arah ketika itu. Aku mahu lihat dia senyum sekali lagi. Tapi,
maaf aku dipandang sepi pada kali terakhir aku bertemu dia beberapa tahun yang
lalu itu.
Dan sekarang, setiap hari aku
melawat tempat itu, mengharapkan dia turut berada di situ. Bila dia ada, aku
sapa dia tapi tentunya sapaan aku tidak berbalas. Dia benar-benar berubah.
Tidak mahukah dia beri aku peluang sekali lagi? Tak apa. Aku tunggu dia terbuka
hati untuk dengar cerita aku. Cerita tentang dia dalam hidup aku.
Walau siapa pun dia ketika ini, aku terima dengan seadanya walau aku mengharap dia yang dulu. Dia yang aku kenal beberapa tahun lepas. Aku sabar menanti sepertimana dia sabar menanti aku suatu ketika dulu.
Walau siapa pun dia ketika ini, aku terima dengan seadanya walau aku mengharap dia yang dulu. Dia yang aku kenal beberapa tahun lepas. Aku sabar menanti sepertimana dia sabar menanti aku suatu ketika dulu.
4 comments:
Selalu lupa untuk menghargai ketika dia ada...
Manusia memang begitu....
Penantian itu penyiksaan
yes...penantian..sampai bila bila degan kesetiaan...nice story
-gerimis senja -
mungkin sudah terlambat, its time to move on.
Post a Comment