Sunday, September 01, 2013

Senyuman Untuk Dia #5

Hari-hari seterusnya, aku banyak menghabiskan masa dengan Johan. Kamal? Kadang kala berhubung juga tapi tidak seperti dulu. Keadaan kini sudah berubah. Kamal tetap Kamal yang aku kenal cuma keadaan yang pernah terjadi antara aku dan dia tak akan pernah muncul lagi. Kamal sudah punya Zafira dan aku… entah mungkin masih bersendirian. Cuma kehadiran Johan sedikit sebanyak membuat aku rasa gembira dan mengubat rasa sunyi tatkala aku teringatkan Kamal. Yaa… Johan tahu keseluruhan siapa Kamal pada aku.

Sejujurnya, aku tidak pernah beritahu Kamal hal sebenar yang aku punya perasaan padanya. Hanya Johan sahaja yang tahu hal itu. Aneh dan hairan bagaimana aku mampu untuk percaya seorang yang asing dalam hidup aku tentang soal hati dan perasaan aku ini.

Awak tak akan menyesal dengan apa yang awak buat ni?” soal Johan pada aku satu hari tu. Johan cadangkan aku luahkan saja pada Kamal tentang perasaan aku yang sebenar tapi aku tidak mahu. Hati aku tidak mahu. Entah mengapa, ada sesuatu yang menghalang aku dari berbuat sedemikian.

Janji pada aku, yang kau akan terus senyum walau apa jua yang terjadi.” Aku masih ingat lagi ayat Kamal kali terakhir aku bertemu dengannya. Ketika majlis perkahwinannya dengan Zafira. Tentunya aku bertambah kecewa. Tapi aku tahankan sahaja. Mana mungkin aku mahu mengalirkan air mata di majlis perkahwinan lelaki yang aku sayang. Sayang lebih dari seorang sahabat.

Dan sehinggalah beberapa tahun selepas itu, aku terima satu berita yang benar-benar mengejutkan aku. Tentang Kamal. Lelaki itu rupanya menghidapi satu penyakit yang hanya menunggu masa untuk dijemput sahaja. Sampai hati Kamal tidak beritahu aku tentang ini. Aku tahu pun dari mulut Zafira yang tiba-tiba sahaja menelefon aku di malam buta. Aneh dan hairan ketika itu. Sebab aku dan Zafira tidak lagi berhubung semenjak perkahwinannya.

Beberapa hari selepas itu, aku melawatnya. Dan Kamal menyerahkan sepucuk surat pada aku.

Untuk Miera Kamalia yang aku pasti saat kau baca ini, kau tentunya sudah tahu hal yang sebenar tentang aku. Maafkan aku. Dan aku, ada banyak perkara yang tak mampu aku luahkan sepanjang persahabatan kita. Contohnya ini…
Aku punya perasaan lebih dari seorang sahabat pada kau. Saat kita bertentang mata. Saat perkenalan aku hulurkan pada kau. Tapi tentunya kau dah tahu itu. Dan aku juga tak akan pernah tahu hal sebenar kalau Johan tidak ceritakan hal sebenar. Apa sebenarnya perasaan kau pada aku.

Aku menelan air liur. Jadinya, Kamal sudah mengetahui hal sebenar? Aku teruskan pembacaan aku lagi.

Dan tentu kau akan anggap aku yang bukan-bukan. Sebab, aku dah berkahwin dengan Fira tapi masih lagi menyimpan perasaan pada kau. Pernah ingat apa yang aku beritahu kau dulu? Cinta yang benar-benar pertama sukar dilupakan. Dan kau adalah cinta pertama aku.
Tahu apa yang aku terkilan dengan kau? Kebenaran yang kau sembunyikan itu. Aku tertanya-tanya apa yang kau takutkan sehingga kau tak mahu meluahkan hal sebenar pada aku. Risau jika aku menolak perasaan kau? Atau kau risau jika kita berdua tak akan lagi menjadi kawan selepas kau luahkan apa yang terbuku di hati? Kau belum cuba lagi dan kau dahmengaku kalah. Itu sifat kau yang aku tak suka.
Jujur, kalau kau tak berbohong pada aku hari itu, tentunya kita tak akan jadi sebegini dan kau tak perlulah menanggung rasa sakit. Aku tahu kau terluka. Aku tahu itu tapi kau nafikan dan kau buat aku bertambah terluka. Kalaulah kau mampu berkata benar walau hanya sepatah, tapi kau tak.
Tahu apa yang aku suka tentang kau? Senyuman mahal kau. Kau cakap senyuman kau hanya istimewa untuk orang-orang tertentu.  Sebab itu aku mahu kau terus senyum walau apa jua keadaan yang terjadi. Rasanya aku sudah menjawab soalan kau bukan?
Aku tak tahu apa perasaan kau bila kau baca ini. Kalau kau masih lagi punya perasaan pada aku, aku mohon lupakan saja aku. Sebab aku tak nak kau terus sedih dan kesal bila aku dah tak ada. Tak apa. Aku maafkan sahaja segala kesalahan kau pada aku dan aku harap kau juga berbuat sebegitu. Janji pada aku, no matter what, keep smiling.  Jaga diri. “
Sejurus membaca ayat terakhirnya, air mata aku merembes keluar. Aku pegang dada aku. Sakitnya, hanya Tuhan saja yang tahu. Tidak tahu apa sebenarnya perasaan aku tatkala selesai membaca surat dari Kamal. Semuanya bercampur. Ah… perlukah aku menyesal sekarang ini?

Beberapa hari selepas itu, aku terima perkhabaran dari Fira. Kamal telah meghembuskan nafasnya yang terakhir. Perasaan aku? Entah. Tapi yang aku tahu, aku redha dengan pemergiannya. Aku langsung tidak mengalirkan air mata.

Aku janji dengan kau.” Aku bisik dalam hati sambil menatap pusaranya.

******************

Miera?” Aku dengar Johan memanggil aku.

Ya?

Banyak lagi yang mahu ditulis?” Aku geleng kepala.

Dah siap dah pun.”

"Boleh saya baca?" Johan bersuara lagi. Aku anggukkan kepala. 

"Tapi esok je lah. Boleh?" Aku senyum padanya.

Jadi, mari masuk tidur. Tak elok bakal ibu tidur lewat malam,” ujar Johan dan aku hanya senyum sebelum menutup PC di hadapan. 

Ah ya, aku teruskan kehidupan aku seperti biasa selepas kematian Kamal sebelum aku akhirnya mengambil keputusan mengahwini Johan. Dan percayalah, tak semua kesedihan akan kekal. Akan ada happy ending yang DIA ciptakan untuk kita. 

-THE END-



4 comments:

Anonymous said...

Akhirnya dgn johan..

O.k

Happy ending..


Tapi kamal mati pulak..



-NA-

Faaeinz said...

baru baca. tamat dah.
apa pun kita tak tau apa yang DIA dah rencanakan untuk kitakan. Jodoh itu terlalu misteri.

nice story!

anamizu said...

kita merancang. tapi perancangan DIA selalu lebih baik.

jodoh. its misteri.



thumbs up! :)

Tinta Lana said...

Salam.

Adakah kamal berkahwin dgn fira ats sbb nak sembunyikan penyakitnya dari miera?

Aturan hidup, biasanya kita tak dapat apa yang kita nak..kita dpt apa yg kita perlukan.. :)