Friday, November 30, 2012

Let Me Introduce Who I Am...

(Oleh Vampire from Dusseldorf)

Aku suka mawar hitam ini kerana emak yang menanamnya untuk aku selitkan pada rambut..

"Owhh baby..sorry you can't go to a playground.."
"Why mommie...??"
"You can't.."
"I wanna play with Bobby..Mellisa and Eddy.."
"Nope you cannot.."
"I wanna play..please mommy.."
"I promise honey...you will play like other gal..but not at the playground..."

Dan selepas itu aku ada taman sendiri. Aku boleh bermain tanpa henti..sesuka hati dan apa saja kerana mak sudah sediakan taman permainan yang sangat luas untuk aku. Cuma aku tidak ada kawan. Dari jendela kaca, aku sentiasa lihat Eddy berlari riang dengan Bobby, sambil mengejar Mellisa. Ohh seronoknya kalau aku dapat bermain dengan mereka juga. Begitupun, aku tetap tidak boleh bermain dengan mereka. Walau apa sekalipun rayuan aku pada mak, hasrat dan kemahuan aku sering disanggah emak.

Aku nak bermain dengan mereka di bawah panas matahari..tapi mak kata tak boleh. Kalau aku bermain juga di bawah panas matahari, aku akan sakit. Kalau aku bermain juga, aku akan musnah. Kata emak itu aku ingat sampai bila-bila. Aku tidak boleh musnah, kerana aku ingin sangat bermain dengan Eddy yang juga sentiasa melihat ke arah jendela kaca rumah ini. Aku tahu Eddy juga tunggu aku untuk kami bermain bersama-sama.

Eddy..kalau ada peluang, aku nak ajak kau bermain dengan aku di taman rahsia yang disediakan emak ini. Di taman ini semua pokoknya adalah berdaun hijau..manakala bunganya pula adalah hitam pekat dan hawanya sangat sejuk...

To be continue...

Thursday, November 29, 2012

Mindless

{oleh Gerimis Senja}

Aku tidak membenci niggers, memandangkan semuanya Fantasme. Aku lebih dari kau. Aku mahu jadi penakluk. Sekejap lagi aku akan digantung sampai mati. Mereka tidak puas menghukumku, mereka tidak pernah puas. Percayalah. 

Kalau kau benci aku, kau samakan aku dengan niggers. Laksana anjing kau hukum aku. Aku bukan membunuh, aku membersihkan.

Aku bukan Zionist...
Aku niggers...

Gelodak jiwa aku di kandang sempit ini. Mereka sudah menentukan aku bersalah. 

Aku bukan pesalah dunia...
Aku penakluk!!!
Aku beriman dengan Mu...

........................................................................................................

Dia dah mati di tali gantung.
Puak Kurds dan Syiah tersenyum bangga di sisi patungnya yang tumbang itu. Dunia kehilangan akalnya.

Mindless...

Wednesday, November 28, 2012

Pendam Dendam

{oleh Gerimis Senja}

Aku pendam dendam yang dari dulu direndam. Aku penat, aku tenat, aku lelah dan aku kalah. Selamanya... aku terbakar sendiri, lalu aku hangus aku menjadi abu. 

Aku luka. 
Aku pedih. 
Aku pilu. 
Aku tersayat-sayat sembilu namun, aku masih gagah menjulang cinta yang masih setia. Aku tak akan lepaskannya, walau aku tak mampu mempertahankan lagi.

Kini, berkubur sudah cinta itu.
Mati.

Tuesday, November 27, 2012

Ohara

{Oleh Nico Robin}


Akhirnya muncul juga manusia yang dicari-carinya beberapa hari. Hilang tanpa pesan. Jejak tak dapat di kesan. Marah ada bimbang pun sama. Ryan cepat-cepat menghampiri kawan baiknya itu. Lazarus.

“Mana kau hilang 3 hari ni..” Tanya Ryan pada Lazarus yang tersengih di depannya.
“Kau tak percaya kalau aku cerita..” Ryan menjeling marah.
“Tapi kau kena cerita juga! 3 hari tu beb! Aku ingat kau lari dengan Mel.. yelah kamu duakan kemaruk bercinta sekarang ni” Lazarus ketawa mendengar rumusan Ryan. Dia dan Mel memang rapat. Tapi mereka bukan bercinta.

