Saturday, June 29, 2013

Altitude


{Oleh Gerimis Senja}

"Zakiah...saya ni Remy..." sapa Remy yang begitu kasihan melihatkan kekasihnya yang masih kebingungan.


Asing dan sangat asing...dia begitu asing dalam dunianya sendiri...Setelah mendapat kemalangan yang hampir meragut nyawanya akibat pemandu lori yang membawa kenderaannya laju pada awal pagi. Zakiah pula dalam perjalanan dari kampung menuju ke kampusnya. Sesungguhnya malang tidak berbau...tidak pula dia minta akan menemui kemalangan di awal pagi di mana semua orang sedang leka di buai mimpi dan dia keseorangan memandu dari kampungnya dari utara tanah air. 

Setelah mendapat kemalangan tersebut Zakiah telah mengalami amnesia iaitu hilang ingatan sementara. Hampir  dua minggu dia hampir tidak dapat mengenali akan kehadiran sesiapa pun yang menziarahinya di hospital. Kaum keluarga dan sahabat handai hanya mampu berdoa agar Zakiah pulih seperti sedia kala.

Dia seolah-olah tidak sedar persekitarannya lagi, hanya merenung secara tidak menunjukkan perasaan di hadapan semua orang. Ibarat sebiji lampu menyala berada di hadapannya dan seseorang itu ada di situ, tetapi dia tidak dapat datang ke pintu sedarnya untuk menjawabnya.

Sebahagian memori yang terakam dahulu dan tak pernah ia menyuarakan adalah apa kini yang dia ucapkan...apa mungkin bila di perdengarkan amat sumbang namun itulah yang ada dalam rakaman memori nya yang masih belum terpadam.

Betapa sukarnya mahu menjadi manusia yang normal....jika seorang manusia normal sudah tidak menghargai akan nikmatnya menjadi normal...Aku mahu jadi normal semula...Aku akan menggunakan lima pancaindera ini untuk aku sampai ke tahap itu...

Zakiah melihat akan seseorang yang tertidur di bangku sebelah katilnya. Seorang lelaki yang sanggup menunggu nya dari petang semalam lagi. Dia terlihat akan tasbih di tangan anak muda itu.

"Ya Allah...aku mohon supaya kau kembalikanlah semula ingatan ku...sesungguhnya ini dugaan yang maha hebat dalam hidupku...aku redha ya Allah..."

Zakiah mengambil tasbih tersebut dan mula berzikir...mula mula dia berzikir dan seterusnya dia mula menghafal akan ayat ayat al quran...

"Alhamdulillah..."  ucapnya buat kali pertama dia sudah mampu mengingati ayat ayat al quran. 

Akhirnya aku mula ingat satu persatu...wajah yang mendamaikan rasa itu ...bau haruman pewangi yang dipakainya...debar degup dan detak jantungku akan bersamanya...

"Zakiah..kau dah sedar?" sapa Remy mengisat ngisat akan matanya. Zakiah pula mengamati pula suara Remy dan dia mula berkata kata.

"Ya Remy...alhamdulilah.." Zakiah senyum di sambut dengan Remy yang kehairananan.Syukur alhamdulillah.



Sunday, June 23, 2013

Senyuman Untuk Dia #4

Aku memandang Kamal dengan penuh tanda tanya. Tertanya-tanya apa tujuan dia mahu berjumpa. Johan pula entah kemana. Entah, aku sendiri tidak tahu, yang pasti tempat perbincangan aku dengan Kamal jauh dari Johan.

Miera…” Kamal memulakan perbualan. Aku pandang sahaja wajah dia, menanti ayat seterusnya keluar dari mulutnya. “… aku minta maaf.” Sekali lagi aku mendiamkan diri. Tidak memahami tujuan dia mengunkapkan kata maaf pada aku. Adakah dia sedar yang aku telah terluka dengan berita perhubungannya dengan Zafira?

