Thursday, January 24, 2013

Terpenjara

{oleh Gerimis Senja}


Menakutkan. Siapa yang tak takut bila terkurung dalam penjara. Silap silap boleh jadi gila. Namun seorang yang berfahaman haluan kiri macam aku terpaksa menghadapi semua ini. Aku hanya pencetus kebebasan. Aku melahirkan suara majoriti. Apakah aku bersalah kerana menulis semua ini? Tidak. Aku ada prinsip sendiri. Sebab itulah aku terkurung dan terhina ke dalam ini.

Aku wira? Oh tidak aku tidak mahu di lihat wira. Aku hanya buat apa yang aku fikir perlu. Aku mahu menyedarkan manusia. Aku mahu melihat manusia bangkit. Aku mahu manusia tak jadi hipokrit.

Apa ? Sistem. Ya sistem memang dah lama mati. Jiwa manusia pun sudah lama mati. Aku telah mengurangkan tekanan diri aku setelah aku puas menemui apa yang aku mahu selama ini. Aku tak mahu membezakan manusia atas dasar warna. Sedangkan apa yang aku perjuangkan ialah kesamaan hak manusia. Aku hitam dan mereka putih.

Rasa bersalah? Oh tidak lagi rasanya. Apa dosaku? Aku hanya berdiri atas prinsip hidupku? Membabi buta? Tidak...Semua orang sudah sedia tahu apa yang berlaku.

Kesal? Tidak..Malah satu perasaan yang amat melegakan..Semoga semua apa yang aku buat ini akan memberi manafaat pada sesetengah manusia yang mindanya terpenjara.

Sunday, January 20, 2013

Kembali

{Oleh Nico Robin}

Dia menatap gadis itu. Gadis yang telah melarikan diri pada hari perkahwinan mereka. Gadis yang telah memalukan keluarganya.. gadis yang telah menghancur luluhkan perasaannya. Membatalkan segalanya pada hari perkahwinan adalah tindakan paling kejam. Tak boleh dimaafkan!!
Tapi sebesar mana pun bencinya pada gadis itu, masih dia merasakan rasa yang sama setiap kali membayangkan senyuman si gadis itu- rindu! Dia selalu cuba untuk berhenti tapi gagal. Sepertinya ‘rasa’ itu sudah tertanam dalam dirinya hingga ke akar umbi. Mustahil untuk lenyap!
Sebesar mana pun kesalahan gadis itu, masih… darah yang mengalir dalam tubuhnya telah bersebati dengan darah gadis itu dan menjadi darah dagingnya. Sebahagian dari denyutan nadinya. Kerana Gadis itu pernah menyelamatkan nyawanya. Mendermakan darah ketika dia kehilangan banyak darah akibat kemalangan.
“ Kenapa kau kembali ke sini?” Tanyanya dengan nada dingin.
“ Di sini adalah tempatku.. aku boleh kembali ke sini bila pun aku mahu” Sahut gadis itu.
“ Untuk menoreh luka lama..? kau tahu yang kedatanganmu di sini hanya akan membangkitkan kebencian.. kemarahan..”
“ Itu sudah lama berlalu..” pintas gadis itu.
“ Tapi lukanya masih terasa baru..” balasnya keras. Sungguh! Gadis itu tidak seharusnya kembali ke situ.
“ Sebenarnya aku kembali hanya untuk bertemu kamu..”
“ Untuk apa?”
“ Memohon maaf kerana melukakan hatimu.. atas semuanya..  
“ Sudah terlewat untuk itu”
“ Aku pernah sayangkan kamu.. dan masih selalu sayangkan mu.. walaupun aku tinggalkan kamu.. tapi kau selalu ada di hatiku..  aku tahu kau selalu rindukan aku. Aku boleh rasainya.. mungkin kerana darahku ada mengalir di tubuhmu.. mungkin saja. Naluriku berkata yang kau selalu rindukan aku..”
“ Mengarut!” Dan dia segera angkat kaki. Meninggalkan gadis itu di situ.
Esoknya dia kembali lagi ke situ. Ingin mengintai jika gadis itu benar-benar ingin menetap semula di sana. Kedai barangan antik milik keluarga si gadis itu kelihatan sunyi. Tak ada pelangan. Hanya kelihatan pembantu mereka. Entah kenapa dia merasa hampa kerana tidak melihatnya.
“ Hei.. kamu.. kamu Ifan? Kan?” panggil pembantu kedai itu ketika dia ingin pergi. Langkahnya terhenti.
“ Ah.. ya? Kenapa?”  hairan.
“ Ada sesuatu dari Cik Zulai titipkan untuk kamu..” pembantu kedai itu mengambil sesuatu dari belakang.
“ Nah..”
Sebuah kotak kecil. Dia membuka kotak itu berlahan-lahan dan mendapati sebentuk cincin di dalamnya. Dia tergaman. Itu cincin perkahwinan mereka. Ternyata Zulai masih menyimpannya setelah sekian lama.
“ Saya tak mahu benda ini.. sila kembalikan saja padanya” sakit hatinya bila memandang cincin itu. Itu adalah lambang penderhakaan Zulai padanya.
“ Itu tidak mungkin…” Kata pembantu kedai itu kemudian.
“ Kalau begitu buangkan saja ia..” sahutnya lantas pergi.
“ Cik Zulai sudah meninggal dunia seminggu yang lalu.. tidak mungkin saya boleh mengembalikannya..” seru pembantu kedai itu dari belakang. Dia tersentak. Seraya merasakan hembusan angin dingin menerpa tiba-tiba.
“ Mustahil.. saya baru bercakap dengannya kelmarin petang.. di sini..”
“ Benar.. dia sudah meninggal dunia.. Seminggu lepas. Saya boleh tunjukan pusaranya pada kamu jika mahu..” Kata Pembantu kedai itu cuba menyakinkan.
“Tak mungkin..” Bisiknya lagi. Hatinya terasa di tikam ngilu. Rindu yang telah menikam hatinya ketika itu. Sia-sia. Pembantu kedai itu hanya mengangguk, cuba menyakinkannya. Dengan langkah longlai dia berjalan pulang. Bingung. Sangkanya gadis itu kembali untuk memberikan sesuatu yang dulunya miliknya.
 Langkahnya terhenti bila dia melihat Zulai ada di depannya. Tersenyum menawan seperti kebiasaannya..
“ Kau?! Bukankah kau sudah mati..” Dia keliru tentang gadis di depannya. Hidup atau mati?
“ Kau yang bawa aku kembali.. kerana kau tak pernah ‘lepaskan’ aku..  kau ‘bawa’ aku kembali.. kau tak pernah berhenti merinduiku.. jadi sekarang aku kembali padamu.. ”  kata gadis itu.
“ Aku lepaskan kau sekarang.. kau pergilah dengan aman..” ujarnya lemah.
“ Aku akan pergi.. tapi aku kena bawa kau sekali!” gadis itu menerkam ke arahnya sebaik saja menghabiskan kata-katanya. Lalu semuanya jadi gelap dan dingin.

