Friday, November 15, 2013

Cinta Palsu

“Apa yang kau pandang?”

“Mereka dan cinta palsu mereka.”

“Maksud kau?”

Dia hulurkan ibu jari ke arah sepasang kekasih yang berada tidak jauh dari meja kami.

“Tiap-tiap hati mereka hanya dipenuhi cinta palsu yang diciptakan oleh mereka. Si lelaki punya ramai perempuan dan begitu juga dengan perempuan. Kau tahu apa yang lebih teruk dari itu?”

Aku anggukkan kepala. Dia ukirkan senyuman.

“Rasanya aku patut diamkan sahaja. Kadang-kadang ada soalan yang patut dibiarkan tanpa jawapan, tahu? Jawapan akan muncul dengan sendirinya dan masa itulah kau akan tahu permainan manusia.”

Aku pandang dia dengan hairan. Tertanya-tanya maksud ayatnya ini.

“Walau apa jua sekalipun, hati-hati dengan permainan cinta. Kau tak tahu sama ada itu cinta dari DIA atau cinta dari syaitan.” Dia menambah lagi. Dan aku cuma anggukkan kepala tanda faham walau aku sememangnya tidak faham apa yang dikatakannya.


Dan beberapa hari selepas itu, aku lihat lelaki yang sama. Kali ini dengan perempuan berbeza. Lelaki itu berjalan dengan senyuman sambil memegang tangan perempuan bunting itu.

Benarlah kata dia. Cinta lelaki itu adalah palsu. Cinta perempuan itu? Entah, nanti aku ceritakan di lain hari. Boleh?


7 comments:

Anonymous said...

yang palsu itu ada di mana mana..

nico robin

i said...

sememangnya aku tidak paham . .

Wadi AR said...

okey, aku nak tengok cinta perempuan pula

the malay male said...

hurmmm....lelaki yg bersalah la ni? huhu

Syida Rasyidah said...

cinta perempuan tu?

aamalinaazman said...

Mungkin belum betol kenal apa itu cinta

:)

si ngokngek said...

perempuan bunting?maksudnya lelaki tu dah berkahwin?

cepatlah cerita cinta perempuan tu pulak