Sunday, January 20, 2013

Kembali

{Oleh Nico Robin}

Dia menatap gadis itu. Gadis yang telah melarikan diri pada hari perkahwinan mereka. Gadis yang telah memalukan keluarganya.. gadis yang telah menghancur luluhkan perasaannya. Membatalkan segalanya pada hari perkahwinan adalah tindakan paling kejam. Tak boleh dimaafkan!!
Tapi sebesar mana pun bencinya pada gadis itu, masih dia merasakan rasa yang sama setiap kali membayangkan senyuman si gadis itu- rindu! Dia selalu cuba untuk berhenti tapi gagal. Sepertinya ‘rasa’ itu sudah tertanam dalam dirinya hingga ke akar umbi. Mustahil untuk lenyap!
Sebesar mana pun kesalahan gadis itu, masih… darah yang mengalir dalam tubuhnya telah bersebati dengan darah gadis itu dan menjadi darah dagingnya. Sebahagian dari denyutan nadinya. Kerana Gadis itu pernah menyelamatkan nyawanya. Mendermakan darah ketika dia kehilangan banyak darah akibat kemalangan.
“ Kenapa kau kembali ke sini?” Tanyanya dengan nada dingin.
“ Di sini adalah tempatku.. aku boleh kembali ke sini bila pun aku mahu” Sahut gadis itu.
“ Untuk menoreh luka lama..? kau tahu yang kedatanganmu di sini hanya akan membangkitkan kebencian.. kemarahan..”
“ Itu sudah lama berlalu..” pintas gadis itu.
“ Tapi lukanya masih terasa baru..” balasnya keras. Sungguh! Gadis itu tidak seharusnya kembali ke situ.
“ Sebenarnya aku kembali hanya untuk bertemu kamu..”
“ Untuk apa?”
“ Memohon maaf kerana melukakan hatimu.. atas semuanya..  
“ Sudah terlewat untuk itu”
“ Aku pernah sayangkan kamu.. dan masih selalu sayangkan mu.. walaupun aku tinggalkan kamu.. tapi kau selalu ada di hatiku..  aku tahu kau selalu rindukan aku. Aku boleh rasainya.. mungkin kerana darahku ada mengalir di tubuhmu.. mungkin saja. Naluriku berkata yang kau selalu rindukan aku..”
“ Mengarut!” Dan dia segera angkat kaki. Meninggalkan gadis itu di situ.
Esoknya dia kembali lagi ke situ. Ingin mengintai jika gadis itu benar-benar ingin menetap semula di sana. Kedai barangan antik milik keluarga si gadis itu kelihatan sunyi. Tak ada pelangan. Hanya kelihatan pembantu mereka. Entah kenapa dia merasa hampa kerana tidak melihatnya.
“ Hei.. kamu.. kamu Ifan? Kan?” panggil pembantu kedai itu ketika dia ingin pergi. Langkahnya terhenti.
“ Ah.. ya? Kenapa?”  hairan.
“ Ada sesuatu dari Cik Zulai titipkan untuk kamu..” pembantu kedai itu mengambil sesuatu dari belakang.
“ Nah..”
Sebuah kotak kecil. Dia membuka kotak itu berlahan-lahan dan mendapati sebentuk cincin di dalamnya. Dia tergaman. Itu cincin perkahwinan mereka. Ternyata Zulai masih menyimpannya setelah sekian lama.
“ Saya tak mahu benda ini.. sila kembalikan saja padanya” sakit hatinya bila memandang cincin itu. Itu adalah lambang penderhakaan Zulai padanya.
“ Itu tidak mungkin…” Kata pembantu kedai itu kemudian.
“ Kalau begitu buangkan saja ia..” sahutnya lantas pergi.
“ Cik Zulai sudah meninggal dunia seminggu yang lalu.. tidak mungkin saya boleh mengembalikannya..” seru pembantu kedai itu dari belakang. Dia tersentak. Seraya merasakan hembusan angin dingin menerpa tiba-tiba.
“ Mustahil.. saya baru bercakap dengannya kelmarin petang.. di sini..”
“ Benar.. dia sudah meninggal dunia.. Seminggu lepas. Saya boleh tunjukan pusaranya pada kamu jika mahu..” Kata Pembantu kedai itu cuba menyakinkan.
“Tak mungkin..” Bisiknya lagi. Hatinya terasa di tikam ngilu. Rindu yang telah menikam hatinya ketika itu. Sia-sia. Pembantu kedai itu hanya mengangguk, cuba menyakinkannya. Dengan langkah longlai dia berjalan pulang. Bingung. Sangkanya gadis itu kembali untuk memberikan sesuatu yang dulunya miliknya.
 Langkahnya terhenti bila dia melihat Zulai ada di depannya. Tersenyum menawan seperti kebiasaannya..
“ Kau?! Bukankah kau sudah mati..” Dia keliru tentang gadis di depannya. Hidup atau mati?
“ Kau yang bawa aku kembali.. kerana kau tak pernah ‘lepaskan’ aku..  kau ‘bawa’ aku kembali.. kau tak pernah berhenti merinduiku.. jadi sekarang aku kembali padamu.. ”  kata gadis itu.
“ Aku lepaskan kau sekarang.. kau pergilah dengan aman..” ujarnya lemah.
“ Aku akan pergi.. tapi aku kena bawa kau sekali!” gadis itu menerkam ke arahnya sebaik saja menghabiskan kata-katanya. Lalu semuanya jadi gelap dan dingin.