******

“ Saya mahu jumpa encik Ifan”
“ Kamu siapa?”
“ er.. saya.. Juhen. Saya ada sedikit urusan bisnes dengan beliau”
“ Oh.. maaflah. Dia sedang sakit sekarang..”
“ Sakit?”
“ Ya.. penyakit yang sungguh pelik.. sudah tiga hari dia sakit”
“Boleh saya melihat beliau?”
Diam dan berfikir sejenak. Lantas mengganguk. Juhen masuk, sekujur tubuh terbaring di atas katil. Sebaik saja dia menatap ifan, wajah Juhen berubah pucat. Peluh menitik di dahinya.
“ Keadaannya tidak berubah sejak 3 hari lepas, dia di umpai di atas kubur seorang gadis yang baru mati dibunuh.. seram!” terang lelaki tadi.  Ifan kelihatan terbaring dengan wajah sengsara seperti tubuhnya sedang dihempap batu yang sangat besar.
“Oh.. peliknya” kata Juhen sambil mengelap peluhnya.
“ Penyakitnya memang misteri, kawan saya cakap dia ni disampuk hantu.. entahlah” jelas lelaki itu lagi.
“Ah.. ya. Saya terlupa.. saya sebenarnya ada satu temujanji. Saya minta diri dulu..” Juhen ingin beredar.
“ Oh? Jadi tentang urusan bisnes itu.. ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“ Lupakan saja.. saya akan datang bila dia sudah sembuh nanti..” Dan Juhen bergegas keluar. Dia mengigil. Dengan jelas dia melihat tubuh Ifan dipijak-pijak oleh seorang gadis. Dia sedar lelaki tadi tidak melihat kewujudan gadis itu.  Gadis itu tadi menyeringai kepadanya. Menakutkan.
“Dah dapat duit tu?” Tanya rakannya, Kharis.
“ Gila.. budak pempuan tu ada di dalam!”
“ Apa? Apa maksud kau budak pempuan tu ada di dalam?!”
“ Aku kata budak pempuan yang kita bunuh tu ada di dalam. Tengah siksa si Ifan tu… aku nampak dia duduk atas badan Ifan dan cekik-cekik lehernya.. aku rasa kita ada masalah. Hantu celaka tu sengih kat aku tadi dan kata.. giliran aku tak lama lagi..”

