{Oleh Nico Robin}
Agus menguis-guis daun kering dengan ranting kayu yang dipunggutnya di tepi pusara. Rerumput kecil dicabut hingga bersih. Dengan jari jemarinya dia mengelap permukaan batu nisan yang sudah usang hingga tulisan di batu itu sukar dibaca. Airmatanya sudah lama kering. Semua insan yang d kenalinya sudah tiada. Sudah tidak wujud lagi. Kini yang ada hanya dirinya sendiri,tanpa arah. Agus berkelana di dunia yang asing baginya. Muka bumi masih sama tapi wajah bumi sudah tidak serupa. Bangunan tumbuh lebih lebat dari pepohon hutan dan Agus seolah-olah tidak ada tempat di ruang itu lagi. Namun Agus cepat belajar, seorang pengemis di jalanan mengajarnya cara untuk hidup di hutan batu itu. Dan dari pengemis itu juga Agus mendapat kehidupan baru..
“Kamu masih muda dan sihat.. masih kuat.. kalau kamu mahu.. saya punya seorang kawan yang boleh dapatkan pekerjaan untukmu..” kata Juhen bekas pembunuh upahan yang kini kudung kakinya dan hidup melarat sebagai pengemis.
“ Tapi saya tidak ada pengenalan diri..”
“ Tak payah kisah.. saya kan ada, guna saja saya punya.. tak ada yang kisah akan hidup mati pengemis kudung macam saya. bagaimana? Kerjanya mudah.. tukang bersih hospital. Cuma membersihkan hospital pada malam hari..” ujar Juhen yang selalunya tidak dapat tidur di malam hari kerana selalu bertemu dengan bayangan gadis bernama Zulai dalam tidurnya.
“ Malam?”
“ Ya.. kerja pembersihan waktu siang orang lain yang buat. Tapi waktu malam tak ada yang berani bertugas di hospital itu.. maklumlah. Hospital kan tempat yang penuh dengan roh-roh manusia yang kononnya berkeliaran.. saya yakin kamu tidak akan takut pada omongan kosong pasal roh dan hantu. Paling penting ini.. perlu di-isi..” Kata Juhen sambil mengusap perutnya. Dan ya, tawaran itu di terimanya dengan tangan terbuka. Berkerja di malam hari tentu lebih selesa baginya kerana dia sudah biasa menjadi tetamu malam.
Seminggu berlalu dan ternyata kerja-kerja pembersihan di hospital tidaklah sesukar mana. Agus tidak pernah diganggu oleh apa-apa hantu dan roh. Agus sesekali melihat ‘mereka’ mundar-mandir di situ, tetapi tidak satupun berbuat apa-apa padanya. Kebanyakan ‘mereka’ berlegar-legar dengan wajah sepi dan kosong. Dan itu sedikit pun tidak menakutkan Agus.
Tapi minggu berikutnya Agus dikejutkan oleh kehadiran seorang perempuan hamil. Ya! Perempuan hamil. Bukan hantu. Wajah perempuan itu mana mungkin dilupakannya, kerana perempuan itu mirip si kekasih yang sudah sekian tahun dirinduinya. Mika. Dan malam ke-9 dia berkerja di hospital itu, bagaikan jelmaan Mika, perempuan itu di usung ke dalam bilik yang dibersihkannya. Sedang menahan sakit hendak bersalin. Malang sekali ketika itu semua doktor sibuk kerana hal-hal kecemasan pesakit lain dan perempuan itu semakin lemah. Secara tiba-tiba seorang Doktor lelaki yang entah dari mana datang menarik Agus.
“ Kita kekurangan staff sekarang. Semua jururawat dan doktor lain sibuk dengan hal kecemasan di bilik lain. Saya mohon kamu bantu saya di sini..” Kata doktor yang memakai tag nama- Miguel Bain. Sememangnya suasana malam di hospital itu berlainan sekali. Kelam kabut dengan pelbagai kes kecemasan yang di bertalu-talu datang. Agus menurut permintaan doktor itu tanpa kata-kata. Rintihan, desahan dan jeritan kesakitan perempuan hamil itu memenuhi ruang bilik.
“ Adam… Adam..” Rintih Hawa dari sela-sela nafas. Melaung nama suaminya Adam yang ternyata tidak berada di sisinya untuk menyambut kelahiran anak mereka.