“Mel? Ah.. aku dengan dia teman tapi mesra sajalah! Apanya pula nak lari dengan dia. Aku dah pergi satu tempat yang best.. tu je yang kau patut tahu” Jelas Lazarus masih berteka teki.

“Tempat best?”
“Bestlah bagi aku..” masih berteka teki. Ryan mendengus.
“Kau ke mana sebenarnya.. baik kau cakap!”
“Adalah.. aku cerita pun nanti kau tak percaya. Satu tempat yang diluar imaginasi kau. Aku pun mulanya ingat aku mimpi.. tapi ia betul. Ah.. malas lah nak cerita” tapi dia tahu, Ryan tak akan berhenti macam tu saja. Cepat atau lambat dia kena cerita juga dengan Ryan. Ryan-kan kawan baiknya. Mana mungkin hal besar itu dia rahsiakan. Bukan kawan baik-lah kalau macam tu. Tapi dia tak tahu nak mula macam mana.

“Laz! Aku tak kira.. kau kena cakap sekarang juga. Apa ni main teka teki. Kau nak kena ya?” Ryan tunjuk penumbuknya sambil tersengih. Ancaman konon. Lazarus mencebik. Ingat penumbuk aku tak besar ke?

“Yelah.. tapi kau jangan perli aku pula. Citer ni macam cerita movie tahu.. kau jangan ketawa pula. Tapi ini kisah betul.. nak percaya atau tak..terpulanglah ”

Malam pada 3 hari lepas Lazarus duduk atas jenjela, di rumahnya. Kaki juntai ke luar sambil pandang langit. Bulan mengambang penuh dan bintang-bintang bertaburan. Cantik. Bila ada tahi bintang meluncur laju di atas langit, Lazarus tertawa kecil. Teringat akan kata-kata Mel - Buat hajat kalau nampak tahi bintang.

"Kalau shooting star boleh makbulkan permintaan aku. Aku nak jumpa bidadari. Tentu best dapat jumpa Bidadari” Bisik Lazarus. 


Tanpa diduga suasana indah malam bertukar rupa. Angin kencang bertiup dan awan hitam menelan bulan yang bercahaya. Bintang-bintang lesap tanpa kesan. Ketika Lazarus melompat masuk ke bilik dan mahu menutup jenjela, tiba-tiba satu lembaga besar muncul di depan jenjela menghalangnya. Makhluk bertubuh seperti singa tetapi berparuh dan bersayap seperi helang. Lazarus sempat mengingat satu nama untuk makhluk itu. 

“Griffin?” serunya terkejut. Makhluk yang menyerupai griffin yang dongengnya wujud jutaan tahun dulu, kini berlegar depan jenjela dengan bunyi kepak yang mengerunkan. Sepatutnya makhluk itu hanya imaginasi manusia. Tak mungkin wujud. 

“Naik!” Suara serak yang keras. Lazarus hampir pengsan terkejut. Mahluk itu bukan saja dongeng malah boleh berkata-kata. Ini pasti mimpi. Dia menampar pipinya dua tiga kali. Tapi mimpi ini nampaknya seronok juga. Mengapa tidak. Bukan selalu dapat mimpi seperti ini. Lazarus mendekat dengan rasa ingin tahu. Meneliti setiap inci tubuh makhluk itu. Kagum! 

“Kamu boleh bercakap?” Tanya Lazarus. 
“Tak ada masa. Naik cepat sebelum saya pecahkan jenjela rumah kamu” Kata Makhluk itu lagi. Geram nadanya. Lazarus teruja. Ini pasti mimpi. Jadi apa salahnya. Dia naik ke tubir jenjela dan melompat ke belakang makhluk itu. Ya. Ke belakang Griffin. Dan ia terus terbang melayang ke atas awan, menerjah gelap malam dan melintasi sang rambulan yang bercahaya terang. Lazarus terpukau akan keindahan bulan yang ditemani bintang-bintang. Takjub! 

“Kau bawa aku ke mana?” Tanya Lazarus ingin tahu. Hanya awan-gemawan saja yang dapat di-lihatnya. Dia paut kuat leher Griffin itu kerana takut terjatuh. Lehernya terdiri daripada bulu pelepah burung tetapi belakang tubuhnya selembut bulu kucing. Sekali lagi Lazarus terpegun kagum. 