Aku tak tahu dari mana aku nak mulakan semua ni…” Dia bersuara lagi. Dan aku? Hanya mampu mendiamkan diri. Entah mengapa, aku tiada minat untuk berbual dengan dia lagi. Berbual dengan dia seperti waktu-waktu dulu.

“Please say something… aku risau tengok keadaan kau macam ni.” Aku ukirkan senyuman sinis bila dia ukirkan ayat itu. Risau konon! Boleh pergi mampus la. Tak payah nak berlagak yang kau tu risaukan aku. Sebab kau aku jadi macam ni. Sebab kau tahu!

Just drop this conversation… aku dah tak nak dengar apa-apa penjelasan bodoh yang keluar dari mulut kau.” tiba-tiba sahaja mulut aku mengeluarkan ayat itu. Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk ucapkan ayat itu. Aku lihat Kamal tercengang dengan ayat aku. Mungkin belum pernah aku keluarkan ayat sekasar sebegitu.

Miera…” Kamal masih belum berputus asa. Aku berkira-kira mahu beredar dari situ tapi belum sempat aku melangkah jauh dari tempat itu, Kamal sudah menahan aku. Aku pandang tangannya di lengan aku. Mata kami bertaut. Jujur, perasaan aku pada Kamal ketika ini hanyalah perasaan menyampah. Mungkin juga turut benci. Entah, aku sendiri tidak tahu kenapa dengan aku ketika ini.

Before you leave, please listen to me,” Kamal merayu. Aku menelan air liur. Tidak tahu sama ada patut mendengar saja apa yang lelaki di hadapan aku ini mahu katakan atau terus beredar seolah-olah aku tidak mengenali lelaki bernama Kamal Qushairi ini.

Beberapa minit mendiamkan diri, aku akhirnya mengambil keputusan untuk mendengar apa yang Kamal mahu katakan. Aku lihat dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mula bersuara kembali.

Boleh aku tahu siapa Johan tu? Kenapa aku tak pernah tahu kau ada boyfriend?” soalan Kamal buatkan aku menelan air liur. Takkan mahu diberitahu yang aku sebenarnya tidak mengenali Johan. Hanya kenal berdasarkan namanya sahaja.

Aku tak rasa kau ada hak untuk tahu dia tu siapa. Itu hal aku.” Aku dengar Kamal menghembuskan nafas. Marah mungkin.

Kau tak kenal dia dengan mendalam bukan? Dan out of sudden kau setuju untuk jadi girlfriend dia? Are you out of your mind?

Itu bukan urusan kau! Kau sendiri yang tak bagitahu aku tentang kau dengan Fira,!” Aku tinggikan nada suara aku. Entah mengapa aku rasa bengang dengan ayat Kamal itu.

Miera…” Suara Kamal kedengaran tenang.

Kenapa Fira? Kenapa dia? Aku yang kenal kau dulu dari dia. Why must you choose her? Why? Kau minta aku selalu senyum tapi kau juga yang buat aku sedih.” Aku luahkan apa yang terbuku di hati. Kamal memandang aku dengan riak terkejut.

Kau… suka aku?” Itu yang terkeluar dari mulut Kamal setelah kami mendiamkan diri untuk beberapa ketika. Aku hanya mendiamkan diri sahaja.Tidak tahu bagaimana mahu jawab soalan itu. Patutkah diiyakan sahaja atau dinafikan sahaja?

Tapi Fira cakap kau dah ada seseorang di hati kau. Sebab tu aku diamkan saja. Sebab aku tahu kau tak akan pernah terima aku lebih dari seorang kawan.

Aku pandang Kamal. Cuba menghadam ayat yang keluar dari mulut Kamal itu. Ah… aku pernah ceritakan seseorang yang aku suka pada Fira tanpa Fira sedar lelaki yang dimaksudkan itu adalah Kamal.

Jadi sebab tu kau pilih Fira?” Aku lontarkan soalan pada Kamal tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut. Aku tiada mood untuk berbicara tentang hal itu. Bukan salah Fira juga.