******

“ Saya mahu jumpa encik Ifan”
“ Kamu siapa?”
“ er.. saya.. Juhen. Saya ada sedikit urusan bisnes dengan beliau”
“ Oh.. maaflah. Dia sedang sakit sekarang..”
“ Sakit?”
“ Ya.. penyakit yang sungguh pelik.. sudah tiga hari dia sakit”
“Boleh saya melihat beliau?”
Diam dan berfikir sejenak. Lantas mengganguk. Juhen masuk, sekujur tubuh terbaring di atas katil. Sebaik saja dia menatap ifan, wajah Juhen berubah pucat. Peluh menitik di dahinya.
“ Keadaannya tidak berubah sejak 3 hari lepas, dia di umpai di atas kubur seorang gadis yang baru mati dibunuh.. seram!” terang lelaki tadi.  Ifan kelihatan terbaring dengan wajah sengsara seperti tubuhnya sedang dihempap batu yang sangat besar.
“Oh.. peliknya” kata Juhen sambil mengelap peluhnya.
“ Penyakitnya memang misteri, kawan saya cakap dia ni disampuk hantu.. entahlah” jelas lelaki itu lagi.
“Ah.. ya. Saya terlupa.. saya sebenarnya ada satu temujanji. Saya minta diri dulu..” Juhen ingin beredar.
“ Oh? Jadi tentang urusan bisnes itu.. ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“ Lupakan saja.. saya akan datang bila dia sudah sembuh nanti..” Dan Juhen bergegas keluar. Dia mengigil. Dengan jelas dia melihat tubuh Ifan dipijak-pijak oleh seorang gadis. Dia sedar lelaki tadi tidak melihat kewujudan gadis itu.  Gadis itu tadi menyeringai kepadanya. Menakutkan.
“Dah dapat duit tu?” Tanya rakannya, Kharis.
“ Gila.. budak pempuan tu ada di dalam!”
“ Apa? Apa maksud kau budak pempuan tu ada di dalam?!”
“ Aku kata budak pempuan yang kita bunuh tu ada di dalam. Tengah siksa si Ifan tu… aku nampak dia duduk atas badan Ifan dan cekik-cekik lehernya.. aku rasa kita ada masalah. Hantu celaka tu sengih kat aku tadi dan kata.. giliran aku tak lama lagi..”

7 comments:

Ezad Amir said...

Erk...citer hantu pulak...
Aku baru je bergurau2 dgn hantu dekat jendela ni...:@
ringkas tapi idea menarik...
Ni kira genre seram ni..keh3

Gillette Flores said...

Cerita ini menarik.
Gill harap ada sambungannya bagaimana Juhen dibunuh :)

reenapple said...

Menarik. Aku suka ini. Padan muka si pembunuh itu. Hahahahaha.

Skull Writers said...

sabar ajalah aku... bagus gak si ifan tu... dah bertiga sama2 jahat...

[ps]

Asrul "iLham" Sany said...

Genre horror yg popular... Jgn tutp lampu pas baca ni... hahahaha

Anonymous said...

Ezad Amir,

hahaha... saya belum boleh khatam cerita bunuh yang macam kamu buat tu.. :)


-------------

Gillette Flores

Gil, Juhen di bunuh? hurm.. saya pun tertanya-tanya juga.. macam mana dia mati ya? perlu secara dasyat atau just kena langgar kereta sebab lari tergopoh gapah melihat 'gadis' tu mengejarnya? hurm...?


-----------

Reenapple,

haha.. saya tahu kamu suka yang bunuh-bunuh ni.. boleh agak bila baca cerita "upahan" tulisan kamu :)


------------


Pisang Kaki,

haha.. jadi bila nak publish yang dlm draf tu? :)



------------

AIS,

popular ke lapuk? hehehee...






malas log in -Nico Robin

Anonymous said...

Dalam draft? Kah kah kah... Kau baca dulu...? Biar jeruk... Lom boleh mkn lgi..

Pisang kaki