“Jumpa Bidadari” Kata Griffin itu. Lazarus terkesima. Bidadari? Bukankah itu hajatnya tadi. 
“Sebab hajat aku pada tahi bintang itu tadi ke?” kata Lazarus seperti berkata pada diri sendiri. 
“Tahi bintang? Hajat? Hurm..Itu saya tidak tahu. Saya cuma di-arahkan ambil kamu ke tempat kami.. tugas yang sudah ratusan tahun tak pernah terjadi. Aneh..” Kata Griffin itu lagi. 

“Memang aneh.. aku sedang menunggang griffin” Kata Lazarus mengiakan. 
“Jangan panggil saya Griffin. Saya memang makhluk Griffin tapi nama saya Ozai. Sekarang bersedia. Kita akan menjunam ke bawah…” Dan Griffin bernama Ozai itu benar-benar menjunam ke bawah sebelum sempat Lazarus bersedia. Jantung Lazarus seperti terjatuh dari tubuhnya. Menakutkan. Mencemaskan. Lazarus hanya menutup mata kerana takut. 


Dan bila dia membuka mata. Biji matanya seakan terjonjol keluar melihat apa yang ada di depannya. Dia mengosok matanya berkali-kali. Puluhan gadis cantik bersayap pari-pari berterbangan mengelilingi-nya dan Ozai - si makhluk griffin. Suasana tempat itu penuh warna-warni. Cantik memukau. Macam dalam movie animasi Tinker Bell. 

“Selamat datang..” Kata Gadis paling depan. Berambut kuning emas dan punya sayap yang sangat menawan. Berkilau sepertinya di taburi permata, berkilau-kilau bagai kristal. Berbaju kemilau berwarna unggu gelap sesuai dengan sayapnya yang berwarna unggu cair. Kecantikannya terlalu menawan. Lazarus hampir terbius olah kecantikan bidadari itu. 

“Tempat apa ini?” Tanya Lazarus teruja. 
“Ohara.. tempat ini dipanggil Ohara. Mari.. biar saya bawa kamu melawat tempat ini. Nama saya Leona dan mereka semua kawan-kawan saya..” Gadis cantik bak bidadari itu memperkenalkan kawan-kawannya satu persatu. Lazarus kemudiannya dibawa melawati sekitar tempat itu. Tempat tinggal mereka-tempat yang amat menakjubkan indahnya.Tempat tinggal makhluk hebat seperti Griffin dan Chimera. Malah Lazarus juga dibawa melawat ke dalam sebuah gua di mana naga tertua tinggal. Selepas itu Lazarus dijamu dengan pelbagai buah-buahan berwarna warni yang sungguh lazat rasanya. 

“Boleh saya tanya?” Kata Lazarus ketika mereka ingin meneruskan lawatan. 
“Silakan..” 
“Kenapa saya di bawa ke mari…?” Leona tersenyum mendengar pertanyaan Lazarus. 
“Sebenarnya… bila kamu bertanya kenapa kamu dibawa ke sini.. itu menandakan masa kamu sudah tiba untuk pulang. Saya tak boleh menjawab soalan kamu.. kamu harus fikirkan jawapan itu sendiri. Ozai… tolong hantar dia pulang..” Lazarus terkejut. Dia belum bersedia untuk pulang. Menyesal dia bertanya. 

"Tapi.. saya belum mahu pulang Leona..” Lazarus membantah. 
“Maafkan saya.. tapi kamu memang terpaksa pulang sekarang” Lazarus sungguh hampa. 
“Kalau begitu bolehkah saya datang lagi..” Leona mengelengkan kepalanya. Muram. 
“Anggaplah ini hanya mimpi kamu saja..” Kata Leona kemudian. Lazarus mengeleng. Tak mungkin. 
“Naiklah sekarang..” Kata Ozai menunduk di depannya. Mengarahkannya naik ke belakang tubuhnya. Dengan berat hati Lazarus memanjat tubuh Ozai. 