Aku…” Kamal cuba menyusun ayatnya. “Bila Fira bagitahu yang kau dah ada seseorang yang kau suka, aku kecewa. Sebab tu aku jauhkan diri dari kau untuk sementara waktu. Dan dalam masa tu, Fira selalu ada untuk aku, dan hati aku minta untuk kenal Fira dengan lebih mendalam. Jadi, aku…

Pilih Fira…” aku mencelah. Aku lihat Kamal menundukkan wajahnya.

Jadi, kau pernah suka aku?” Kamal mengeluarkan lagi soalan itu. Aku diamkan diri untuk seketika. Akhirnya aku gelengkan kepala. Wajah Kamal kembali muram. Aku tidak mahu Kamal berasa berbelah bagi bila dia tahu hal sebenar. Mungkin aku kesiankan Zafira nanti.

Johan?” Soal Kamal lagi. Aku senyum. Tertanya-tanya aku mana Johan sekarang ni.

Johan beritahu kau hal sebenar masa pertama kali korang kenal. Jadi aku rasa tak ada apa-apa lagi yang perlu kau tanya.” Kamal menghembuskan nafas. Aku tahu dia kecewa. Maaf, aku terpaksa berbohong.


Aku lihat Kamal menganggukkan kepala. Aku kemudian meminta untuk beredar. Yang sebenarnya sebab air mata aku mahu terkeluar. Dan Kamal hanya memandang sahaja aku beredar. Bila aku sedar aku telah jauh dari Kamal, ketika itulah, air mata tiba-tiba sahaja merembes keluar. Aku duduk di satu tempat yang jauh dari orang ramai dan menangis semahunya. Dan ketikalah, ada seorang menghulurkan tisu pada aku. Aku kesat air mata aku sebelum memandang gerangan itu. Johan! Dia sedang menghulurkan tisu sambil mengukirkan senyuman. 


~TO BE CONTINUED~


Saturday, June 15, 2013

Senyuman Untuk Dia #3


{Oleh Duri Matahari}

Hari-hari selepas itu, aku sedar aku mengelak dari Kamal. Setiap kali lelaki itu menghampiri, aku akan buat-buat sibuk mahupun buat-buat tidak sedar kewujudan dia. Aku tahu, Kamal mungkin berkecil hati dengan perlakuan aku terhadapnya, tapi itu tidak boleh dibandingkan rasa kecewa aku terhadapnya. Rasa kecewa setiap kali melihat Kamal dan Zafira. Rasa kecewa setiap kali mendengar Zafira bercerita tentang Kamal. Kecewa tahu!

Assalamualaikum,” aku dengar suara lelaki memberi salam. Aku jawab salam itu sebelum mendongak memandang gerangan yang memberi salam itu. Johan!

Are you okay?” Johan bersuara. Aku sebenarnya mahu menganggukkan kepala tapi ah… aku tak mampu menipu lelaki di hadapan aku ini sebab air mata aku sudah hampir mahu jatuh. Menangis sebab melihat Kamal dengan Zafira petang tadi. Malu juga menangis di hadapan lelaki yang aku tidak kenali ini.

Would you mind sharing it with stranger like me?” Johan bersuara lagi. Seolah-olah tahu aku sedang berdepan dengan masalah. Aku pandang Johan di sebelah aku selepas aku mengesat air mata aku. Aku pandang lelaki itu lama dan Johan hanya mengukirkan senyuman sahaja. Ah… senyuman Johan buatkan aku teringatkan senyuman Kamal.

Mahu sahaja aku gelengkan kepala aku tapi entah bagaimana laju sahaja mulut aku berbicara. Berbicara dengan lelaki asing dalam hidup aku. Lelaki yang aku hanya tahu namanya sahaja. Lelaki yang tiba-tiba sahaja buat aku rasa selesa pada pertama kali bersua. Aneh bukan?