Friday, January 11, 2013

Penumpang

{Oleh Nico Robin}


Pejabat sunyi sepi, yang kedengaran cuma bunyi keyboard komputerku yang ditari oleh jejariku. Namun akibat keletihan aksara-aksara yang ku taip semakin banyak kesilapan hingga bikin aku ulang buat pembetulan- menjadikan aku geram sendiri. Akhirnya aku akur. Aku perlu pulang. Berehat. Memaksa diri hanya memaksimumkan kesilapan dan akhirnya aku membuang masa membuat pembetulan yang lebih menyakitkan hati. Re-do!
Memandu dalam keadaan letih menjadikan aku merasa mengantuk. Hampir saja aku terlelap tetapi kelibat seekor kucing telah mengejutkan aku.
“sreeeeetttttt!” bunyi break kenderaanku melaung. Kantuk ku tadi lenyap serta merta. Aku gugup.
“ Ah.. aku dah langgar kucing tu?” Tanyaku pada diri sendiri. Tapi aku tak rasa tayar kenderaanku menghentam apa-apa. Tentunya kucing itu tidak tergilis oleh tayar kenderaanku. Pasti tidak. Aku yakinkan diri sendiri.
Aku keluar dari kenderaan. Jalan sunyi. Tidak sebuahpun kenderaan lain berada di atas jalanraya. Aku jengguk ke bawah kenderaan. Memastikan. Lega dan kemudian masuk semula lalu memandu.  Aku pandang jam kereta. Sudah jam 11 malam. Berfikir-fikir apa yang patut aku masak bila sampai di rumah nanti. Adakah magi dengan telur atau spagheti instant?
Ketika membayangkan menu tengah malamku, sebuah motorsikal dari arah bertentangan yang pada mulanya bergerak laju tiba-tiba perlahan ketika berselisih denganku. Aku turut memperlahankan kenderaan dan memerhati tingkah laku pelik si penungang motorsikal itu dari cermin sisi. Dia tertoleh-toleh ke arah kenderaanku berkali-kali. Tanpa di sangka-sangka motorsikal itu terbabas ke tepi jalan. Aku tergaman dan sekali lagi menekan break mati! Itulah tak tengok depan, kan dah terbabas. Omelku dalam hati. Aku bergegas keluar cuba memberi bantuan.
“ Kamu berdua tak apa-apa?” Tanyaku kepada penungang dan pembonceng yang berusaha membangunkan motorsikal yang terbongkang tidak jauh dari parit kecil.
“Tak.. tak apa-apa..” Kata pembonceng itu- seorang perempuan berumur sekitar 30 tahun.
“ Ada luka tak? Nak saya hantar ke klinik?” Tawarku lagi.
“ Eh..eh.. tak payah!” Kata penunggang motor itu pula. Lelaki yang kelihatan lebih tua beberapa tahun dari perempuan yang diboncengnya. Mereka tergopoh gapah menyorong motorsikal mereka ke jalan raya semula dan tanpa sepatah kata membiarkan aku terkebil-kebil di tepi jalan. Hanya asap motor saja yang di titipkan untukku. Cis! Mereka pergi tergesa-gesa dan kali ini langsung tidak menoleh. Sepanjang Jalan aku berfikir-fikir tentang tingkah pelik pasangan motorsikal itu tadi. Kemudiannya aku melupakan mereka dan menyambung bayanganku tentang menu tengah malamku yang tadinya tergangu.
*****
“Kau perasan tak?” tanya  Noel pada isterinya.
“ Perasan apa?” tanya isterinya semula.
“ Kau perasan tak tadi.. dalam kereta budak lelaki tu..”
“ Oh.. aku nampak ramai dalam kereta dia.. tapi budak tu sorang saja yang keluar tengok kita tadi..  baik budak tu, offer lagi nak hantar ke klinik.. kau pula apa hal cuai sangat sampai kita terbabas.. tenung gadis cantik dalam kereta dia tu ye?” marah isterinya. Neol ketawa sinis.
“ Gadis cantik? kau tak perasan rupanya. Aku pun mula-mula ingat penumpang di kereta budak tu gadis-gadis cantik.. tapi hairan semuanya baju putih.. Bila aku tengok baik-baik.. eee… seram aku nak ingat.. tak sanggup aku dihantar budak tu ke klinik dengan penumpang-penumpang dia tu.. macam mana sakit pun cedera aku.. biarlah aku jalan kaki balik kalau motor kita tak idup tadi..  tu yang aku cepat-cepat pergi tu.. aku nampak.. benda-benda yang ikut dalam kereta dia tu macam nak turun dari kereta join tengok kita.. gila! Ntah budak tu sedar ke tidak ada hantu ikut dalam kereta dia..” Isterinya terlompong mendengar kata-kata Noel.
“ Apa.. hantu?”
“ Kalau dah berselubung putih dua tiga ekor macam geng hantu pocong dalam kereta dia tu.. mananya tak terbabas sebab terkejut.. “ sahut Noel menjelaskan punca dia hilang kawalan.
“ Jadi budak tu tak sedarlah ada hantu tumpang dalam kereta dia..?  kesian dia kan..” Noel hanya mampu mengangguk-angguk. Dalam hati dia tertanya-tanya juga. Adakah ‘penumpang’ itu ikut balik sampai ke rumah budak itu? Merinding bulu roma Noel membayangkannya.