{Oleh Duri Matahari}
Hari ini dia tanya lagi. “Kau dah senyum hari ni?”
Dan aku tanya kenapa. Dia Cuma
senyum sahaja. Aku balas sahaja senyumannya. Dan bila aku terlihatkan seorang
lelaki tidak jauh, aku pandang lelaki itu. Punya rupa jugak. Aku kemudian
kembali menoleh ke arah sebelah aku. Ah… dia sudah menghilang. Mungkin dia
sedar aku terlampau lama memandang lelaki punya rupa itu sehingga mengabaikan
dia.
“Mieraaaaaaa….” Aku dengar jeritan. Aku pandang ke hadapan, dia
sedang melambaik-lambaikan tangannya ke arah aku. Aku bangun dan menuju ke
arahnya.
“Nanti jangan lupa senyum tau.” Dia berkata lagi sebelum beredar.
Aku hanya mengukirkan senyuman sahaja. Aku senyum lagi sebab dia.
####
“Mal!” Aku sergah dia dari belakang. Kamal hanya mengukirkan senyuman. Aku suka lihat dia senyum. Menenangkan jiwa aku sahaja.
“Kau dah senyum?” Sekali lagi dia tanya. Aku hanya mengukirkan
senyuman sahaja.
“Kenapa kau asyik tanya aku sama ada aku dah senyum ke belum hari ini?
Penting sangat ke nak tahu aku senyum ke tidak?” Aku menyoal Kamal. Sekali
lagi Kamal mengukirkan senyuman. Aku balas kembali senyuman itu tapi dengan
tanda tanya di fikiran. Jujur aku tak faham soalan yang akan dia tanya pada aku
setiap kali kami berjumpa. Penting sangatkah senyuman aku itu?
“Satu hari nanti, kau akan tahu. It’s not that important to know now.
Bila tiba masanya, aku akan jawab soalan kau itu.”
Aku menanti jawapan dari Kamal.
Namun aku rasa semua itu sia-sia sahaja. Penantian aku pada jawapan itu
langsung tidak berbaloi. Lebih-lebih lagi bila Kamal tidak lagi menghabiskan
masa luangnya dengan aku. Aku dengar dia sudah punya teman wanita. Tapi aku
langsung tidak tahu siapa.
“Kau dah tahu Kamal dah ada girlfriend?”
Aku geleng bila soalan itu diajukan pada aku.
“Kau tahu siapa girlfriend Kamal?”
Aku geleng lagi.
“Macam mana kau tak tahu, sedangkan kau kawan baik dia. Sah-sah dia akan
bagitahu kau kan?” Aku hanya mengankat bahu. Manalah aku tahu. Kamal
langsung tidak beritahu aku tentang kekasihnya itu. Mungkin aku kecewa.
Mungkin.
~To be continued~
4 comments:
Perlu tanya diri kamal sendiri kalau mahu jawapannya..
Aku rasa kekasih kamal adalah miera...
Cuma miera saja yang tak tahu..
Nico robin
cepat. aku tunggu sambungannya
cepat. aku tunggu sambungannya
Post a Comment