Showing posts with label Vampire from Dusseldorf. Show all posts
Showing posts with label Vampire from Dusseldorf. Show all posts

Tuesday, December 04, 2012

Dua kisah...

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Kisah 1
Korang tahu tak, kat KL ni ada pontianak. Aku tak nak bitau kat mana kelompok pontianak ni menetap, tapi memang ada. Hari tu aku naik LRT, tak de tempat duduk. Jadi aku kena berdiri. Di depan aku ada seorang perempuan sedikit tambun badannya. Dia membelakangi aku, aku perasan ada lubang pada bahagian belakang lehernya dan lubang berkenaan sedikit basah oleh renjisan darah. Bagaimanapun, jika tidak diperhatikan betul-betul, memang tidak perasan itu adalah lubang seakan lubang paku pada leher perempuan itu. Mata aku terbuntang kerana tidak percaya. Sumpah..demi Allah aku lihat lubang itu pada bahagian lehernya...sama ada aku yang rabun atau sememangnya itu adalah lubang seperti liang luka yang maha besar, aku tak pasti. Sampai kini aku musykil dan masih terbayang-bayang di ruang mata aku mengenai lubang itu.

Kisah 2
Beberapa tahun sebelum itu, Kak Mona ada beritahu aku satu kisah yang sangat aneh tapi masuk akal. Ceritanya begini, ada seorang lelaki yang baru berkahwin dengan isterinya yang sangat cantik. Lelaki ini adalah seorang yang alim dan warak. Dia juga tidak pernah mengabai apatah lagi meninggalkan solatnya. Kedua ibu bapanya juga adalah orang baik-baik dan warak.

Namun sejak berkahwin, dia makan banyak dan malas bersolat. Wajahnya juga pucat dan tak bermaya, namun dia mampu meneruskan rutin harian dengan keluar bekerja. Asal balik kerja saja dia mesti masuk bilik berdua-duaan dengan isteri barunya. Jadi kelakuannya menjadi perhatian kedua-dua ibu bapanya. Lebih menghairankan, setiap hari dia kelihatan letih dan tak bermaya. Jadi hati ibu bapanya rusuh dan susah hati kerana anak kesayangan mereka berubah laku sekelip mata selepas berkahwin dengan seorang wanita cantik.

Korang agak-agak apa berlaku sebenarnya?

Saturday, December 01, 2012

Eddie..

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Tengah hari tadi cuaca sejuk tapi matahari memancar terang. Aku tahu kerana dari celah-celah layaran langsir berwarna hitam pekat itu..ada suluhan terang dari luar dan aku cuba menghampirinya kerana terlalu ingin melihat Eddie melalui kawasan hadapan rumah aku. Eddie sentiasa setia untuk lalu dan senyum memandang ke arah jendela kaca aku walaupun sentiasa bertutup. Aku agak, Eddie tahu aku memerhati dia..

Dari kecil hinggalah kami sudah meningkat dewasa, aku sentiasa ingin tahu bagaimana Eddie boleh leka bermain di luar kediaman bersama Bobby dan Marissa. Aku mesti bertemu Eddie pada malam Halloween nanti..tapi kalau ada peluang bertemu Eddie lebih awal..lagi bagus. Ohh Eddie..aku nak jumpa kau...

Tepat jam 12.30 malam.. aku sudah seru nama Eddie dan dia muncul dengan jubah hitam pekatnya di depan pintu rumah aku. Aku mengajak dia masuk ke dalam rumah dan bawanya ke taman permainan..
"Eddie.."
"Vee..aku ada bawa sesuatu untuk kau.."
"Aku nak kau Eddie..kau lelaki baik.."
"Aku juga mahu pada kau, tapi tidak boleh..."
"Kenapa..?"
"Kau akan tahu..mari ke sini sayang..."

Eddie menarik aku rapat ke sisinya..ingin saja aku melentuk ke bahunya. Eddie seperti tahu dan membiarkan rambut panjangnya menguak-nguak di pangkal lehernya..aku ingin saja mendaratkan dua taring aku yang sudah gersang dengan kemanisan darah segar dari pembuluh darah Eddie...tapi ada perasaan aneh...

"Kau patut belajar bagaimana untuk bermain dan bertahan di bawah terik panas matahari.."
"Hmm...ajarkan aku.."
"Kita puntianak era hitech sayang..."
"Aku ingin saja benarkan taringmu mendarat di leher aku ini...memang leher ini untuk kau miliki..tapi tidak boleh.."

Eddie lantas mengeluarkan sebotol cecair merah berbau hamis dari kocek jubahnya. Bulan bersinar di dada langit berwarna perak berkilau. Bau darah meruwap di udara..setitik tumpah di bibir Eddie dan beberapa lagi bersememh di bibir aku. Eddie menyapu perlahan dengan jarinya yang pucat..

Eddie..selama-lamanya aku sayang kau..kerana kita adalah warisan terakhir manusia pontianak di bumi ini. Tiba-tiba nafsuku membuak dan aku tidak tertahan akan godaan leher Eddie...dua taring aku benamkan di situ...gulp..gulp..gulp...arghhh hilang dahaga...

Masa untuk hibernasi seketika. Aku nak tidur setahun dua...sekarang kau tahu siapa aku dan Eddie kan?

Friday, November 30, 2012

Let Me Introduce Who I Am...

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Aku suka mawar hitam ini kerana emak yang menanamnya untuk aku selitkan pada rambut..

"Owhh baby..sorry you can't go to a playground.."
"Why mommie...??"
"You can't.."
"I wanna play with Bobby..Mellisa and Eddy.."
"Nope you cannot.."
"I wanna play..please mommy.."
"I promise honey...you will play like other gal..but not at the playground..."

Dan selepas itu aku ada taman sendiri. Aku boleh bermain tanpa henti..sesuka hati dan apa saja kerana mak sudah sediakan taman permainan yang sangat luas untuk aku. Cuma aku tidak ada kawan. Dari jendela kaca, aku sentiasa lihat Eddy berlari riang dengan Bobby, sambil mengejar Mellisa. Ohh seronoknya kalau aku dapat bermain dengan mereka juga. Begitupun, aku tetap tidak boleh bermain dengan mereka. Walau apa sekalipun rayuan aku pada mak, hasrat dan kemahuan aku sering disanggah emak.

Aku nak bermain dengan mereka di bawah panas matahari..tapi mak kata tak boleh. Kalau aku bermain juga di bawah panas matahari, aku akan sakit. Kalau aku bermain juga, aku akan musnah. Kata emak itu aku ingat sampai bila-bila. Aku tidak boleh musnah, kerana aku ingin sangat bermain dengan Eddy yang juga sentiasa melihat ke arah jendela kaca rumah ini. Aku tahu Eddy juga tunggu aku untuk kami bermain bersama-sama.

Eddy..kalau ada peluang, aku nak ajak kau bermain dengan aku di taman rahsia yang disediakan emak ini. Di taman ini semua pokoknya adalah berdaun hijau..manakala bunganya pula adalah hitam pekat dan hawanya sangat sejuk...

To be continue...