“Mungkin suatu hari nanti kita akan jumpa lagi..” kata Leona sambil melambai dan di-ikuti oleh gadis-gadis bidadari yang lainnya. Ozai mengembangkan sayapnya lalu terbang. Dan menghantar Lazarus pulang… 

“Jadi itu cerita kau? tak masuk akal betullah.. kau ingat kau tu Alice wonderland ke? Realistik la sikit.. baik kau bagitau aku citer yang betul.. kau nak buat cerita dongeng boleh! tapi jangan citer kat aku.. kau citer je kat anak-anak sedara jiran kau tuh” kata Ryan sebaik saja habis mendengar cerita Lazarus. Lazarus menghela nafas panjang. Dia sudah agak yang Ryan tak akan percaya ceritanya. 

“Kan aku dah warning awal-awal tadi.. sekarang nak percaya atau tidak terpulang.. ah ya. Aku nak tunjukkan kau sesuatu.. jom ikut aku” 

“Ke mana pula..” Lazarus tidak menjawab. Hanya ditariknya tangan Ryan menuju ke biliknya. Sampai di bilik dia membuka jenjela. Di tepi jenjela biliknya terdapat sepohon pokok telisai yang rendang. Lazarus menjenggukkan kepalanya menghala ke pokok itu. 

“Mari.. keluarlah ” Seru Lazarus kemudian bersiul. 
“Kenalkan… ini pet baru aku…” 


Ryan ternganga. Makhluk berbadan kucing, bersayap dan berkepala burung itu sangat comel. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. 

“Hei.. kau nak kol siapa?” tanya Lazarus was-was.
“Aku nak ambil video menatang ni dan upload kat youtube..” Kata Ryan sambil menghalakan lensa kamera handfonnya ke arah makhluk comel di depan matanya. Baby griffin. Ini sungguh hebat! 

“Hoi.. jangan nak memandai pula. Kalau ye pun minta la izin dulu?” Marah Lazarus.
“Minta izin dengan siapa? Dengan kau atau dengan makhluk ni?” Tanya Ryan sambil mencebik. Melecehkan kata-kata Lazarus. 

“Minta izin la dengan Nico Robin?” Beritahu Lazarus sambil merampas telefon samsung S3 milik Ryan. 
“Nico Robin? Nico Robin tu siapa?” tanya Ryan bingung.
“Kau tak tahu?” Tanya Lazarus serius. Ryan mengeleng. 
“Penulis cerita ini-lah bodoh!” Ryan membesarkan biji matanya dan membuat aksi mahu muntah. 

Cis!!! Rugi saja baca!! 

Monday, November 26, 2012

Gerimis Senja

{oleh Gerimis Senja}

Langit mendung. Angin bertiup kasar. Hujan. Gerimis lagi. Khabar berita yang diterima, suaminya terkorban di medan perang. Anak-anaknya masih kecil.

'Hurm...' Kad laporan perubatan di tangannya. Setitis air mata jatuh ke atasnya. 

SAKIT BARAH PUAN SUDAH SAMPAI TAHAP KRITIKAL.

Hujan di luar tak mahu berhenti. Gerimis lagi. Waktu hampir merangkak ke senja.

Sunday, November 25, 2012

Jiwaku Bergelora Menatap Wajahnya

{oleh Hafiz}

Warung Pak Mat Panjang itu jadi saksi. Saksi betapa cinta dan kemaruknya Haji Munir pada Sharifah Saliha. Saban hari warung Pak Mat Panjang dikunjunginya. Hanya kerana Sharifah Saliha. Sharifah Saliha akan melalui warung Pak Mat Panjang sebagai jalan utama dia ke tempat kerja. Makanya Haji Munir akan setia di warung itu setiap pagi dan petang. "Haji Munir, kalau hati sudah bergelora apa kata Haji pinang je Sharifah Saliha tu" cadang Pak Mat Panjang. Haji Munir mengusap-ngusap janggut sejemputnya sambil tersenyum. "Dia nak ke kat aku ni Mat? Aku ni dah la tua." Haji Munir menghabiskan air kopi pekat di dalam cawannya. "Aku nak balik dulu la Mat. Nanti petang aku datang lagi." Haji Munir meletakkan duit dua ringgit di atas meja lalu memberi salam kepada Pak Mat. 

