Friday, November 30, 2012

Let Me Introduce Who I Am...

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Aku suka mawar hitam ini kerana emak yang menanamnya untuk aku selitkan pada rambut..

"Owhh baby..sorry you can't go to a playground.."
"Why mommie...??"
"You can't.."
"I wanna play with Bobby..Mellisa and Eddy.."
"Nope you cannot.."
"I wanna play..please mommy.."
"I promise honey...you will play like other gal..but not at the playground..."

Dan selepas itu aku ada taman sendiri. Aku boleh bermain tanpa henti..sesuka hati dan apa saja kerana mak sudah sediakan taman permainan yang sangat luas untuk aku. Cuma aku tidak ada kawan. Dari jendela kaca, aku sentiasa lihat Eddy berlari riang dengan Bobby, sambil mengejar Mellisa. Ohh seronoknya kalau aku dapat bermain dengan mereka juga. Begitupun, aku tetap tidak boleh bermain dengan mereka. Walau apa sekalipun rayuan aku pada mak, hasrat dan kemahuan aku sering disanggah emak.

Aku nak bermain dengan mereka di bawah panas matahari..tapi mak kata tak boleh. Kalau aku bermain juga di bawah panas matahari, aku akan sakit. Kalau aku bermain juga, aku akan musnah. Kata emak itu aku ingat sampai bila-bila. Aku tidak boleh musnah, kerana aku ingin sangat bermain dengan Eddy yang juga sentiasa melihat ke arah jendela kaca rumah ini. Aku tahu Eddy juga tunggu aku untuk kami bermain bersama-sama.

Eddy..kalau ada peluang, aku nak ajak kau bermain dengan aku di taman rahsia yang disediakan emak ini. Di taman ini semua pokoknya adalah berdaun hijau..manakala bunganya pula adalah hitam pekat dan hawanya sangat sejuk...

To be continue...

5 comments:

Anonymous said...

huh? sambung?

jgn buat aku ternanti-nanti sambungannya. cik vampire :D


-Nong Andy-

macyhumaira said...

huh?

macam taman bunian je. ngee

aku dan angin said...

mawar hitam canteekk. aku suka mawar hijau.

excited nak tahu sambungannya. :)

Gillette Flores said...

Menarik.
Tak sabar Gill nak baca sambungannya :)

Anonymous said...

aku lelaki gak. main dengan aku ajalah. eddy tak hensem...

{si kacak, Pisang kaki]