Awak ada perasaan pada dia.”Itu yang Johan katakan pada aku setelah aku selesai menceritakan segala perihal masalah aku. Masalah berkaitan dengan Kamal. Aku pandang Johan seketika sebelum aku menggelengkan kepala aku. Punya perasaan pada Kamal? Ah.. tak mungkin!
Awak boleh nafikan but then your heart can’t. Fikir saja kenapa awak kecewa bila tahu dia dengan roommate awak.” Aku mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus dibalas. Adakah? Aku tak sedar itu.

Tapi…” Aku bersuara, tapi belum sempat aku menyudahkan ayat aku, Johan memotong.

Pernah dengar satu pepatah ni, lelaki dan perempuan tidak boleh hanya setakat berkawan sahaja. Salah seorang tentunya akan tewas dengan permainan perasaan. Dan dalam hal ini, awak yang tewas. Awak sudah tewas dengan hati awak. Walau berjuta kali awak menafikan perasaan itu, hanya Tuhan saja yang tahu hal sebenar. Apa yang hati awak alami.

Aku menelan air liur. Ayat yang aku dengar sebentar tadi benar-benar membuatkan aku rasa kagum. Mungkin. Entah. Aku pun tidak tahu. Aku pandang Johan di sebelah aku. Sekali lagi lelaki itu mengukirkan senyuman. Jujur, senyuman Johan buatkan aku teringat pada Kamal.

Miera…” tiba-tiba sahaja aku dengar suara Kamal. Yaa… itu sememangnya Kamal. Kali ini Kamal berseorangan. Tiada Zafira di sisinya seperti selalu. Aku lihat Johan dan Kamal saling berpandangan dan Johan seperti biasa masih dengan senyumannya.


Boleh aku jumpa kau sekejap?” Kamal bersuara lagi. Aku sedar Johan sedang memandang aku. Johan menganggukkan kepalanya. Dan aku akhirnya mengikuti Kamal ke tempat yang jauh dari Johan. Lelaki itu hanya memerhatikan aku dari jauh. Tertanya-tanya juga aku, apakah tujuan Kamal ini? 

-TO BE CONTINUED-


Friday, June 14, 2013

Senyuman Untuk Dia #2

{Oleh Duri Matahari}

Hai…” Aku ingatkan Kamal tapi bukan. Aku ingat lagi lelaki di hadapan aku. Pertama kali aku nampak lelaki itu adalah ketika aku berbual dengan Kamal. Aku ukirkan senyuman sahaja. Tiada keinginan untuk membalas sapaannya itu.

Miera…” aku dengar suara Kamal. Aku toleh. Memang benar dia, tapi kali ini dia dengan seorang perempuan, Zafira, teman sebilik aku. Aku lihat mereka berdua sedang berpegangan tangan.  Hati aku kecewa. Terlampau kecewa. Masakan aku tak tahu kawan baik aku sedang bercinta dengan teman sebilik aku sendiri? Sampai hati.

Ni siapa?” Zafira menyoal.

Aku hanya mendiamkan diri. Mata aku masih lagi terpaku pada pegangan tangan Kamal dan Zafira. Seolah-olah Kamal menyedari aku sedang memerhatikan tangan mereka, terus dia melepaskan pegangan itu. Kali ini aku memandang Kamal. Memandangnya sepi tanpa mengeluarkan suara.

Saya Johan,” lelaki itu bersuara sambil menghulurkan tangannya pada Kamal. Aku sedar Kamal sedang memandang aku, meminta penjelasan tentang Johan mungkin. Aku hanya mampu mengalihkan pandangan ke arah lain. Jujur, aku kecewa dengan situasi yang berlaku di hadapan aku saat ini. Sampai hati Kamal.

Kamal…” aku dengar suara Kamal. Lelaki yang bernama Johan itu mengambil tempat di sebelah aku. Aku sedar Kamal memandang aku lagi tapi aku tidak hiraukan itu. Argh… sakitnya hati ini.

