Thursday, March 14, 2013

Pencuri

{oleh Nico Robin}




Tak guna aku marah

Kalau pun dia seorang pencuri

Aku akur sebab dia curi bukan dengan sengaja

Mungkin aku yang cuai..

Mungkin aku yang lalai..

Sedar-sedar saja sudah ada padanya

Padahnya aku pula gigit jari

Aku yang makan hati..

Bila si pencuri bawa lari..

Selamba pergi tanpa peduli

Hati aku yang telah dia curi..

Sudahlah…

Aku mengalah..
 
Aku sendiri yang salah..

12 comments:

Anonymous said...

Ini biasa berlaku. Just ignore... Semua buat silap. Untung kalau dpt sedar silap... Dan biarkan dia terus buat silap... Dan pd masa sama kau doakn yg terbaik buat dia..... Chill...

Ps: move on

APi said...

dia curi kerna kamu tidak mahu memberi dengan rela hati. =)

cydayf said...

erm.. apa yang dia curi??

Unknown said...

susah bila hati dah dicuri. tak keruan olehnya.

Wadi AR said...

kau tak jaga betol betol kan

AdinataGus said...

curi curi manis.

Anonymous said...

aaa... situasi macam aku tapi tapi aku sedang berduka lara. Ah... dia mintak jangan jatuh hati pada dia sebab dia suka pada kawan aku. Hmmm

~Reen~

ewanthology said...

hati yg dicuri, mahu report pada siapa? huhu

Chair Daily said...

=)

reenapple said...

kau bisa memintanya kembali. Ataupun curinya kembali. Aku buat begitu. =)

Felly Sophia said...

Hati dia tak dapat memilih. Jadi hati dia bertindak untuk mencuri.

Iman Nur Aima said...

kau curi pula milik dia..baru fair..