"Ah! Mahu ke Syed Hanafi tu terima aku sebagai menantu?" Haji Munir mengomel sendiri. Sejak enam tahun selepas isterinya meninggal dunia akibat kanser Haji Munir memang terasa sangat kehilangan. Segala makan minum di uruskan oleh adik perempuannya yang tinggal tidak jauh dari rumahnya. Anak-anak Haji Munir yang lima orang semuanya sudah berhijrah ke Kuala Lumpur. Makanya hidup Haji Munir sebatang kara tanpa isteri, tanpa anak. Dan pastinya naluri lelakinya terlalu mendambakan hidup berpasangan. Wajah manis milik Sharifah Saliha terbayang-bayang di mata Haji Munir. Manis. Sangat manis. Berkebaya ketat. Ah! sungguh memikat. Hatiku tertambat. Bisik hati Haji Munir.

Kali ini Haji Munir nekad. Tidak dapat tidak Syed Hanafi harus didepani. Malam itu kembara Haji Munir sangat indah ditemani Sharifah Saliha. Dipenuhi dengan gelak tawa, senyum manja, dan kasih mesra Sharifah Saliha.

Pagi yang dingin itu Haji Munir sudah menapak ke warung Pak Mat Panjang. Niat dihatinya ingin mengajak Pak Mat Panjang untuk menemaninya ke rumah Syed Hanafi. Pak Mat Panjang sedikit hairan dengan penampilan Haji Munir yang luarbiasa kemas dari biasa. "Haji pakai macam ni nak ke mana pepagi ni?" soal Pak Mat Panjang sebaik saja Haji Munir berdiri di hadapannya. "Mat, kau mesti temankan aku ke rumah Syed Hanafi. Aku nakkan Sharifah Saliha." mendatar suara Haji Munir. "Haji ni biar betul?!" Pak Mat Panjang sedikit terkejut sambil membetulkan kopiah di kepalanya. "Betul! Cepatlah temankan aku ke rumah Syed Hanafi." Haji Munir tidak dapat menahan sabar. Kalau boleh hari ini juga dia kahwin dengan Sharifah Saliha. 

"Saya ni wakil Haji Munir untuk memetik bunga di taman milik Syed Hanafi." Pak Mat Panjang memulakan  kata untuk menyampaikan hajat kedatangan mereka pada Syed Hanafi. Haji Munir duduk di sofa dengan tenang menunggu kata dari Syed Hanafi. "Ermm. Anak saya tu muda lagi. Saya rasa anak saya tu belum bersedia nak kahwin. Lagipun dia baru je habis belajar. Sekarang ni baru je beberapa bulan kerja. Jiwa anak muda ni tak sama dengan jiwa kita orang tua ni Haji. Rasanya Haji faham kan maksud saya." Syed Hanafi memang bijak mengatur ayat. Haji Munir sedekit kecewa mendengar jawapan Syed Hanafi. Namun, kalau dah namanya Haji Munir, tiada istilah menyerah kalah sebelum berjuang habis-habisan untuk memiliki gadis yang diimpinya. "Lagi molek kalau kita bertanya tuan punya badan." Pak Mat Panjang memberi pandangan. Haji Munir angguk. Syed Hanafi juga sama. 

Kini, Sharifah Saliha sudah berdiri di sebelah ayahnya setelah di panggil oleh ibunya. "Saliha sudah bersedia untuk berkahwin? Sudikah menerima Haji Munir sebagai suami?" soal Syed Hanafi lembut kepada anaknya. Sharifah Saliha diam. Syed Hanafi berdehem. Namun, Sharifah Saliha masih membatu. "Saliha jawab soalan ayah." suara Syed Hanafi lagi. Haji Munir menunggu penuh debar jawapan yang akan keluar dari bibir mungil milik Sharifah Saliha. 

Sharifah Saliha senyum. "Saya terima ayah." lembut Sharifah Saliha menuturkan katanya. Haji Munir girang tidak terkata. Mahu diciumnya tangan Syed Hanafi di hadapannya selepas mendengar jawapan Sharifah Saliha. Syed Hanafi sedikit terkejut dengan jawapan daripada anaknya. Alahai Sharifah Saliha, tak rugi aku memujamu dalam diam, tak rugi aku menrinduimu dalam kelam bisik hati Haji Munir.

Friday, November 23, 2012

Selamat


Blog tulis cerita. Kami tulis ramai-ramai. Kami tulis tanpa nama yang biasa kamu kenali.