Aku memandang Kamal dengan penuh
tanda tanya. Tertanya-tanya apa tujuan dia mahu berjumpa. Johan pula entah
kemana. Entah, aku sendiri tidak tahu, yang pasti tempat perbincangan aku
dengan Kamal jauh dari Johan.
“Miera…” Kamal memulakan perbualan. Aku pandang sahaja wajah dia,
menanti ayat seterusnya keluar dari mulutnya. “… aku minta maaf.” Sekali lagi aku mendiamkan diri. Tidak memahami
tujuan dia mengunkapkan kata maaf pada aku. Adakah dia sedar yang aku telah
terluka dengan berita perhubungannya dengan Zafira?
“Aku tak tahu dari mana aku nak mulakan semua ni…” Dia bersuara
lagi. Dan aku? Hanya mampu mendiamkan diri. Entah mengapa, aku tiada minat
untuk berbual dengan dia lagi. Berbual dengan dia seperti waktu-waktu dulu.
“Please say something… aku risau tengok keadaan kau macam ni.” Aku
ukirkan senyuman sinis bila dia ukirkan ayat itu. Risau konon! Boleh pergi
mampus la. Tak payah nak berlagak yang kau tu risaukan aku. Sebab kau aku jadi
macam ni. Sebab kau tahu!
“Just drop this conversation… aku dah tak nak dengar apa-apa penjelasan
bodoh yang keluar dari mulut kau.” tiba-tiba sahaja mulut aku mengeluarkan
ayat itu. Entah dari mana aku dapat kekuatan untuk ucapkan ayat itu. Aku lihat
Kamal tercengang dengan ayat aku. Mungkin belum pernah aku keluarkan ayat
sekasar sebegitu.
“Miera…” Kamal masih belum berputus asa. Aku berkira-kira mahu
beredar dari situ tapi belum sempat aku melangkah jauh dari tempat itu, Kamal
sudah menahan aku. Aku pandang tangannya di lengan aku. Mata kami bertaut.
Jujur, perasaan aku pada Kamal ketika ini hanyalah perasaan menyampah. Mungkin
juga turut benci. Entah, aku sendiri tidak tahu kenapa dengan aku ketika ini.
“Before you leave, please listen to me,” Kamal merayu. Aku menelan
air liur. Tidak tahu sama ada patut mendengar saja apa yang lelaki di hadapan
aku ini mahu katakan atau terus beredar seolah-olah aku tidak mengenali lelaki
bernama Kamal Qushairi ini.
Beberapa minit mendiamkan diri,
aku akhirnya mengambil keputusan untuk mendengar apa yang Kamal mahu katakan.
Aku lihat dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mula bersuara kembali.
“Boleh aku tahu siapa Johan tu? Kenapa aku tak pernah tahu kau ada
boyfriend?” soalan Kamal buatkan aku menelan air liur. Takkan mahu
diberitahu yang aku sebenarnya tidak mengenali Johan. Hanya kenal berdasarkan
namanya sahaja.
“Aku tak rasa kau ada hak untuk tahu dia tu siapa. Itu hal aku.” Aku
dengar Kamal menghembuskan nafas. Marah mungkin.
“Kau tak kenal dia dengan mendalam bukan? Dan out of sudden kau setuju
untuk jadi girlfriend dia? Are you out of your mind? ”
“Itu bukan urusan kau! Kau sendiri yang tak bagitahu aku tentang kau
dengan Fira,!” Aku tinggikan nada suara aku. Entah mengapa aku rasa bengang
dengan ayat Kamal itu.
“Miera…” Suara Kamal kedengaran tenang.
“Kenapa Fira? Kenapa dia? Aku
yang kenal kau dulu dari dia. Why must you choose her? Why? Kau minta aku
selalu senyum tapi kau juga yang buat aku sedih.” Aku luahkan apa yang terbuku
di hati. Kamal memandang aku dengan riak terkejut.
“Kau… suka aku?” Itu yang terkeluar dari mulut Kamal setelah kami
mendiamkan diri untuk beberapa ketika. Aku hanya mendiamkan diri sahaja.Tidak
tahu bagaimana mahu jawab soalan itu. Patutkah diiyakan sahaja atau dinafikan
sahaja?
“Tapi Fira cakap kau dah ada seseorang di hati kau. Sebab tu aku diamkan
saja. Sebab aku tahu kau tak akan pernah terima aku lebih dari seorang kawan.”
Aku pandang Kamal. Cuba menghadam
ayat yang keluar dari mulut Kamal itu. Ah… aku pernah ceritakan seseorang yang
aku suka pada Fira tanpa Fira sedar lelaki yang dimaksudkan itu adalah Kamal.
“Jadi sebab tu kau pilih Fira?” Aku lontarkan soalan pada Kamal
tanpa menjelaskan dengan lebih lanjut. Aku tiada mood untuk berbicara tentang
hal itu. Bukan salah Fira juga.
“Aku…” Kamal cuba menyusun ayatnya. “Bila Fira bagitahu yang kau dah ada seseorang yang kau suka, aku
kecewa. Sebab tu aku jauhkan diri dari kau untuk sementara waktu. Dan dalam
masa tu, Fira selalu ada untuk aku, dan hati aku minta untuk kenal Fira dengan
lebih mendalam. Jadi, aku…”
“Pilih Fira…” aku mencelah. Aku lihat Kamal menundukkan wajahnya.
“Jadi, kau pernah suka aku?” Kamal mengeluarkan lagi soalan itu. Aku
diamkan diri untuk seketika. Akhirnya aku gelengkan kepala. Wajah Kamal kembali
muram. Aku tidak mahu Kamal berasa berbelah bagi bila dia tahu hal sebenar.
Mungkin aku kesiankan Zafira nanti.
“Johan?” Soal Kamal lagi. Aku senyum. Tertanya-tanya aku mana Johan
sekarang ni.
“Johan beritahu kau hal sebenar masa pertama kali korang kenal. Jadi aku
rasa tak ada apa-apa lagi yang perlu kau tanya.” Kamal menghembuskan nafas.
Aku tahu dia kecewa. Maaf, aku terpaksa berbohong.
Aku lihat Kamal menganggukkan
kepala. Aku kemudian meminta untuk beredar. Yang sebenarnya sebab air mata aku
mahu terkeluar. Dan Kamal hanya memandang sahaja aku beredar. Bila aku sedar
aku telah jauh dari Kamal, ketika itulah, air mata tiba-tiba sahaja merembes
keluar. Aku duduk di satu tempat yang jauh dari orang ramai dan menangis
semahunya. Dan ketikalah, ada seorang menghulurkan tisu pada aku. Aku kesat air
mata aku sebelum memandang gerangan itu. Johan! Dia sedang menghulurkan tisu
sambil mengukirkan senyuman.
~TO BE CONTINUED~