Dan akhirnya bayi itu dilahirkan. Bayi lelaki yang sihat dan mungil. Namun ada sesuatu yang aneh tentang bayi itu. Ia sedikitpun tidak menangis, Doktor Miguel beberapa kali menepuk paha bayi itu supaya menangis tapi dia hanya terbatuk-batuk. Sebaik saja Agus menyentuhnya, bayi itu merenung tepat ke wajahnya, terkebil-kebil dan kemudiannya tersenyum.
“ Bayi saya…” Kata perempuan itu lemah. Agus memberikan bayi itu kepadanya setelah melihat angukan kepala doktor Miguel. Wanita itu merenung bayinya sambil tersenyum. Syukur bayi itu sihat. Agus menyaksikan sendiri bayi itu membalas senyuman ibunya. Agus terlompong!
“ Tolong… tolong jaga bayi saya..” Pintanya sambil melirih kesakitan. Dan tiba-tiba perempuan itu mengerang kesakitan, mengelupar lalu pengsan. Doktor Miguel cemas dan tergopoh gapah memberikan bantuan kecemasan. Agus pula di-arah untuk membersihkan bayi itu. Bila Agus masuk semula ke dalam bilik untuk meletakkan bayi itu di sisi ibunya, Agus lihat Doktor Miguel mengeleng-geleng.
“ Dia gagal diselamatkan..” ujarnya perlahan. Agus terpana. Lalu menatap bayi dalam pelukannya. Bayi kecil itu kehilangan ibunya. Aneh sekali bayi yang masih merah itu membuka mata dan menentang matanya. Bola mata bayi itu bergerak-gerak mengikut arah pandangan mata Agus.
“ Jadi bagaimana dengan bayi ini?” Tanya Agus kepada doktor Miguel.
“ Letak saja di situ.. nanti biar jururawat yang merawat bayi itu” Arah doktor Miguel. Agus menurut arahan. Bayangan perempuan yang mati bersalin itu terbawa-bawa di fikirannya hingga habis waktu kerja. Agus simpati pada bayi yang baru kehilangan ibunya itu. Ketika berkhayal tentang masa depan bayi yang telah disambut kelahirannya-pertama kali dalam hidupnya hal itu terjadi, Agus dikejutan oleh bunyi dentuman kuat di jalan raya yang hanya empat meter dari tempat dia berdiri. Seorang lelaki terheret oleh sebuah lori. Kejadian itu terlalu pantas hingga apa yang mampu Agus lakukan hanya terpegun kaku melihat tubuh lelaki itu renyuk dan memercikkan hujan darah ke atas jalan raya… semua orang yang menyedari kemalangan itu bergegas mengerumuni lelaki yang pastinya sudah tidak bernyawa lagi. Agus engan ikut serta lalu bergegas pulang. 9 hari berada di hospital sudah cukup untuk dia menyaksikan banyak kematian.
Dan pada sebelah malamnya, ketika bertugas di hospital Agus dapat tahu, lelaki yang mati dalam kemalangan itu adalah ayah kepada bayi aneh yang baru saja kehilangan ibunya! Bayi aneh yang merenungnya tajam sebaik saja dilahirkan itu kini senasib dengannya. Sebatang kara!
12 comments:
Oh... Aku sedang berkira membaca naskah yg diterjemah dari cerpen english. Ringkas... Padat dan unik. Sangat teruja untuk baca lagi naskah yg akan dtg dri kamu....
Ps: tinta yg hebat dtgnya dari DIA... dan kamu ada anugerah itu. Semoga berjaya untuk apa jua rezeki yg mendatang dlm penulisan...
nice story... :')
kesian, kecil2 sudah sebatang kara
ada yang aneh tentang bayi itu
eh, ini mesti ada yang part 2 ni.. kemudian apa jadi dengan bayi tu? Agus ambil dan bela bayi tu kan?
cool.. mohon smabung lagi. =D
tragis juga kisahnya ni kalau dihayati betul2
semakin menarik..harap ada sambungannya...
oh..ending sedih...wuwuwuwuuuwuwu...
hrp anak tu dijaga agus lah kan..
teruskan....
Hebat!
Tragis!!!!
Post a Comment