Boyfriend Miera eh?” Aku dengar Zafira bersuara. Aku sedar Johan sedang memandang aku dengan senyuman. Aku menelan air liur apabila dia menganggukkan kepala. Aih.. mamat ni. Sesuka hati je nak mengaku boyfriend aku.. Aku juga sedar air muka Kamal berubah.

Wahh… I didn’t know this. Kau tak beritahu aku pun, Miera. Tahniah la!” Ayat yang keluar dari mulut Kamal benar-benar buat aku terluka. Mahu saja aku nafikan dan gelengkan kepala tapi ah… suara aku tidak mahu keluar. Aku hanya diamkan diri sambil mengukirkan senyuman tawar.

Kitaorang blah dulu la. Tak nak kacau kau,” aku dengar lagi suara Kamal. Aku pandang dia. Mahu saja aku pinta dia jangan tinggalkan aku, tapi tiada suara yang terkeluar dari mulut aku. Kamal hanya mengukirkan senyuman kepada aku sebelum beredar bersama-sama Zafira. Jujur, itu melukakan aku. Terlampau.

Beberapa minit kemudian, setelah kelibat Kamal hilang dari pandangan, aku menoleh ke arah Johan di sebelah aku. Lelaki itu masih lagi di situ.


Awak tentu punya banyak soalan yang mahu ditanya bukan? Dan saya willing to answer all your questions. But then, saya biarkan awak pulih dahulu, baru kita akan jumpa lagi. Jaga diri. Assalamualaikum…” Johan bangun sebelum mengukirkan senyuman. Aku balas senyumannya dengan tidak ikhlas. Tidak memahami apa yang dikatakan lelaki itu sebentar tadi. Siapa dia, aku sendiri tidak tahu. Tapi jujur, kehadiran lelaki bernama Johan itu telah memberikan satu rasa aneh di hati aku. Ah… adakah? Atau itu adalah rasa kecewa melihat Kamal dan Zafira sebentar tadi?

-TO BE CONTINUED-


Thursday, June 13, 2013

Senyuman Untuk Dia #1

{Oleh Duri Matahari}

Hari ini dia tanya lagi. “Kau dah senyum hari ni?

Dan aku tanya kenapa. Dia Cuma senyum sahaja. Aku balas sahaja senyumannya. Dan bila aku terlihatkan seorang lelaki tidak jauh, aku pandang lelaki itu. Punya rupa jugak. Aku kemudian kembali menoleh ke arah sebelah aku. Ah… dia sudah menghilang. Mungkin dia sedar aku terlampau lama memandang lelaki punya rupa itu sehingga mengabaikan dia.

Mieraaaaaaa….” Aku dengar jeritan. Aku pandang ke hadapan, dia sedang melambaik-lambaikan tangannya ke arah aku. Aku bangun dan menuju ke arahnya.

Nanti jangan lupa senyum tau.” Dia berkata lagi sebelum beredar. Aku hanya mengukirkan senyuman sahaja. Aku senyum lagi sebab dia.

####

Mal!” Aku sergah dia dari belakang. Kamal hanya mengukirkan senyuman. Aku suka lihat dia senyum. Menenangkan jiwa aku sahaja.

Kau dah senyum?” Sekali lagi dia tanya. Aku hanya mengukirkan senyuman sahaja.

Kenapa kau asyik tanya aku sama ada aku dah senyum ke belum hari ini? Penting sangat ke nak tahu aku senyum ke tidak?” Aku menyoal Kamal. Sekali lagi Kamal mengukirkan senyuman. Aku balas kembali senyuman itu tapi dengan tanda tanya di fikiran. Jujur aku tak faham soalan yang akan dia tanya pada aku setiap kali kami berjumpa. Penting sangatkah senyuman aku itu?

Satu hari nanti, kau akan tahu. It’s not that important to know now. Bila tiba masanya, aku akan jawab soalan kau itu.

Aku menanti jawapan dari Kamal. Namun aku rasa semua itu sia-sia sahaja. Penantian aku pada jawapan itu langsung tidak berbaloi. Lebih-lebih lagi bila Kamal tidak lagi menghabiskan masa luangnya dengan aku. Aku dengar dia sudah punya teman wanita. Tapi aku langsung tidak tahu siapa.

