“Satu hari nanti aku
nak kisah cinta seperti Cinderella” Huda bersuara tatkala dia selesai
menonton kisah itu. Yaa… dia membayangkan dia mahu ketemu Prince Charming
seperti itu. Prince Charming yang akan menyelamatkan dirinya dari kehidupan
ini. Dengan punya kakak tiri yang selalu menyuruh dia membuat itu dan ini dan
ibu tiri yang langsung tidak mahu memihak kepadanya. Ah… kalau dia tahu
sebegini perangai ibu tirinya, sudah tentu dia tidak akan bersetuju ayahnya
mengahwini wanita itu. Lagi baik dia ditinggalkan berseorangan di dalam rumah
dari punya ibu tiri dan kakak tiri. Ah… tika itu dia hanya berumur 11 tahun
sahaja. Apa kanak-kanak di usianya tika itu mampu berfikir.
“Hudaaaa…..” Ah, suara itu kedengaran lagi. Dengan malas
Huda bangun dan mematikan siaran televisyen. Julia, kakak tirinya tiba di
tangga bawah saat dia melangkah situ.
“Ibu panggil kau… nahas kau kali ini,” Julia bersuara sinis
sambil memeluk tubuhnya memandang Huda, adik tirinya yang dibencinya.
Huda menunjukkan reaksi jengkel sebelum berlalu pergi. Dia
menuju ke bilik tidur utama, bilik ibu tirinya dan juga bilik arwah ayahnya.
Pintu bilik di buka.
“Hah! Baru datang!” kedengaran suara kasar wanita tua di
saat Huda melangkah masuk. Sehelai baju dilemparkan ke muka Huda. Huda
terkejut.
“Kau tengok apa yang kau buat dengan baju aku yang harga RM
500 tu? Kau tengok!” Asmah menjerit lagi. Bengang yang teramat dengan anak
tirinya itu. Baru sahaja dia membeli baju itu, belum sempat mahu memakainya,
lubang besar telah tercipta di baju itu. Dia memandang anak tirinya lagi. Gadis
itu hanya memandang kosong sahaja. Lagilah dia makin berang.
“Kenapa dengan baju ni?” soal Huda tanpa ada rasa bersalah.
Dia sedar ada lubang besar di baju itu. Dia tanpa sengaja menghasilkan lubang itu
ketika ibu tirinya meminta mengosok baju itu. Semua ini salah Julia. Kalau
Julia tidak mengacaunya, sudah tentu hal ini tak akan terjadi.
“Kau tanya kenapa?” Asmah bertambah berang. “Kau buat baju
mahal aku berlubang! Aku nak kau ganti balik!”
Huda tersenyum jengkel. Buat apa dia mahu ganti balik baju
itu. Baju itu dibeli menggunakan duitnya. Duit yang diwariskan oleh arwah ayah
padanya. Tidak tahu bagaimana dia boleh benarkan wanita tua di hadapannya
menggunakan duitnya. Dia sepatutnya menghalau saja wanita itu saat dia tahu
wanita inilah penyebab kematian ayahnya. Menggunakan khidmat bomoh untuk
buatkan ayahnya jatuh sakit supaya harta jatuh ke tangannya. Masih lagi dia
ingat saat dia terjumpa cebisan kain berwarna kuning yang mengandungi abu di
dalam almari baju arwah ayahnya.
“Buat apa nak ganti kalau baju tu mak cik beli dengan duit
saya,” Huda berkata sebelum beredar.
Malas mahu melayan ibu tirinya lagi.
Asmah tergaman. Dia menelan air liur. Tangannya dikepalkan.
Teramat berang.
######
Huda menarik nafas. Pisau di tangannya
dijatuhkan. Dia tersenyum puas. Dia memandang ke arah katil. 2 tubuh manusia
sedang terkulai layu di atas katil. Tanpa seurat benang dengan darah berlumuran
di badan mereka.
Mayat Julia dan suaminya sedang terkulai layu. Huda tersenyum.
Dia puas. Dendam sudah terbalas. Sudah lama Huda tahu suaminya membawa masuk
perempuan lain ke dalam rumah mereka. Ke bilik tidur mereka. Tidak dia
menyangka perempuan itu rupanya Julia. Kakak tirinya.
Dia ingatkan Haris lelaki yang baik. Yang benar-benar mampu
membawa dirinya jauh dari gangguan keluarga tirinya. Namun bukan. Haris telah
menipunya. Menyesal dia bersetuju berkahwin dengan Haris. Ingatkan Haris
benar-benar jujur dan ikhlas untuk mengahwininya.
“Padan muka kau!” Huda bersuara sambil memandang lagi mayat
Julia dan Haris. Bunyi jam dinding sebanyak 3 kali menunjukkan masa telah
beralih ke pukul 3 pagi. Huda tersenyum. Dia pandai memilih waktu. Mujur dia
pandai berlakon mengatakan terpaksa bertugas di luar walhal yang sebenarnya dia
hanya meninggalkan keretanya di tempat kerjanya dan pulang ke rumah pada tengah
malam dengan teksi. Kereta Julia ada ketika dia tiba.
Ketika dia memulas tombol bilik tidurnya, dia lihat Haris
dan Julia sedang asyik bermadu kasih di katil tanpa sedikitpun menyedari
kehadirannya. Lantas dia menikam Julia dan Haris bertubi-tubi dengan pisau yang
telah diambilnya di dapur sebelum ke bilik.
Di saat Huda selesai menamatkan riwayat hidup dua orang yang
telah menghancurkan hidupnya, dia didatangi pula dengan kehadiran seorang lagi
mangsanya. Sudah tentu wanita itu terdengar jeritan Julia dan Haris. Huda
memandang lagi ke lantai. Ada lagi tubuh yang terkulai layu di situ. Dengan
darah dan barang kemas di tubuh wanita itu. Tubuh Asmah. Huda tersenyum lagi.
Dia puas!
4 comments:
cinderella versi baru
Dark side ni..
Kisah bunuh kembali..
Nico robin
patut di toreh sekali .
Post a Comment