Kau dah tahu Kamal dah ada girlfriend?

 Aku geleng bila soalan itu diajukan pada aku.

Kau tahu siapa girlfriend Kamal?

Aku geleng lagi.

Macam mana kau tak tahu, sedangkan kau kawan baik dia. Sah-sah dia akan bagitahu kau kan?” Aku hanya mengankat bahu. Manalah aku tahu. Kamal langsung tidak beritahu aku tentang kekasihnya itu. Mungkin aku kecewa. Mungkin.


~To be continued~


Monday, June 10, 2013

Penantian

{Oleh Duri Matahari}

“Pergilah mati kalau kau bakal mati!” Ayat dia yang itu bikin hati aku terluka. Terlalu. Tidak tahukah dia aku berkata benar pada kali pertama aku katakan itu pada dia. Bukan mahu minta simpati dari dia, tapi aku tak mahu memberi harapan pada dia. Aku tahu dia akan terus menanti walau dia sendiri tahu penantian dia itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Aku faham dia walau pertama kali berkenalan. Aneh bukan?

Saat aku menghilangkan diri beberapa tahun yang lalu, aku ingat aku akan betul-betul meninggalkan dunia ni tapi keajaiban berlaku. Tuhan masih berikan aku peluang untuk hidup. Penyakit aku sembuh dan aku gunakan peluang itu untuk cari dia lagi.

Bila aku kembali ke situ, ke tempat aku dan dia berkenalan, dia masih di situ. Dia manusia pertama yang aku cari.  Aku sapa dia, dan sapaan aku berbalas tapi aku sedar sesuatu, dia bukan seperti dulu. . Dia dah berubah. Adakah berubah sebab aku? Tiada lagi dia yang akan bergelak ketawa dan senyum ketika aku menyapanya. Aku sedar, dia bersikap dingin dengan aku.

Bila aku tanya dia, “Mahu dengar satu cerita tak?” Dia geleng kepala. Dia kata dia tiada selera untuk dengar cerita dari aku dan aku kata aku akan tunggu dia berminat untuk dengar cerita aku. Tapi ayat dia selepas itu, benar-benar buat aku terluka. Adakah ini balasan?

Tidak sedarkah dia, kenapa aku sapa dia setiap hari? Tidak sedarkah dia kenapa aku masih cari dia bila dia hilangkan diri hari itu? Sebenarnya ia lebih dari apa yang aku katakan pada dia hari itu. Tapi aku diamkan sahaja. Tidak mahu memberi dia harapan. Tidak mahu dia menanti sesuatu yang tidak pasti. Apa yang aku tahu ketika itu, ajal aku satu kepastian.

Tahukah dia, aku hilang arah bila dia menghilang hari itu. Tempat itu tiada makna bila dia tiada. Aku tahu dia terluka. Aku tahu. Sama ada terluka sebab aku ataupun sebab mereka. Dan aku mahu minta maaf untuk kali terakhir tapi dia menghilangkan diri tiba-tiba. Jujur, aku hilang arah ketika itu. Aku mahu lihat dia senyum sekali lagi. Tapi, maaf aku dipandang sepi pada kali terakhir aku bertemu dia beberapa tahun yang lalu itu.

Dan sekarang, setiap hari aku melawat tempat itu, mengharapkan dia turut berada di situ. Bila dia ada, aku sapa dia tapi tentunya sapaan aku tidak berbalas. Dia benar-benar berubah. Tidak mahukah dia beri aku peluang sekali lagi? Tak apa. Aku tunggu dia terbuka hati untuk dengar cerita aku. Cerita tentang dia dalam hidup aku.

Walau siapa pun dia ketika ini, aku terima dengan seadanya walau aku mengharap dia yang dulu. Dia yang aku kenal beberapa tahun lepas. Aku sabar menanti sepertimana dia sabar menanti aku suatu ketika dulu.